Home » Tips beli Tiket ETS di Kaunter ETS Kuala Lumpur Sentral

Tips beli Tiket ETS di Kaunter ETS Kuala Lumpur Sentral

Tips beli Tiket ETS di Kaunter ETS Kuala Lumpur Sentral ini sangat berguna dan sangat praktikal terutamanya sekiranya anda mahu membeli Advance Ticket ataupun tiket yang dibeli bukan untuk digunakan hari ini, contohnya beli hari ini dan gunakan pada esok hari.


Jadual Perjalanan ETS (Arah Utara)

Tips ini saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya yang baru lepas beli tiket untuk digunakan esok. 

Benda pertama sebelum ke kaunter untuk beli tiket pasti kita ke kaunter nombor giliran untuk ambil nombor giliran untuk ke kaunter tiket, dan disitu kalau staff ETS tanya nak kemana dan bila? Katakan sahaja nak ke (Destinasi anda) sekarang. Jadi dia akan bagi nombor giliran yang tidak memerlukan anda menunggu lama berbanding kalau anda menjawab dengan, nak ke (Destinasi anda) pada esok hari. Ini kerana, dia akan memberi nombor giliran di bawah kategori Advance Ticket yang memerlukan kesabaran dan tempoh menunggu yang lama. 

Tak percaya? Cubalah.

Ini kerana, apa yang saya perhatikan orang yang dapat lambat dari saya pun, ke kaunter lagi cepat. Bila ditanya, dia nak gunakan sekarang. So fahamlahh.

Mudah sahaja, bila ke kaunter dengan nombor giliran untuk beli tiket sekarang. Katakan sahaja, saya dah bertukar fikiran untuk beli tiket esok. Kann

Terima Kasih.

0 Kata:

 
Web Analytics