Home » Kebencian yang jinak

Kebencian yang jinak

Aku terduduk dalam hiba. Aku memandang keindahan pantai dengan mata berair. Mulut berkumat kamit mengalunkan zikir walaupun kadang-kala tersekat-sekat di pertengahan kata. Aku teruskan zikir, demi membuang kebencian yang satu ini.

Entah kenapa, cukup susah aku membuang kebencian ini walaupun itulah musuh aku dikala dulu. Kenapa engkau masih disini? Kenapa?

Aku tak mahu mengambil kisah itu semua. Aku terus sibukkan hati mencintai kekasih hati, sibukkan jari menaip cerita, sibukkan mata melihat potretnya, sibukkan kaki pergi ke tempat yang berlainan.

Namun aku tak mampu. Kenapa?

Kebencian yang ada terus menghantui aku. Tetap berlegar dalam kepala aku walaupun aku akui 70 peratus dari kepala aku hanya mengingati insan yang aku sayang, insan yang aku cinta.

Jinak benar kebencian ini sehinggakan susah untuk berjauhan dengan aku. Kenapa?

Aku habiskan masa dengan membaca kisah dan pengajaran dari mereka yang sudah sebati dengan kebencian. Aku google, aku google atas kata kunci "Kebencian".

Tapi masih tak mampu aku buang. Kenapa?

Aduh. Aku jadi gila. Mungkin hanya separuh gila, gila kerana masih fikirkan pekara yang kecil ini. Aku sepatutnya fikirkan pekara yang memberi kepentingan kepada aku.

Aku lelaki yang mahukan ketenangan. Yea aku bencikan kebencian walaupun itu rutin harian aku.

*tunduk kepala ke papan kekunci komputer riba ini*


0 Kata:

 
Web Analytics