KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Peluang dan peluang dan peluang

Semua orang ada hak untuk memberi dan meminta peluang.

Dan kalau kita jenis yang menghargai peluang, kita tak perlu lagi meminta-minta peluang yang kedua mahupun yang ketiga. Dan lagi power bila mana peluang yang kita ada adalah hasil dari carian kita bukannya atas belas kasihan mereka.

Sedar atau tidak.
Masih ada yang tak mampu nak hargai peluang, aku fokuskan kepada peluang kedua dan seterusnya.

Tak reti nak hargai peluang.
Masih dengan kata penyedap hati mereka.
Masih dengan cara yang sama.
Masih dengan impian yang lama.

Peluang.
Kita dihidangkan dengan pelbagai peluang dan setiap peluang akan bersilih ganti dengan peluang yang lain.

Tapi tak akan nak tunggu peluang dah mati baru nak hargai.

Perbualan telefon

Sambil tangan kanan menyuap muruku ikan ke dalam mulut dan jari jemari kiri men-scroll contact list dalam telefon aku ini tiba-tiba aku terfikir.

Banyak benda yang boleh buat aku rindukan seseorang dan salah satu darinya adalah dari perbualan telefon. Aku banyak rindukan orang bila seseorang itu memberi impak yang besar bila aku dan dia sedang berbual di telefon.

Kadang-kala bila aku scroll contact list dekat telefon murah aku ini, hanya satu dua nombor yang membuatkan aku ada rasa mahu berhubung, dan majoriti buatkan aku rasa tak nak berhubung dengan mereka. 

Sebab apa? Sebabnya macam biasa dan seperti biasa.

Aku jenis yang tiada banyak sangat idea untuk bercakap, tambahan pula aku tak kenal orang tuh dan latar belakangnya, macam mana nak bersembang? idea mana nak cari kalau nak berhubung? Memang kelautlah aku rasa kalau nak berhubung pun, nak tanya itu dan ini memang tak dapat.

Tambahan pula aku bukan jenis yang suka ambil tahu hal peribadi orang yang tiada kepentingan untuk aku, nak tahu apa engkau buat, apa kerja engkau. Walaupun hari ini engkau bercerita mengenainya belum tentu esok aku masih ingat.

*Scroll contact list*

Muruku ikan ini dah masuk angin rupanya. Hmmmmmm

Over-friendly

Over-friendly.

Dalam kata mudah, orang yang terlebih mesra. Terlalu peramah dan suka bersembang.

Bila bersama kita, dia suka mengeluarkan kata-kata yang berlandaskan idea-idea kosong dan lawak yang langsung tiada nilai. (Dibaca: Lawak Bodoh)

Susah sekali nak ambil serius, mana tidaknya, seluruh harinya dipenuhi cakap-cakap kosong dan lawak bodoh, aku ulang. Dan jikalau ada yang serius pun mesti diselangi dengan lawak bodoh, aku ulang.

Orang macam ini memang bersepah tetapi sebagai lelaki yang luar biasa, aku tanganinya dengan tenang. Aku jawab lawak bodohnya dengan senyuman sinis.

Tahukah engkau, senyum sinis ini kalau selalu dibuat boleh mendatangkan mudarat?

Kalau perbualan aku selalu diselangi dengan lawak bodoh, dan aku terpaksa jawabnya dengan senyuman sinis.

Kesannya? Aku yang merana.

Sedar atau tidak?

Petanda dan petanda

Semasa perjalanan pulang dari kedai komputer ahad lepas hujan mencurah-curah menimpa bumi dan sebagai lelaki power dan angkuh aku hanya berjalan meredah hujan tanpa sedetik pun rasa ingin berlari. Bukankah hujan itu rahmatNya jadi kenapa mahu lari darinya.

Sampai ke destinasi yang aku hendak tuju yang berbumbung, aku lap muka, keringkan rambut aku yang sudah hilang gayanya. Hmmmmm, selok poket satu persatu, periksa wallet? ada. telefon pintar kesayangan? Ada. 

Ehh kejap, telefon kesayangan. Oh tidak, mungkin aku lupa aku punya telefon power yang tak mampu menahan air seperti mana aku. dan yea, phone aku terus tak mampu bernafas lalu menghembuskan nafas terakhirnya, dipercayai akibat lemas sebentar tadi. (Dibaca: Telefon masuk air)

 Untuk seketika, aku tak bereaksi apa-apa pun. Aku menghela nafas. Nafas yang sangat panjang. Tanpa bercakap apa-apa, aku hanya pandang telefon pintar itu. Aku lap gunakan sapu tangan aku. Aku biarkan telefon itu.

Apa dah jadi dengan aku? Nak mengeluh, nak memaki hamun pun tak mampu? Nak menyesal, nak ulang beribu kali perkataan, kalau kalau kalau kalau kalau? Aku hanya senyap. Terus diamkan diri.

Adakah ini petanda baik yang aku dah semakin banyak bersabar? Petanda aku sudah boleh menerima sesuatu yang buruk terjadi kepada aku, tanda redha dan pasrah aku makin tinggi? Atau ada petanda lain?

Aku berlalu pergi sambil kepala memikirkan telefon apa yang patut gantikan telefon aku yang lemas ini.

Hmmmmm

Kebencian yang jinak

Aku terduduk dalam hiba. Aku memandang keindahan pantai dengan mata berair. Mulut berkumat kamit mengalunkan zikir walaupun kadang-kala tersekat-sekat di pertengahan kata. Aku teruskan zikir, demi membuang kebencian yang satu ini.

Entah kenapa, cukup susah aku membuang kebencian ini walaupun itulah musuh aku dikala dulu. Kenapa engkau masih disini? Kenapa?

Aku tak mahu mengambil kisah itu semua. Aku terus sibukkan hati mencintai kekasih hati, sibukkan jari menaip cerita, sibukkan mata melihat potretnya, sibukkan kaki pergi ke tempat yang berlainan.

Namun aku tak mampu. Kenapa?

Kebencian yang ada terus menghantui aku. Tetap berlegar dalam kepala aku walaupun aku akui 70 peratus dari kepala aku hanya mengingati insan yang aku sayang, insan yang aku cinta.

Jinak benar kebencian ini sehinggakan susah untuk berjauhan dengan aku. Kenapa?

Aku habiskan masa dengan membaca kisah dan pengajaran dari mereka yang sudah sebati dengan kebencian. Aku google, aku google atas kata kunci "Kebencian".

Tapi masih tak mampu aku buang. Kenapa?

Aduh. Aku jadi gila. Mungkin hanya separuh gila, gila kerana masih fikirkan pekara yang kecil ini. Aku sepatutnya fikirkan pekara yang memberi kepentingan kepada aku.

Aku lelaki yang mahukan ketenangan. Yea aku bencikan kebencian walaupun itu rutin harian aku.

*tunduk kepala ke papan kekunci komputer riba ini*

Makna cinta

Wahai kasih, Ingatkah engkau...

Kita sudah berjanji mahu mencari makna cinta sejati selepas kau habis belajar nanti.
Aku cadangkan Istanbul Turki sebagai tempat untuk digali makna cinta itu sendiri.
Tapi kau pula cadangkan Kota Suci Mekah sebagai tempat paling istimewa untuk kita jumpa makna sebenar cinta itu sendiri.

Tapi kasih...

Aku rasa makna cinta sejati aku sudah jumpa, bila mana sebentar tadi berjalan-jalan habiskan sisa petang aku di kota raya kecil ini.

Satu adegan kecil yang memberi aku kesedaran sebenar tentang makna dan isi cinta sejati itu. Aku dihidangkan dengan adegan seorang pengemis bersama anaknya ditepi kaki lima yang boleh aku katakan..

"Yea! Inilah cinta sejati."

Hari mati-mati

Hidup dengan lumpur dan nyamuk walaupun untuk seminggu bukanlah suatu perkara yang best dan ekselen untuk remaja seperti aku. 

Hahahah apa boleh buat, ehhhh dah lama rasanya tak menulis since last post aku dekat blogger.com, hmmmm terlalu banyak bukit nak didaki, terlalu banyak musuk nak dikejar, sehinggakan laptop pun aku pandang sepi, adakalanya tak pandang langsung.

Dan kini aku berada di bilik, syurga nan indah, rehat beberapa hari sebelum kembali menjalani hari mati-mati aku untuk beberapa hari.  damn, cepat la sikit habis belajar. aku dah semak tengok muka-muka bangang dekat tempat tuh.

Jalan hidup dan pilihan

Jalan hidup mana tidak berhadapan dengan pilihan? Cakap pada aku.

Jangan menipu, kerana aku tahu.

Jalan hidup kita dipenuhi pilihan dan tugas kita hanyalah memilih dan menerima segala ketentuan selepas pilihan kita dibuat.

Namun adakah kita telah buat pilihan yang tepat. Pilihan yang memaksa aku masuk ke dunia yang sama sekali berbeza dengan dunia aku, pilihan yang kadang-kala menekan aku, entah apa yang ditekan sehinggakan aku merasa tertekan.

Bila mana pilihan menekan :-

Adakah hati tidak rela membuat pilihan?
Adakah pilihan itu diluar kotak fikiran?

Andai bisa pilihan kita bertukar, apa agaknya jadi kepada dunia?

 
Web Analytics