Home » Sekuntum orkid putih

Sekuntum orkid putih

Teringat kenangan pemberian satu kuntum orkid putih suatu ketika dahulu.

Sekuntum orkid putih walaupun tidak sejambak buat aku hargainya, kali pertama aku menerimanya, aku memandangnya dengan penuh perasaan menghargai, menyentuhnya dengan sentuhan lembutku, menghidu dengan helaan nafas yang lemah dan menciumnya dengan penuh gelora.

Kuntum orkid putih inilah yang paling cantik pernah aku lihat, paling lembut pernah aku sentuh dan  paling wangi pernah aku hidu. Aku simpan segalanya didalam hatiku yang satu.

Seminggu kemudian...

Aku mengambil semula kuntuman orkid putih yang sama, dengan keadaan yang tidak sesuai, perhatian yang tidak diberi, kuntuman orkid putih itu sudah tidak sama seperti kali pertama aku menerimanya dahulu.

Walaupun hanya seminggu ia telah mengubah bentuknya sampai begitu sekali. Orkid yang dahulunya segar kini telah layu, orkid yang dahulunya wangi kini hanya bau kuntuman bunga yang layu. Dahulu warnanya seakan pelangi dilangit tapi kini ianya seperti lumpur dibumi.

Namun aku tetap memandangnya dengan penuh perasaan, menciumnya dengan penuh kasih dan memyentuhnya dengan penuh belaian.

"Kenapa kau masih menciumnya walaupun ianya telah layu dan ianya tidak seperti seminggu lalu?"

" Mungkin dahulu aku mencium keindahannya tapi kini aku mencium kenangan yang ada di kuntum orkid ini."


Hmmmmmmmm


Gambar: Blog

0 Kata:

 
Web Analytics