Home » Mentari petang

Mentari petang

Mentari petang kian bersinar menandakan hampir terbenamnya matahari, melihat keluar jendela yang menghadap pantai membuatku berpeluang menikmati keindahan terbenamnya matahari. Kelihatan tiga orang kanak-kanak sedang bermain istana pasir sambil diawasi ibu bapanya dari jauh yang kelihatan rancak berborak.

Burung-burung kelihatan berkejaran di atas permukaan air sambil sekali kala, kakinya mencecah air.

Pengawal pantai berpakaian lengkap suit renang kelihatan tenang duduk diatas kerusinya sambil menikmati air kelapa.

Sekumpulan pengunjung berseronok diatas bot pisang (dibaca: banana boat) sambil ditarik bot kecil yang berulang-alik disepanjang pantai.

Kelihatan juga seorang lelaki sedang berenang-renang anak ditepian pantai, baru belajar berenang gamaknya.

-

"Adakah mereka benar-benar bahagia atau pura-pura bahagia "

Aku bermonolog

" Bahagia itu pilihan kita sendiri, kalau kita mahu kita perlulah berusaha kearahnya "

Aku mengangguk tanda setuju

Hari ini pantai telah menunjukkan aku bahawa keindahannya diwaktu petang dibantu oleh cantiknya mentari petang.






0 Kata:

 
Web Analytics