Home » Bukan untuk aku

Bukan untuk aku

21 November 2013, Khamis. Hari yang aku banyak habiskan masa diatas katil sambil sekali sekala tangan meraba mencari telefon, membaca nota rindu yang dihantar insan yang jauh dilautan sana. Entah kenapa, rasa tak lengkap jika aku tak menatap komputer riba yang cantik disusun diatas meja kayu dihadapan katil ini.

Aku buka post baru di blog, lama aku tenung, cuba menaip apa yang terlintas difikiran, cuba aku gaulkan dengan ayat yang aku coret di twitter sambil menikmati tiupan angin pantai yang masuk menerusi lubang-lubang jendela dibilik, disertai dengan alunan lagu pilihanku di komputer ini.

Tangan kanan masih di tetikus komputer dan tangan kiri meraba mencari gelas kaca berwarna putih dihujung meja lalu mulakan hirupan pertama milo panas yang aku buat selepas solat zuhur tadi.

Tiba-tiba hirupan aku terhenti.

Oh baru aku sedar.

Aku buat milo panas ini untuk orang lain.

Hmmmm




0 Kata:

 
Web Analytics