KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Bintang malam

Aku tenung,
Aku tenung langit malam,

Aku mencari kerdipan bintang malam ini,
Tapi sayang,
Sayang seribu kali sayang kerana tiada satu pun aku jumpa malam ini,
Hanya sinaran bulan yang cantik dalam kepuraan menemaniku,

Namun aku sedar, 
Keindahan dunia yang sementara ini tidak menjamin apa untuk mereka yang berfikiran yang biasa-biasa,
Namun ada sesuatu yang diluar jangkaan untuk mereka yang yang berfikiran luar biasa.

Engkau pilih.
Engkau tentukan.



Perhimpunan blogger terbesar 2013


Jangan lupa untuk menghadiri perhimpunan blogger terbesar di Malaysia di Blogrrr : Blogger Most Wanted, 14 Disember 2013, MIECC, Mines, Selangor.

Antara aktiviti yang menarik:
1. Kunjungi lebih dari 100 booth jualan (blogshop) dari kalangan bloggers
2. Dapatkan tips & tricks daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (blogserius.blogspot.com), Shawn Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com).
3. Hadiri lebih dari 10 seminar mini bagaimana memajukan blog dan perniagaan daripada pemain gergasi seperti MYNIC, Google, SSM, PUIM, BSN dan Maxis*
4. Temui artis-artis terkenal dan menangi lebih dari 250 hadiah rebutan!


Sertai cubaan mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia. T-shirt eksklusif untuk setiap blogger yang menyertai.

Untuk info terkini, jangan lupa likes page blogrrr di https://www.facebook.com/blogrrr 

Forum Lowyat.

Kau bukan bola


Hati kau bukan bola
Yang boleh aku tendang
Yang boleh aku sepak
Bila masa aku suka
Kemana aku suka
Tanpa kau inginkan
Tanpa salah dari kau
Kerana aku tahu kau bukan bola

Kau kasih hatiku 
Yang akan aku usaha dan jaganya
Sehingga akhir usia.

Aku ada kau

Senyuman aku cantik terukir
Tetap cantik
Tetap terukir
Tiada sesaat pun ia hilang di bibirku

Tidak
Akan
Hilang
Di 
Bibirku

Kalau pun hidup aku dilanda 1001 masalah
Kalau pun hidup aku dilanda 1001 dugaan
Kalau pun hidup aku dilanda 1001 kesusahan

Tiada apa yang mampu buat senyuman aku hilang
Kerana aku tahu senyuman aku masih mampu terukir

Senyuman aku tetap dibibirku

Hanya kerana aku ada kau
Kau yang buat senyuman aku terukir.



Aku yang penat

Minggu ini, minggu yang agak berat bagi aku dengan purata tidur aku sehari cuma 4 jam. 2 jam diwaktu malam dan 2 jam curi-curi tidur bila ada kelapangan, walaupun sempat melelapkan mata, sebenarnya minggu ini memang sibuk bagi aku.

Bila masa mencemburui aku barulah aku terkenangkan saat-saat lapang yang aku punya dahulu. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku perlu sibuk, sesibuk ini. Mungkin saat-saat sibuk ini membuatkan aku menghargai saat lapang aku. 

Namun aku sedar satu pekara, saat-saat sibuk ini tidak akan putus, walaupun adakalanya ia rehat namun ia akan datang kembali. Memberi aku ruang yang terhad untuk aku melakukan pelbagai aktiviti.

Aku punya saat kesibukan yang melampau walaupun baru setahun jagung namun aku rasa aku punya nasib yang lebih baik dari mereka yang punya terlalu banyak masa lapang. Alhamdulilllah masih ada ruang bersyukur dalam hati aku, jadi aku tak sepatutnya mengeluh, Allah dah bagi, aku patut terima. Bukankah Allah punya banyak rahsia.

Iyelah, disamping mulut katakan syukur namun jauh disudut hari hambaMu ini ada terselit rasa yang agak penat. Penat. Penat. Penat. Penat zahir dan batin. Penat dengan masalah yang aku rasa aku tak patut pedulikan, namun ia tetap memenatkan aku.

Jadi aku memilih untuk tidak mengambil kisah masalah yang membuatkan aku nampak penat dan menampakkan aku seorang yang lurus dan bodoh.

Disamping mereka yang memberi masalah kepada aku, aku yakin pasti ada juga mereka yang mampu menyelesaikan masalah aku. Aku tahu, Aku yakin.

Terima kasih Ya Allah.



Pilihan

Jam 0800 malam

Cukup 24jam aku termenung memandang kertas putih ini.

Ya aku termenung lagi

Blerghhhh, apa yang susah sangat entah. Susah nak buat pilihan. Ramai yang dah lalui kertas putih ini, kenapa susah bagi aku.

Aku benci pilihan
Buat aku dilema, dan buat benda senang nampak susah.

Tapi aku perlukan pilihan
Pilihan untuk terus memilih

Dari aku terus memandang kertas putih ini, lebih baik aku pergi berjuang.
Berjuang melawan nafsu dan pergi menghadap yang satu.

Cantik dalam kepura-puraan

Hanya orang bijak akan perasan
Betapa hodohnya perangai bulan
Yang pandai dalam kepura-puraan
Cantiknya hanya disebabkan pantulan

Namun dalam kepuraanmu bulan
Kau masih ciptaan pilihan
Menerangi malam dengan pantulan
Memberi seribu ruang ketenangan

Malam ini kita bertemu lagi
Wahai si cantik dalam kepura-puraan



Bukan untuk aku

21 November 2013, Khamis. Hari yang aku banyak habiskan masa diatas katil sambil sekali sekala tangan meraba mencari telefon, membaca nota rindu yang dihantar insan yang jauh dilautan sana. Entah kenapa, rasa tak lengkap jika aku tak menatap komputer riba yang cantik disusun diatas meja kayu dihadapan katil ini.

Aku buka post baru di blog, lama aku tenung, cuba menaip apa yang terlintas difikiran, cuba aku gaulkan dengan ayat yang aku coret di twitter sambil menikmati tiupan angin pantai yang masuk menerusi lubang-lubang jendela dibilik, disertai dengan alunan lagu pilihanku di komputer ini.

Tangan kanan masih di tetikus komputer dan tangan kiri meraba mencari gelas kaca berwarna putih dihujung meja lalu mulakan hirupan pertama milo panas yang aku buat selepas solat zuhur tadi.

Tiba-tiba hirupan aku terhenti.

Oh baru aku sedar.

Aku buat milo panas ini untuk orang lain.

Hmmmm




Sekuntum orkid putih

Teringat kenangan pemberian satu kuntum orkid putih suatu ketika dahulu.

Sekuntum orkid putih walaupun tidak sejambak buat aku hargainya, kali pertama aku menerimanya, aku memandangnya dengan penuh perasaan menghargai, menyentuhnya dengan sentuhan lembutku, menghidu dengan helaan nafas yang lemah dan menciumnya dengan penuh gelora.

Kuntum orkid putih inilah yang paling cantik pernah aku lihat, paling lembut pernah aku sentuh dan  paling wangi pernah aku hidu. Aku simpan segalanya didalam hatiku yang satu.

Seminggu kemudian...

Aku mengambil semula kuntuman orkid putih yang sama, dengan keadaan yang tidak sesuai, perhatian yang tidak diberi, kuntuman orkid putih itu sudah tidak sama seperti kali pertama aku menerimanya dahulu.

Walaupun hanya seminggu ia telah mengubah bentuknya sampai begitu sekali. Orkid yang dahulunya segar kini telah layu, orkid yang dahulunya wangi kini hanya bau kuntuman bunga yang layu. Dahulu warnanya seakan pelangi dilangit tapi kini ianya seperti lumpur dibumi.

Namun aku tetap memandangnya dengan penuh perasaan, menciumnya dengan penuh kasih dan memyentuhnya dengan penuh belaian.

"Kenapa kau masih menciumnya walaupun ianya telah layu dan ianya tidak seperti seminggu lalu?"

" Mungkin dahulu aku mencium keindahannya tapi kini aku mencium kenangan yang ada di kuntum orkid ini."


Hmmmmmmmm


Gambar: Blog

Kejarlah peluang



Disaat kita tidak punya apa-apa dan keinginan kita melebihi segalanya, tuhan dengan tenang memberi peluang untuk kita merasa dan memiliki segalanya. Bila peluang itu munculkan kehadirannya didepan kita, kita haruslah berkejaran, bertolakkan menggapai peluang itu. Sesungguhnya usaha kita haruslah mengatasi keinginan kita untuk memiliki peluang itu.

Kerana kita harus sedar dan ingat bahawa peluang tidak selalunya ada dan disebabkan itulah ia dinamakan peluang, peluang yang harus kita kejar dan gapai sehingga menjadi milik kita.

Namun jika peluang yang terhidang itu bukan rezeki kita, usahlah bersusah hati walaupun kita sudah sehabis baik mengejarnya. Sekurangnya selepas penat usaha kita mengejar peluang itu kita diajar betapa sukarnya mengejar sesuatu dan betapa bernilainya peluang yang dahulunya terhidang didepan mata kita.

Andai ada yang ketawakan kita disebabkan kegagalan mengejar peluang yang ada, ketahuilah kita sudah diajar dengan pelbagai pengajaran sepanjang mengajar peluang itu dan sabarlah sesungguhnya kita lebih mengetahui akan usaha kita sendiri dan apa yang ditakdirkan untuk kita.


Mentari petang

Mentari petang kian bersinar menandakan hampir terbenamnya matahari, melihat keluar jendela yang menghadap pantai membuatku berpeluang menikmati keindahan terbenamnya matahari. Kelihatan tiga orang kanak-kanak sedang bermain istana pasir sambil diawasi ibu bapanya dari jauh yang kelihatan rancak berborak.

Burung-burung kelihatan berkejaran di atas permukaan air sambil sekali kala, kakinya mencecah air.

Pengawal pantai berpakaian lengkap suit renang kelihatan tenang duduk diatas kerusinya sambil menikmati air kelapa.

Sekumpulan pengunjung berseronok diatas bot pisang (dibaca: banana boat) sambil ditarik bot kecil yang berulang-alik disepanjang pantai.

Kelihatan juga seorang lelaki sedang berenang-renang anak ditepian pantai, baru belajar berenang gamaknya.

-

"Adakah mereka benar-benar bahagia atau pura-pura bahagia "

Aku bermonolog

" Bahagia itu pilihan kita sendiri, kalau kita mahu kita perlulah berusaha kearahnya "

Aku mengangguk tanda setuju

Hari ini pantai telah menunjukkan aku bahawa keindahannya diwaktu petang dibantu oleh cantiknya mentari petang.






Sarkastik itu unik


Sarkastik itu unik,
Namun jangan panik,
Bila terbaca walau sedetik.

Sarkastik itu unik,

Ramai yang tertarik,
Dek kerana madahnya yang menarik.

Sarkastik itu unik,
Untuk meluahkan rasa yang terik,
Dalam kata yang berlapik.

Sarkastik itu unik,
Maafkan aku jangan serik,
Kerana perangaiku yang pelik.



Pandangan yang berbeza






Kita punya dua hati yang berbeza
Namun itu bukan penghalang untuk kita bersama
Usaha kita berdua terhadap cinta kita
Menjadi punca dua hati yang berbeza menjadi satu
Namun ...
Walaupun kita sehati sejiwa tetapi belum tentu pandangan kita sama.

 
Web Analytics