Home » » Bahagia tapi tidak bersyukur

Bahagia tapi tidak bersyukur

Petang sudah menjelmakan diri,
Meniup hilang kedinginan pagi,
Bilakah malam akan menunjukkan diri,
Tak sabar rasanya mahu mimpikan kamu lagi.

Sudah lama rasanya semenjak kali terakhir aku mempunyai nafsu yang membuak ingin menulis rasa hati, pandangan diri di dalam kronologi ini. Sebagai lelaki yang belum punya apa-apa mungkin aku boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bertuah, lelaki yang masih kenal apa itu bahagia, masih kenal apa itu gembira walaupun celaka ini kadang-kadang menjelma tatkala senyuman terukir dibibir.


Mungkin juga aku boleh dikategorikan sebagai lelaki yang tahu apa itu bahagia tapi tidak mengerti apa itu rasa syukur. Rasa syukur yang sepatutnya aku kenal bila berada disekeliling manusia yang cuba membahagiakan aku. 

Sebenarnya aku masih berbaring diatas katil empuk sambil mendengar dendangan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dari Tegar sambil menelan coklat choclairs. Kini aku hanya ada rasa ingin menulis, meluahkan apa yang aku rasa dan mencari apa yang boleh dikaitkan.

Bahagia tapi tidak bersyukur ini membuatkan aku mengenal satu dimensi yang berlainan bila ia mengajar aku bahawa bahagia yang ada bakal lenyap dalam sekelip mata jika kita tidak kenal apa itu rasa syukur. Syukur kerana kita kenal apa itu bahagia.

Aku manusia yang kurang segalanya.
Mencari ruang untuk merasa bahagia,
Bila ada aku tidak merasa syukur kepadaNya,
Bila tiada mulalah aku merasa aku tidak punya apa-apa.

Dan kerana itu aku mula mengenal apa itu rasa syukur, syukur dengan rancangan Tuhan. Syukur dengan segalanya. 



0 Kata:

 
Web Analytics