KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Menulis dikala remaja

Syukur rasanya diketika remaja aku sudah mengenali apa itu penulisan blog. Penulisan yang memberi peluang untuk aku mencoret satu dua nota kehidupan untuk aku tatap demi mengembalikan nostalgia sekarang dimasa hadapan.
Sebagai seorang remaja pelbagai benda yang mampu aku coretkan dengan kehidupan yang penuh kerancakan. Aku bersyukur, aku bersyukur kerana sampai sekarang ada lebih dari satu dua penulisan aku yang mampu aku ambil iktibar dan mampu aku jadikan panduan untuk terus menjalani kehidupan ini.

Kalau dilihat, yeahhh ramai remaja yang memang suka dengan penulisan di blog, suka meluahkan segala pekara tetapi dengan meluahkan semuanya diblog, bukanlah satu pilihan yang tepat. Sambil menulis kita haruslah berwaspada dengan anasir yang ingin mencemarkan kita.

Dalam bahasa mudah, menulis biarlah ada panduan agar apa yang kita tulis tidak diolah menjadi penulisan yang membawa erti lain.

Bahagia tapi tidak bersyukur

Petang sudah menjelmakan diri,
Meniup hilang kedinginan pagi,
Bilakah malam akan menunjukkan diri,
Tak sabar rasanya mahu mimpikan kamu lagi.

Sudah lama rasanya semenjak kali terakhir aku mempunyai nafsu yang membuak ingin menulis rasa hati, pandangan diri di dalam kronologi ini. Sebagai lelaki yang belum punya apa-apa mungkin aku boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bertuah, lelaki yang masih kenal apa itu bahagia, masih kenal apa itu gembira walaupun celaka ini kadang-kadang menjelma tatkala senyuman terukir dibibir.

Mungkin juga aku boleh dikategorikan sebagai lelaki yang tahu apa itu bahagia tapi tidak mengerti apa itu rasa syukur. Rasa syukur yang sepatutnya aku kenal bila berada disekeliling manusia yang cuba membahagiakan aku. 

Sebenarnya aku masih berbaring diatas katil empuk sambil mendengar dendangan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dari Tegar sambil menelan coklat choclairs. Kini aku hanya ada rasa ingin menulis, meluahkan apa yang aku rasa dan mencari apa yang boleh dikaitkan.

Bahagia tapi tidak bersyukur ini membuatkan aku mengenal satu dimensi yang berlainan bila ia mengajar aku bahawa bahagia yang ada bakal lenyap dalam sekelip mata jika kita tidak kenal apa itu rasa syukur. Syukur kerana kita kenal apa itu bahagia.

Aku manusia yang kurang segalanya.
Mencari ruang untuk merasa bahagia,
Bila ada aku tidak merasa syukur kepadaNya,
Bila tiada mulalah aku merasa aku tidak punya apa-apa.

Dan kerana itu aku mula mengenal apa itu rasa syukur, syukur dengan rancangan Tuhan. Syukur dengan segalanya. 



Tweet-tweet mingguan

Himpunan tweet-tweet mingguan dari akaun @afferdaus.

Aku jual bahagia kepadamu,
Tapi kau belinya dengan celakamu,
Aku terima tanpa mengadu,
Kernaku tahu apa yang aku mahu.

Saat bahagia mahu berbunga,
Tiba-tiba celaka menjelma,
Menutup semua rasa bahagia,
Celaka yang tiba hanya mampu dilihat kita. 

Mereka pernah rasa,
Apa yang kita rasa,
Tapi mereka masih tak buat apa-apa,
Mungkin mereka tak kisah apa yang kita rasa.

Diri.

Masih menunggu bahagia menjelma,
Tatkala kesepian melanda,
Kuatkanlah demi ketenangan disana.

Dirinya dilihat seperti semalu,
Bila disentuh terserlah malu,
Tapi durinya selalu kelihatan disitu.

Saat graviti tidak lagi berfungsi,
Terbanglah engkau dari sisiku,
Tergapaiku menarikmu pulang kesisi,
Hanya takdir dapat tunaikan impianku.

Tiba-tiba aku terduduk,
Kenangkan apa yang terjadi,
Beduk sudah banyak kali diketuk,
Namun masih belumku sedarkan diri.

Pagi makin surut mencari tengahari,
Diri masih berselimut berhibernasikan diri.

Hidupnya masih terkial-kial mencari kebahagian,
Diwaktu orang lain telah tinggalkan lingkungan kesepian.

Pipinya mungkin putih gebu,
Tapi belum tentu mampu tersenyum sipu.

Cari selimut tutupi diri
Bila mahu mencari mimpi
Ayuh!


Bila engkau bersendirian

Bila engkau bersendirian,

Gunalah masa itu sebaiknya,
Mencari kedamaian dikala sendiri,
Untuk memberi ketenangan di dalam hati,
Luangkanlah sepenuhnya bersama hati,
Demi memenuhi ruang muhasabah diri,
Kerana itulah masa yang sesuai,
Inilah waktu air mata kita,
Mudah berguguran menyembah bumi,
Dek kerana hati kita yang sepi,
Bersyukur dan jangan mengeluh,
Bila engkau bersendirian,
Itulah peluang untuk engkau,
Bersendiri mengenang apa yang terjadi,
Carilah waktu bersendiri,
Agar teguh jati diri,
Demi memperbaiki diri.



 
Web Analytics