Home » » Menulis dengan emosi yang teruk

Menulis dengan emosi yang teruk

Sepatutnya entry ini aku karang selepas entry "Mencari Penyelesaian atau Meraih Simpati" yang ada hubung kaitnya tapi atas sebab handphone aku yang rosak maka aku tangguhkan dulu entry itu, bukan apa entry penuh itu ada dalam note phone aku itu yang mana aku karang kebanyakkannya sewaktu menunggu waktu berbuka, nampak tak betapa mengisi masa lapangnya aku.


Tinggalkan entry itu, aku mulakan entry yang baru iaitu menulis dengan emosi yang teruk. Menulis sesuatu dengan emosi yang teruk ini aku spesifik kan menulis di laman sosial. Tidak dinafikan laman sosial ini sebagai satu medium kita untuk berkongsi pengalaman hidup atau personal. Selain tipikal laman sosial untuk mencari kenalan dan berhubung, laman sosial juga digunakan sebagai medium untuk menulis apa yang kita rasa, apa yang kita nampak, apa yang kita lakukan.

Namun sedarkan kita, apa yang kita tulis di laman sosial sepatutnya kita lakukan dengan emosi yang stabil dan bukannnya emosi yang teruk. Dengan emosi yang teruk, setiap penulisan kita akan lari dari fitrah kita sendiri, setiap post ditulis dengan caci-maki dan carutan yang sangat kasar dam tidak enak untuk dibaca oleh orang lain dan sedarkah kita, lagi setahun dua kita baca balik apa yang kita tulis hari ini pastinya kita merasa malu.

Apa yang kita mahukan bila kita post masalah kita sendiri dengan emosi yang teruk?

Mahukan perhatian dengan meraih simpati.

Ataupun mencari penyelesaian di atas masalah itu.

Masalah yang kecil tapi ditulis dengan emosi yang teruk boleh disalah tafsirkan oleh orang lain yang mana akan memburukkan kita sendiri.  Percayalah setiap perkara yang anda sebarkan diinternet ini sangat mudah diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya dan apa yang mereka faham tak semestinya sama dengan apa yang kita mahu mereka faham.

Betulkan emosi kita dan mulakan menulis, jangan sampai kenyataan kita dengan emosi yang teruk menyebabkan kita dikategorikan sebagai manusia yang bukan dari diri kita sendiri.









0 Kata:

 
Web Analytics