KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Tak perlu miliki segala-galanya untuk dicemburu



Lumrah bak kata pelangi dan fitrah bak kata aku bila mana kehidupan kita di selubungi dengan perasaan dengki, cemburu oleh manusia sekeliling kita. Jangan persoal kenapa orang cemburu dengan kita jika kita sendiri menyimpan sifat dengki kita dengan kelebihan orang lain. Dan sedarlah engkorang memang manusia jika mempunyai sifat dengki dan cemburu dengan orang lain kerana sifat ini hanya ada pada manusia bukan pada makhluk lain.

Walaupun secara kasarnya makhluk lain seperti haiwan yang bercakaran mencari makanan dan tumbuhan yang berlawanan mencari cahaya matahari dilihat sebagai bersaing namun tiada sifat dengki. Tahniah jika kau ada perasaan cemburu.

Tapi sedarkah kita yang kita tak perlukan 150 juta kelebihan untuk orang lain dengki dan cemburu dengan kita. Cukuplah dengan satu kelebihan atau satu pekara yang kita miliki, ia sudah cukup untuk membuatkan seseorang merasa dengki dan benci kepada kita walaupun secara hakikatnya dia mempunyai lebih dari 151 juta kelebihan dari kita, tapi disebabkan syaitan yang berwarna merah, kelebihan dia sudah tidak kelihatan dan yang dia lihat hanyalah kelebihan kita yang hanya satu ini.

Syaitan berwarna merah?

Sekali lagi, lumrah bak kata pelangi dan fitrah bak kata aku bahawa manusia seperti kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki dan apa yang kita selalu fikir hanyalah kelebihan orang lain bukannya kelebihan kita sendiri.

“ Jangan disebabkan satu kelebihan orang lain, 150 juta kelebihan kita hilang. Terus tenang dan syukur dengan kelebihan kita. “

Memang kita diajar bersyukur dan redha tapi tak salah rasanya kalau kita mahu berusaha untuk mencapai yang lagi bagus dari apa yang kita miliki namun janganlah usaha itu merosakkan apa yang kita miliki sekarang.

Apa yang ada didalam hati jangan disimpan. Inilah sebab aku tulis benda ini walaupun baru lepas bangun tidur. Woha! 

 
Web Analytics