Home » » Tonton online Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3)

Tonton online Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3)

Tonton online Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3)

Kebelakangan ini semakin banyak novel diterjemahkan dalam bentuk drama tv dan filem. Antara  novel yang diadaptasi dan aku suka adalah Nora Elena dan Adam & Hawa yang tengah tayang sekarang. Tapi kali ini ada lagi satu drama yang baru ditayangkan di TV3 di Slot Akasia iaitu Drama Setia Hujung Nyawa.

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa: 
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.


Baca Selanjutnya di : Budiey.com

Sinopsis Lain:
Novel Setia Hujung Nyawa
Novel | Setia Hujung Nyawa

Korang boleh Tonton Online Drama Setia Hujung Nyawa ini di CeritaMaster.com yang akan update setiap episod. *kalau ada link lain aku akan update.

Selain mengikuti satu episod ke episod yang terakhir di TV3, korang juga boleh membeli novel ini secara online di Mall Karangkraf.

Selamat menonton buat semua, buat lelaki macam aku memang tertarik dengan kecantikan Ersalina dan keayuan Sofea. Wkwkwkwkw

0 Kata:

 
Web Analytics