Home » » Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Kurang dari 24 jam satu perhimpunan besar iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  akan diadakan di Stadium Merdeka. Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  yang dianggap sebagai bapa segala perhimpunan akan mengabungkan semua himpunan Bersih, himpunan Hijau, himpunan Oren, Royalti dan pelbagai lagi NGO. 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  ini diadakan bertujuan sebagai alternatif meluahkan rasa amarah rakyat setelah pelbagai tuntutan demi tuntutan diabaikan oleh kerajaan semasa.

Relevannya Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  ini aku letak ditangan masing-masing, mungkin ada yang menyokong tapi mungkin ada juga yang akan membantah. Aku tidak memihak kepada sesiapa dan tujuan entry ini juga mahu menjemput rakyat Malaysia untuk pergi dan tidak juga untuk menghalang rakyat Malaysia untuk tidak pergi.

Tapi peringatan yang paling besar dan utama kepada ibu bapa yang pergi adalah agar tidak membawa anak-anak kerana jika ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Akta Kanak-Kanak 2011. Tidak kisahlah jika ada undang-undang atau tidak, memang anak-anak terutamanya anak kecil tidak sepatutnya pergi kerana banyak masalah yang bakal terjadi. Malas gua nak cakap apa tapi yang penting kalau bawak jugak jangan bising kalau anak hilang dalam lautan manusia.


Berdasarkan Artikel Kosmo: Bawa anak sertai perhimpunan boleh dihukum

Parents who take children to rallies face prosecution.
Ibu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum.

Bawa anak pergi ke perhimpunan atau demostrasi ada undang-undang dan akta yang sampai boleh kena RM10K dan 10 tahun penjara. Tapi kalau bawa ke tempat maksiat, ke konsert berapa pulak kena. Ada akta?

Harapkan semuanya berjalan lancar dan yang paling untung aku rasa dan yakin adalah peniaga air. Penat wo nak himpun lama-lama tanpa minum air.

Siapa nak join aku bukak gerai minuman?



1 Kata:

Tak boleh bawa anak-anak ke perhimpunan haram? bukankah dah bideri kebenaran untuk buat perhimpunan tu.. haha.

Blog Saya: KaoshiDroid

 
Web Analytics