Home » » Penjenayah yang aku kagumi

Penjenayah yang aku kagumi

Kalau sebut pasal penjenayah mesti orang beranggapan negatif, tak suka apatah lagi nak hormat, jauh sekali nak mengangumi tetapi bagi aku sebagai pelajar sains komputer, penjenayah macam Hamza Bendelladj ini merupakan penjenayah yang amat aku kagumi dan kalau tanya seluruh pelajar sains komputer di Universiti di Malaysia ini juga akan bersependapat dengan aku.

Nak tahu apa jenayah yang dia lakukan?

Aku pelajar sains komputer dan meminati dia. Jadi?

Jadi jenayah yang dia lakukan pastinya berkaitan dengan komputer. Ya dia merupakan seorang penjenayah siber yang juga dikenali sebagai hacker. Dia telah melakukan jenayah dengan memecah masuk ke akaun bank di 217 bank dan syarikat kewangan di seluruh dunia, dengan satu transaksi dia mampu memiliki 10 ke 20 juta dolar. Bayangkan. Sebab itu kos komputer ini bukan hanya memerlukan kebijaksanaan tapi yang paling penting bakal hacker.

Tengoklah gambar dia, dengan tenang dan gembira sewaktu ditahan. Inilah  antara penjenayah yang paling aku kagumi. Kalau penyenayah bank sibuk kena kumpulkan orang, kena plan berbulan lamanya hanya untuk merompak bank, orang macam ini hanya duduk didepan komputer sambil makan keropok pun mampu dapatkan lebih dari apa yang penjenayah lain buat dengan merompak bank.

Sumber dari thehackernews

0 Kata:

 
Web Analytics