Home » Penangan gambar bogel kekasih baru

Penangan gambar bogel kekasih baru

Sudah banyak rasanya berita berkenaan gambar peribadi, gambar bogel terutamanya yang disalah guna seletak diberi kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Nak salahkan mereka yang menyebarkan sepenuhnya tak guna jugak kerana sumber gambar itu asalnya dari kita juga. 

Sumber gambar:

Jadi bila pekara gambar peribadi tersebar apakah sepatutnya yang kita lakukan?

Menyesal?

Meraung?

Minta kembali?

Suruh delete?

Lupakan! Entah tahu atau tidak gambar boleh di copy atau disalin semula tak kisahlah gambar digital atau apa. Tapi rasanya zaman sekarang banyak yang menggunakan gambar digital so dengan hanya sekali klik, beribu kita boleh copy. Kalau kita sudah bagi dekat orang gambar kita, dan minta supaya dia kembalikan, agak-agak boleh ke percaya yang mereka tak akan copy gambar itu?

Fikirkan sendiri.

Bagi aku, berita macam ini iaitu gambar bogel tersebar selepas bagi kepada teman lelaki/teman wanita sudah banyak sekali terjadi dan yang paling kerap, peras ugut menggunakan gambar bogel yang kita sendiri bagi kepada pemeras ugut.

Kalau gambar kita tersebar sebab laptop kita atau hard disk kita hilang mungkin ada sedikit penyesalan tapi salah jugak. Apa gunanya kita menyimpan gambar bogel sendiri? Tak puas tengok dekat cermin?

Cerita paling terbaru aku baca di MyNewsHub yang bertajuk Kekasih 12 Jam Ugut Gambar Bogel. Nak komen banyak aku pun bukannya pakar, takut kalau aku komen, lain jadinya.

Papepun sentiasalah berwaspada, perempuan terutamanya. Jagalah gambar-gambar anda dari mereka yang tak bertanggungjawab, kurangkanlah gambar yang terlalu personal dari di post di facebook atau memana laman sosial takut nanti ada gambar ada yang terselit di page Koleksi Awek Malaysia.

Teruskan bergambar, perbanyakkan benang dibadan.

0 Kata:

 
Web Analytics