Home » » Pecinta yang baik

Pecinta yang baik

Apa yang dimaksudkan dengan pecinta yang baik? Selain pecinta kepada Yang Maha Esa, apakah maksud dan peraturan untuk menjadi pecinta yang baik kepada manusia yang lain yang berlainan jantina. Jika seorang lelaki apakah maksud menjadi pecinta yang baik kepada seorang perempuan?

Benda ini dah bermain dalam lubuk fikiran aku cukup lama. Sampai sekarang aku tak mampu nak terangkan apa itu pecinta yang baik. Adakah dengan menjadi seorang yang jujur, seorang yang tidak pernah menipu kepada pasangan kita, kita mampu menjadi pecinta yang baik? Atau bila kita setia, bila kita tidak mengorat perempuan/ lelaki lain kita mampu jadi pecinta yang baik?

Bagi aku sendiri aku tak pernah gelarkan diri aku sebagai pecinta yang baik kepada bekas-bekas makwe aku. Entah kenapa kerana aku rasakan aku hanya dapat menyelami maksud pecinta yang baik itu hanya selepas aku disahkan menjadi seorang suami kepada isteri aku. Buat waktu ini belum mampu aku terjemahkan apa itu pecinta yang baik.

Tetapi bagi aku selagi korang rasa korang jatuh cinta dengan makwe lain kalau kau lelaki padahal kau sudah ada makwe, korang belum layak digelar pecinta yang baik kepada makwe kau. Macam mana kau nak jadi pecinta yang baik kalau dalam fikiran kau, kau masih memikirkan dua tiga makwe yang pernah kau jumpa.

Mustahil bukan?

Jadi jangan khayal dan mimpi kau itu pecinta yang baik hanya kerana kau ada pakwe/ makwe yang berkepit di tempat awam dan berpegangan tangan tanpa rasa malu. Pecinta yang baik ini mungkin bila mana kau sudah menjumpai jodoh kau dan kau nekad untuk bersama dengannya seumur hidup kau.

Pandangan itu subjektif. Jadi jangan emosi kalau baca pandangan aku ini. Cuba atasi emosi kau dengan balas entri aku dengan tulis pandangan korang terhadap Pecinta yang baik ini.

0 Kata:

 
Web Analytics