Home » » Lagi masalah berkaitan Rebat Telefon Pintar RM200

Lagi masalah berkaitan Rebat Telefon Pintar RM200

Nak akses laman web rebat telefon pintar, nak akses laman web rebat telefon pintar, nak akses laman web rebat telefon pintar, amboi kemain macam lagu nak cari kayu pulak. Semenjak menggunakan domain dot my nyh selalu sangat lawat laman web Skmm tuh.

Selepas masalah hanya 20 jenis telefon pintar sahaja yang layak dibeli dengan rebat telefon pintar ini selesai, kini keluar lagi masalah yang tak berapa nak terbaru. Iaitu masalah Laman Web Daftar Rebat RM200 tidak boleh diakses, masalah yang sudah lama berlarutan rasanya.

Tapi rasa seronok bercampur bahagia aku yang beria nak mendaftar untuk rebat telefon pintar ini bertukar sedih, mana tak nya dah beberapa kali aku cuba tak pernah berjaya, asyik keluar tak dapat nak proses.


Kerajaan macam tak faham pulak, bila melibatkan DUIT, BENDA FREE memanglah ramai yang nak mendaftar dan benda macam ini tak sepatutnya berlaku, kalau dua tiga jam mungkin boleh terima tapi dari semalam aku memcuba masih keluar benda yang sama. Adakah aku seorang sahaja yang mengalami nasib begini.
"CYBERJAYA: Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat 7 malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka. -BeritaHarian 1 Jan 2013"
Macam mana yang 5,500 orang itu mampu daftar dan aku masih lagi memcuba untuk daftar, adakah laman web ini hanya bukak pada awal tahun sahaja.

Aku pun tak tahu bila masa masalah ini akan selesai, mungkin kerajaan patut tingkatkan server yang lebih hebat untuk tampung trafik yang tinggi. Inilah jarang bagi benda free, dan bila bagi benda free tak boleh akses pulak.

Bagi aku walaupun masalah ini dah berpanjangan tapi aku ini boleh dikira golonngan yang beruntung sebab melepasi had umur dan syarat-syarat untuk rebat telefon pintar ini, kasihan pulak kepada mereka yang belum cukup umur. wakkakak.

Jika anda seorang pelajar, daftar disini:
https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar
Jika anda sudah bekerja, daftar disini:
https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja
Syarat-syaratnya dibawah ini:
Aku berharap agar masalah ini diselesaikan segera dan bolehlah aku daftar dan tak perlulah aku nak hadap laman web ini setiap hari.

Ketahui semuanya berkaitan Rebat Telefon Pintar ini dengan melawati kata carian Rebat Telefon Pintar.

0 Kata:

 
Web Analytics