Home » » Ketahui perasaan si blogger

Ketahui perasaan si blogger

Memang dari mula aku menulis di blog ini aku dah tetapkan yang setiap penulisan aku tak kiralah yang hanya berkongsi cerita dari blog orang lain ataupun dari idea aku sendiri, aku akan cuba tak 100% pun mungkin 80% aku jauhkan dari menulis tentang perasaan aku. Semuanya berkenaan pandangan yang aku rasakan semua manusia tahu. Semua orang rasakan macam apa yang aku rasakan.

Nway memang blog ini nampak macam blog peribadi tapi trust me kau tak akan jumpa entri tangkap cinta leleh aku, entri sailang awek orang atau seangkatan dengannya dalam blog ini kerana aku kalau boleh nak apa yang aku tulis bukan yang melambangkan perasaan aku. 

Tapi kadang-kadang sewaktu ghairah menulis, tipulah kalau ada satu dua yang tidak melibatkan perasaan aku. Ada. Tapi aku cuba kurangkan. Aku cuba kalau orang baca blog ini orang tak akan tahu apa perasaan aku sekarang. Biarlah mereka tahu blog ini milik seorang lelaki tapi mereka tak tahu yang apa yang sedang aku alami.

Macam aku cakap satu dua entri pasti ada benda yang aku luahkan tapi aku rasa hanya orang yang dekat dengan aku sahaja akan faham bila mana aku luahkan benda itu.

Aku bukannya blogger yang ohsem mahupun penulis yang hebat yang pandai tukar karakter semasa menulis. Aku tetap aku. Kadang-kadang bila mana kita menulis orang akan dapat tahu perasaan kita. Ok lah kalau bagi mereka yang memang berminat nak sebarkan perasaan sendiri tapi bagi aku perasaan, apa jua yang berlaku dalam diri aku, aku akan simpan secara peribadi bukannya terlalu terbuka untuk aku ceritakan disini.

Tapi aku tetap rasakan yang dengan blog, pembaca dapat baca perasaan si penulis atau blogger. Kerana apa? entri penuh dengan perasaan. Cuba teka aku tengah sedih atau gembira?

1 Kata:

Tengah tak berapa nak gembira. (teke suka hati je ;p)

 
Web Analytics