Home » » Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) rentung angkara orang Perak

Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) rentung angkara orang Perak

Orang Perak memang style dan cool. Selepas kekalahan tipis Darul Takzim FC ke atas Perak 1-0 walaupun Perak bermain dengan 9 pemain, ya 9 pemain sebab 2 dah dilayankan kad merah iaitu Khairi Kiman dan Hisyamudin. Kalau dekat kampung aku, kalau pasukan lawan dah hilang dua orang pemain memang dah kena belasah habis.haha

OK tinggalkan kenangan sedih Perak kalah dan kenangan manis yang Pasukan Perak berjuang habis-habisan, kita pergi ke cerita dalam Perak pula. Pagi ini aku baca di Kosmo Online yang sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung dikerjakan orang awam.

Artikel Penuh: 


Kenderaan JPJ diterbalik, dibakar

SITIAWAN – Sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung angkara tindakan agresif orang awam yang berang selepas kenderaan itu didakwa menjadi punca kepada kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan lain di Jalan Ipoh-Lumut dekat Pekan Ayer Tawar di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, beberapa saksi mendakwa Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota penguat kuasa JPJ yang dalam perjalanan dari arah Sitiawan secara tiba-tiba menyeberangi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit di laluan bertentangan.
Tindakan yang diambil pemandu kenderaan JPJ itu menyebabkan lapan buah kenderaan lain yang mengekori dan berada di tepi lori membawa buah kelapa sawit berkenaan berlanggar semasa sendiri selain ada kenderaan yang terbabas kerana panik dengan kemunculan mendadak kenderaan JPJ itu.
Lapan buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Proton Waja, Proton Wira, pacuan empat roda Suzuki Jimmy, Perodua Kancil, sebuah motosikal, dua buah bas sekolah dan sebuah lori lain.
Sumber: Kosmo

Penguatkuasa tak penguatkuasa, kalau salah memang patut disalahkan mungkin itulah apa yang difikirkan orang awam disana.

0 Kata:

 
Web Analytics