Home » » Jangan nampak kita terlalu kedekut

Jangan nampak kita terlalu kedekut

Aku memang suka kalau cakap bab duit. Memang duit tidak membawa kepada kebahagian tapi duit merupakan salah satu aspek yang memacu kita ke arah kebahagian. Kalau kita rasa kebahagia suatu perhubungan itu dapat dicapai melalui perkhawinan, dengan duit korang boleh adakan perkhawinan dan capai kebahagian dengan redhaNya.

Tak setuju? Go Home You Are Drunk.

Dan bila cakap bab duit, bab berjimat cermat bab hutang memang aku suka tapi kali ini aku lebih suka menulis sesuatu yang aku dah rungkai sebelum ini rasanya. Memang kita perlu kedekut untuk berjimat cermat tapi ingatlah jangan terlalu berjimat sampai nampak kita terlalu kedekut tapi ini bukan bermakna yang kita tidak perlu kedekut dan boros. Maksud aku bersederhanaan dalam apa jua yang kita lkukan. Bersederhana dalam berbelanja, bersederhana dalam berjimat.

Bab kedekut ini memang ramai yang tak suka lagi-lagi kalau kedekut yang terlampau tetapi kedekut itu perlu untuk berjimat. So how? Macam aku cakap tadilah bersederhana dalam semua benda. Kita kedekut boleh tapi jangan terlalu keterlaluan.

Ada tempat kita perlu kedekut tapi ada juga tempat yang kita tak perlu kedekut. Macam kalau ia melibatkan kita sendiri. Contoh mudah bagi aku seorang remaja lelaki, aku ambil masa bermain futsal. Korang nak bermain futsal tapi korang nak berjimat. Korang decide untuk tak nak bayar dan bagi alasan, tak kisahlah alasan apa. Banyak contoh yang berkaitan dan korang boleh kaitkan sendiri.

Berjimatlah di tempat yang wajar dan kita rasa perlu. Jangan kerana kita ingin berjimat kita susahkan orang lain.


0 Kata:

 
Web Analytics