Home » » Faezah Elai Teh Tarik, Sungai Besi

Faezah Elai Teh Tarik, Sungai Besi

Semalam aku berkesempatan makan tengahari di kedai baru Faezah Elai iaitu Faezah Elai Teh Tarik di Sungai Besi. Kedai yang rasanya baru lagi bukak iaitu hari sabtu yang lepas, 12 Januari 2013. Banyak blog baru bercerita tentang kedai ini seperti link dibawah:

Faezah Elai buka restoran dari izyan.com.
Foto : Faezah Elai Buka Kafe Teh Tarik dari ohbulan.com.

Nak cakap banyak pasal kedai ini pun tak boleh sangat sebab baru saja bukak seminggu pun tak sampai.
Kedai yang aku rasa hanya dipenuhi dengan meja dan kerusi. Makanan? Menu makanan pun tiada. Agak sedih jugak bagi orang macam aku yang memang berhajat nak makan disitu.
Air ini sahaja yang menemaniku selepas menunggu hampir sepuluh minit hanya untuk air padahal pelangga ada dua meja saja masa itu.
Aku makan apa disana? sedih pedih. sebab tiada menu lain selain nasi , ayam goreng dan kari ikan/ayam.

So terpaksalah.
Berkenaan kesedapan makanan aku tak nak komen banyak sebab aku bukan yang jenis memilih dalam bab makan ini. Tapi yang aku rasa lain bila makan ayam dia, tak pasti aku sama ada ayam lama atau memang cara masakan dia macam itu.

Mungkin kedai baru. Tapi bagi aku kalau kau dah bukak kedai kepada pelanggan, benda simple macam menu makanan itu mesti ada tapi.

Apa pun aku doakan kedai ini akan bertambah maju dan makanan pun sedap.
Kalau kau orang peminat capati bolehlah datang kesini, makanan special disini. Kedai ini berhadapan dengan Old Town Sungai Besi. Lokasinya adalah di No.16-G, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sg.Besi.

Selamat makan :)

 
Web Analytics