Home » » Beli apa jua telefon pintar dengan Rebat RM200 di bawah Pakej Komunikasi Belia

Beli apa jua telefon pintar dengan Rebat RM200 di bawah Pakej Komunikasi Belia

 Kalau sebelum ini heboh pasal rebat telefon pintar yang berharga RM200 hanya untuk 20 telefon pintar terpilih. Bagi aku yang layak dapat rebat ini agak terkilan jugaklah sebab apa yang kita minat tiada dalam senarai telefon yang dapat rebat itu. Jadi nak gunakan rebat itu pun berfikir dua tiga kali.


Tapi semalam melalui Laman Web Rasmi SKMM, satu kenyataan media telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa para belia dalam lingkungan umur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai bulan ini bolehlah menawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar dengan rebat RM200.

Putrajaya: 2 Januari, 2013 --- Jemaah Menteri bersetuju para belia dalam lingkungan umur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai bulan ini bolehlah menawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar dengan rebat RM200.

Ini diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya hari ini.


Skim di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) ini selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada September yang lalu. Pelaksanaan skim ini ialah atas prinsip “siapa cepat dia dapat.”


PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat komunikasi yakni Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Dalam melaksanakan PKB semua pihak yang menjadi penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Para belia yang telah berdaftar juga dinasihatkan supaya membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan
masing-masing.


Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara dalam talian dari pukul 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-4040 dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.


Sumber: Kenyataan Media SKMM
5,500 Belia Sudah Daftar Rebat Telefon Pintar dari MyNewsHub
Kenyataan Media: Rebat RM200 Untuk Belia Mulai 1 Januari 2013 

Jadi bolehlah berkira-kira nak dapatkan telefon pintar yang lebih hebat kan. Tapi apa-apa pun semua ini bergantung kepada mereka yang bertanggungjawab, untuk lebih kepastian sentiasalah melawati Laman Web SKMM.

 
Web Analytics