KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Tomyam Poktek di Andaman Seafood, Seksyen 24 Shah Alam

Semalam aku berkesempatan mencuba Tomyam Poktek di Andaman Seafood, Seksyen 24 Shah Alam.  Tomyam Poktek di Andaman Seafood, Seksyen 24 Shah Alam ini pun diperkenalkan oleh kawan aku. Aku kalau nak cari sendiri kedai makan memang susahlah nak jumpa, bukan sahaja susah, mungkin tak jumpa.

Menurutnya Tomyam Poktek adalah tomyam berasaskan makanan laut yang di tomyam kan. Patulah penuh dengan makanan laut dalam tomyam itu, lagipun itu pertama kali aku pergi.

Sedikit gambar yang agak kurang dari kamera telefon aku.




Dari segi rasa oklah, aku bukan jenis memilih dalam bab makanan. Tak lengkap rasanya kalau sebelum makanan ada gambar tapi selepas makan tiada.
Bolehlah korang kesana kalau korang rasa gambar ini mengiurkan. Harga makanan macam biasa saja. Untuk lapan orang macam, harga makanan berjumlah RM74. Ada Tomyam Poktek untuk 5 orang makan, ada sayur kailan, sayur kangkung, ayam masak haila dan telur dadar.

Tiket final badminton Terbuka Malaysia 2013

Petang ini aku berpeluang menonton final badminton Terbuka Malaysia 2013 secara langsung di dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Final badminton Terbuka Malaysia 2013 nyh kira yang pertamalah aku tengok di stadium dalam sejarah badminton.

Kalau sebelum ini aku dah berpeluang ke stadium juga di Bukit Jalil untuk Piala AFF Suzuki Cup 2012, kali ini lagi sekali aku diberi peluang untuk ke stadium melihat sukan badminton pula.

Sepanjang di AFF Suzuki Cup 2012.

Malas nak bercakap banyak, bawah ini ada tiket untuk ke stadium petang ini.

Amacam? Ada tiga tiket ny, siapa lagi nak ikut aku. aherherherher...

Tak minta banyak, aku hanya berharap agar aku jumpa jodoh di stadium nanti. kah kah.

Kebenaran kisah seram di UiTM Lendu, Melaka

Kebenaran kisah seram di UiTM Lendu, menjadi bualan. Sama ada kisah ini seram atau tidak masih tidak dapat diputuskan lagi secara nyatanya. Entah itu salah satu salah faham atau kebenaran yang tiada siapa berani mengatakannya tapi menurut bacaan aku di laman sosial ada ramai pelajar disana yang mengiakan pekara tersebut.
Bukan aku tak percaya atau tidak tapi bila berita yang disampaikan dari pihak kedua ke pihak ketiga ke pihak keempat pastinya ada ditokok tambah atau diubah jalan ceritanya. Selalunya begitu. Aku ada berkongsi pendapat aku di sini: Kisah Seram UiTM Lendu, Melaka sejurus aku lihat UiTM Lendu trending di twitter. Di situ aku ada kumpulkan apa yang sepatutnya orang baca kalau hendak tahu mengenai berita ini.

Melihatkan laman sosial tempat yang paling popular adalah berdekatan jambatan gantung di tepi tasik tapi ada dua tiga yang mengatakan apa yang mereka lihat disitu hanyalah sebatang pokok. Aku sempat bersembang di twitter dengan pelajar UiTM Lendu itu sendiri dan bertanyakan keadaan disana.

Menurutnya, pekara itu memang benar dan kebanyakan kes yang berlaku, berlaku di hostel kediaman lelaki. Sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan selepas pukul 11 malam. Dan ada juga diadakan majlis bacaan yasin perdana di setiap tingkat.

Disini aku ada baca satu blog iaitu: Kisah Seram Di UITM Lendu Melaka Ternyata Benar Sumber: Kisah Seram Di UITM Lendu Melaka Ternyata Benar | melvister.com  yang aku boleh kategorikan sebagai satu pencerahan yang sempurna kepada permasalah ini.

Kenyataan MPP UiTM Lendu di MyNewsHub.

Kebenaran ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang mengalaminya, kita yang jauh ini hanya boleh mendengar dan janganlah menokok nambah kerana ia bakal menimbulkan keresahan bukan sahaja pelajar-pelajar disana tapi ibu bapa mereka serta bakal-bakal pelajar yang bakal mengikuti pengajian disana.

Dan pada pendapat aku segala gangguan yang berlaku disana dilakukan oleh mereka yang juga bergelar makhluk Allah. Janganlah kita terlalu takut sehingga melakukan pekara-pekara yang tidak sepatutnya. Dan untuk mereka disana, banyakkanlah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat kursi untuk mengatasi masalah ini.




Kisah seram di UiTM Lendu, Melaka

Kecoh kisah seram di UiTM Lendu, aktiviti rasuk merasuk, histeria yang kerap berlaku disana sejak kebelakangan ini. Kisah seram di UiTM Lendu ini aku pernah baca dahulu tapi entah kenapa malam ini kecoh pasalnya di twitter sampai trending.

Entry terbaru aku berkenaan Kebenaran Kisah Seram di UiTM Lendu hari ini, 20 Januari 2013.

Aku nak cakap banyak pasal kejadian ini pun tak boleh sebab bukan aku yang hadapi dan aku ini bukannya pelajar UiTM Lendu, yang aku tahu pun aku baca dari tulisan orang lain di laman sosial ini so kalau mereka menipu maknanya aku tertipulah. So malas aku nak cakap banyak.

Untuk korang yang nak tahu korang boleh ke sini: theruzannapages.wordpress.com, artikel asal yang paling popular di twitter sekarang ini. Artikel dia dalam english so kalau agak-agak korang ada masalah dalam berbahasa korang boleh ke MyNewsHub untuk lebih mendalaminya. Linknya disini: Kes Rasuk Menjadi-jadi di UiTM Lendu.

Dalam duduk syok aku cari bahan bacaan yang lain tentang kisah seram di UiTM Lendu, aku terjumpa ini. Dari penulisan dia aku boleh agak yang dia ini merupakan pelajar UiTM Lendu. Linknya: lurzanstory.blogspot: Rasuk.

Pendapat Rektor UiTM Lendu: Sentiasa Bertenang.

Papepun kita haruslah sentiasa berdoa agar semua pekara sebegitu dijauhi hendaknya. Untuk pelajar UiTM Lendu, banyakkanlah bersabar dan beriadat agar pekara sebegini tidak erlarutan. Kesahihan semua cerita ini hendaklah dirujuk kepada pelajar UiTM Lendu itu sendiri.

Review dan spesifikasi Sony Xperia Z



Selain mengeluarkan Sony Xperia Z yang dijangka keluar pada suku pertama tahun ini dalam bulan March rasanya, Sony turut mengeluarkan satu lagi model lain iaitu Xperia ZL tapi Sony Xperia ZL ini tidak kalis air seperti Sony Xperia Z. Dan entri ini bukan hendak berkongsi tentang kebolehan Sony Xperia ZL tetapi Sone Xperia Z.

Maklumat lanjut berkenaan Sony Xperia ZL ada di iawani.com.

Entri ini mengambil sumber dari:
Sony Mobile Australia Umum Harga Rasmi Xperia Z.
Pandang Pertama : Sony Xperia Z.
Tarikh Keluar Dan Harga Sony Xperia Z Bocor Di Thailand.
Maklumat Awal Mengenai Spesifikasi Xperia Z Terdedah, Ini Phablet Pertama Sony.


Menurut Amanz.my kekurangan telefon ini ialah tarikan cap jari yang menyebabkan cap jari mudah kelihatan dan melekat. Bagi aku yang sekarang menggunakan Blackberry 9860, yang sepenuhnya touch screen, aku rasa memang akan rimas kalau cap jari kita selalu sangat kelihatan, nampak kotor tapi aku rasa dengan adanya kelebihan iaitu kalis air ia memang sebuah telefon idaman.

Tapi keberkesanan kalis air dia di realiti entahlah kan.

Harga telefon pintar ini memang tidak dapat dipastikan lagi tetapi menurut apa yang aku baca di forum telefon ini bakal mencecah harga RM1,992. Mungkin lebih atau kurang.

Spesifikasi penuh mengenai Sony Xperia Z seperti dibawah.
Sumber : smartphones.techcrunch.com.

Jadi apa tunggu lagi, habiskan membaca berkenaan telefon ini dan bandingkan dengan telefon pintar yang lain agar dapat manfaatkan rebat telefon RM200 sebaik mungkin.




Peluang membuat persembahan di Earth Hour 2013

Pelbagai peluang ada di  Earth Hour  setiap tahun. Macam yang kita tahu setiap tahun akan ada Earth Hour di seluruh dunia dan ditahun ini ia bakal berlangsung pada 23 Mac 2013 pada 8.30 malam hingga 9.30 malam. Dan tahukah korang, kepada yang mempunyai band dan berminat membuat persembahan, ada peluang untuk korang di Earth Hour 2013 nanti.
Korang boleh submitkan pendaftaran kumpulan korang di website ini. Earth Hour 2013 Band Contest. Borang pendaftaran bawah ini korang boleh dapatkan di website tadi.
Maklumat lanjut korang boleh ke Facebook WWF.

Alang-alang korang sudah baca entri berbaur alam sekitar ini, bolehlah korang ke Website Green Soldier ataupun Facebook Green Soldier mereka untuk mengetahui lebih banyak tentang Earth Hour 2013 ini, dan apa yang mampu kita lakukan untuk menyelamatkan bumi ini.

Tarikh Karnival Jom Masuk U 2013

Tarikh Karnival Jom Masuk U 2013 telah keluar rasanya ramai sudah pelajar SPM tahun lepas mengisi borang UPU online untuk memilih kemana destinasi mereka selepas ini. Aku pun dah lupa macam mana aku isi borang UPU online itu waktu nak pilih Universiti dan kos, maklumlah dah hampir 4 tahun aku tinggalkan zaman sekolah, zaman isi borang upu itu.
Untuk Tarikh Karnival Jom Masuk U 2013 adalah sepanjang 26 Januari 2013 yang dimulai di Padang Varsiti Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan diakhiri pada 14 April 2013 di PERSADA Johor, Johor Bahru.

Jadual lengkap Tarikh Karnival Jom Masuk U 2013.
Untuk pertanyaan atau ada sebarang kemusykilan korang boleh pergi ke Laman Web Rasmi UPU KPT

Dan disini ada beberapa soalan-soalan lazim yang selalu ditanya sebelum kemasukan ke IPTA.

Pilihlah yang terbaik untuk korang agar boleh mengorak langkah ke arah kejayaan.

Jangan nampak kita terlalu kedekut

Aku memang suka kalau cakap bab duit. Memang duit tidak membawa kepada kebahagian tapi duit merupakan salah satu aspek yang memacu kita ke arah kebahagian. Kalau kita rasa kebahagia suatu perhubungan itu dapat dicapai melalui perkhawinan, dengan duit korang boleh adakan perkhawinan dan capai kebahagian dengan redhaNya.

Tak setuju? Go Home You Are Drunk.
Dan bila cakap bab duit, bab berjimat cermat bab hutang memang aku suka tapi kali ini aku lebih suka menulis sesuatu yang aku dah rungkai sebelum ini rasanya. Memang kita perlu kedekut untuk berjimat cermat tapi ingatlah jangan terlalu berjimat sampai nampak kita terlalu kedekut tapi ini bukan bermakna yang kita tidak perlu kedekut dan boros. Maksud aku bersederhanaan dalam apa jua yang kita lkukan. Bersederhana dalam berbelanja, bersederhana dalam berjimat.

Bab kedekut ini memang ramai yang tak suka lagi-lagi kalau kedekut yang terlampau tetapi kedekut itu perlu untuk berjimat. So how? Macam aku cakap tadilah bersederhana dalam semua benda. Kita kedekut boleh tapi jangan terlalu keterlaluan.

Ada tempat kita perlu kedekut tapi ada juga tempat yang kita tak perlu kedekut. Macam kalau ia melibatkan kita sendiri. Contoh mudah bagi aku seorang remaja lelaki, aku ambil masa bermain futsal. Korang nak bermain futsal tapi korang nak berjimat. Korang decide untuk tak nak bayar dan bagi alasan, tak kisahlah alasan apa. Banyak contoh yang berkaitan dan korang boleh kaitkan sendiri.

Berjimatlah di tempat yang wajar dan kita rasa perlu. Jangan kerana kita ingin berjimat kita susahkan orang lain.


Ketahui perasaan si blogger

Memang dari mula aku menulis di blog ini aku dah tetapkan yang setiap penulisan aku tak kiralah yang hanya berkongsi cerita dari blog orang lain ataupun dari idea aku sendiri, aku akan cuba tak 100% pun mungkin 80% aku jauhkan dari menulis tentang perasaan aku. Semuanya berkenaan pandangan yang aku rasakan semua manusia tahu. Semua orang rasakan macam apa yang aku rasakan.
Nway memang blog ini nampak macam blog peribadi tapi trust me kau tak akan jumpa entri tangkap cinta leleh aku, entri sailang awek orang atau seangkatan dengannya dalam blog ini kerana aku kalau boleh nak apa yang aku tulis bukan yang melambangkan perasaan aku. 

Tapi kadang-kadang sewaktu ghairah menulis, tipulah kalau ada satu dua yang tidak melibatkan perasaan aku. Ada. Tapi aku cuba kurangkan. Aku cuba kalau orang baca blog ini orang tak akan tahu apa perasaan aku sekarang. Biarlah mereka tahu blog ini milik seorang lelaki tapi mereka tak tahu yang apa yang sedang aku alami.

Macam aku cakap satu dua entri pasti ada benda yang aku luahkan tapi aku rasa hanya orang yang dekat dengan aku sahaja akan faham bila mana aku luahkan benda itu.

Aku bukannya blogger yang ohsem mahupun penulis yang hebat yang pandai tukar karakter semasa menulis. Aku tetap aku. Kadang-kadang bila mana kita menulis orang akan dapat tahu perasaan kita. Ok lah kalau bagi mereka yang memang berminat nak sebarkan perasaan sendiri tapi bagi aku perasaan, apa jua yang berlaku dalam diri aku, aku akan simpan secara peribadi bukannya terlalu terbuka untuk aku ceritakan disini.

Tapi aku tetap rasakan yang dengan blog, pembaca dapat baca perasaan si penulis atau blogger. Kerana apa? entri penuh dengan perasaan. Cuba teka aku tengah sedih atau gembira?

Faezah Elai Teh Tarik, Sungai Besi

Semalam aku berkesempatan makan tengahari di kedai baru Faezah Elai iaitu Faezah Elai Teh Tarik di Sungai Besi. Kedai yang rasanya baru lagi bukak iaitu hari sabtu yang lepas, 12 Januari 2013. Banyak blog baru bercerita tentang kedai ini seperti link dibawah:

Faezah Elai buka restoran dari izyan.com.
Foto : Faezah Elai Buka Kafe Teh Tarik dari ohbulan.com.

Nak cakap banyak pasal kedai ini pun tak boleh sangat sebab baru saja bukak seminggu pun tak sampai.
Kedai yang aku rasa hanya dipenuhi dengan meja dan kerusi. Makanan? Menu makanan pun tiada. Agak sedih jugak bagi orang macam aku yang memang berhajat nak makan disitu.
Air ini sahaja yang menemaniku selepas menunggu hampir sepuluh minit hanya untuk air padahal pelangga ada dua meja saja masa itu.
Aku makan apa disana? sedih pedih. sebab tiada menu lain selain nasi , ayam goreng dan kari ikan/ayam.

So terpaksalah.
Berkenaan kesedapan makanan aku tak nak komen banyak sebab aku bukan yang jenis memilih dalam bab makan ini. Tapi yang aku rasa lain bila makan ayam dia, tak pasti aku sama ada ayam lama atau memang cara masakan dia macam itu.

Mungkin kedai baru. Tapi bagi aku kalau kau dah bukak kedai kepada pelanggan, benda simple macam menu makanan itu mesti ada tapi.

Apa pun aku doakan kedai ini akan bertambah maju dan makanan pun sedap.
Kalau kau orang peminat capati bolehlah datang kesini, makanan special disini. Kedai ini berhadapan dengan Old Town Sungai Besi. Lokasinya adalah di No.16-G, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sg.Besi.

Selamat makan :)

Promosi AirAsia di AirAsia online

Promosi AirAsia di AirAsia online yang sudah lama keluar rasanya dan baru keluar dari aku. Promosi tambang murah untuk penerbangan di awal tahun ini, ada promosi untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Bak kata Air Asia, "Jangan lepaskan peluang ini untuk terbang bersama-sama mereka" .

Promosi penerbangan di dalam negara dan bandar berdekatan.

Promosi penerbangan antarabangsa.
Korang boleh ketahui promosi-promosi yang terbaru dari Air Asia online di website rasmi mereka di airasia.com dan tempah tiket penerbangan korang di website mereka di booking.airasia.com.

Promosi ini akan bertambah hebat, oleh itu korang kena selalu updatelah di website mereka. Bila lagi kan nak terbang bersama Air Asia. Dengan Air Asia ny aku hanya pernah guna masa pernebangan domestik sahaja, antarabangsa belum pernah lagi.

Jom siapa nak join aku ke Singapura hujung bulan ini?

Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) rentung angkara orang Perak

Orang Perak memang style dan cool. Selepas kekalahan tipis Darul Takzim FC ke atas Perak 1-0 walaupun Perak bermain dengan 9 pemain, ya 9 pemain sebab 2 dah dilayankan kad merah iaitu Khairi Kiman dan Hisyamudin. Kalau dekat kampung aku, kalau pasukan lawan dah hilang dua orang pemain memang dah kena belasah habis.haha

OK tinggalkan kenangan sedih Perak kalah dan kenangan manis yang Pasukan Perak berjuang habis-habisan, kita pergi ke cerita dalam Perak pula. Pagi ini aku baca di Kosmo Online yang sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung dikerjakan orang awam.

Artikel Penuh: 

Kenderaan JPJ diterbalik, dibakar

SITIAWAN – Sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung angkara tindakan agresif orang awam yang berang selepas kenderaan itu didakwa menjadi punca kepada kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan lain di Jalan Ipoh-Lumut dekat Pekan Ayer Tawar di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, beberapa saksi mendakwa Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota penguat kuasa JPJ yang dalam perjalanan dari arah Sitiawan secara tiba-tiba menyeberangi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit di laluan bertentangan.
Tindakan yang diambil pemandu kenderaan JPJ itu menyebabkan lapan buah kenderaan lain yang mengekori dan berada di tepi lori membawa buah kelapa sawit berkenaan berlanggar semasa sendiri selain ada kenderaan yang terbabas kerana panik dengan kemunculan mendadak kenderaan JPJ itu.
Lapan buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Proton Waja, Proton Wira, pacuan empat roda Suzuki Jimmy, Perodua Kancil, sebuah motosikal, dua buah bas sekolah dan sebuah lori lain.
Sumber: Kosmo

Penguatkuasa tak penguatkuasa, kalau salah memang patut disalahkan mungkin itulah apa yang difikirkan orang awam disana.

Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Kurang dari 24 jam satu perhimpunan besar iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  akan diadakan di Stadium Merdeka. Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  yang dianggap sebagai bapa segala perhimpunan akan mengabungkan semua himpunan Bersih, himpunan Hijau, himpunan Oren, Royalti dan pelbagai lagi NGO. 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  ini diadakan bertujuan sebagai alternatif meluahkan rasa amarah rakyat setelah pelbagai tuntutan demi tuntutan diabaikan oleh kerajaan semasa.

Relevannya Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  ini aku letak ditangan masing-masing, mungkin ada yang menyokong tapi mungkin ada juga yang akan membantah. Aku tidak memihak kepada sesiapa dan tujuan entry ini juga mahu menjemput rakyat Malaysia untuk pergi dan tidak juga untuk menghalang rakyat Malaysia untuk tidak pergi.

Tapi peringatan yang paling besar dan utama kepada ibu bapa yang pergi adalah agar tidak membawa anak-anak kerana jika ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Akta Kanak-Kanak 2011. Tidak kisahlah jika ada undang-undang atau tidak, memang anak-anak terutamanya anak kecil tidak sepatutnya pergi kerana banyak masalah yang bakal terjadi. Malas gua nak cakap apa tapi yang penting kalau bawak jugak jangan bising kalau anak hilang dalam lautan manusia.


Berdasarkan Artikel Kosmo: Bawa anak sertai perhimpunan boleh dihukum

Parents who take children to rallies face prosecution.
Ibu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum.

Bawa anak pergi ke perhimpunan atau demostrasi ada undang-undang dan akta yang sampai boleh kena RM10K dan 10 tahun penjara. Tapi kalau bawa ke tempat maksiat, ke konsert berapa pulak kena. Ada akta?

Harapkan semuanya berjalan lancar dan yang paling untung aku rasa dan yakin adalah peniaga air. Penat wo nak himpun lama-lama tanpa minum air.

Siapa nak join aku bukak gerai minuman?



Senarai penuh pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012

Senarai penuh pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 telah keluar dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012). 
Berdasarkan info dari blog-blog hiburan semalam, bertempat di hotel Holiday Villa Subang, senarai penuh pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012 telah keluar dan dibawah ini merupakan senarai semua kategori pencalonan untuk Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012
Berikut senarai penuh Top 5 ABPBH2012:

Senarai penuh pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012


Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki
 Popular
1. AG
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita
 Popular
1. Abby Fana
2. DJ Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Penyanyi Lelaki 
Popular
1. Aizat Amdan
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz Suip
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Oleh itu bolehlah korang mulakan undian untuk mencari Top 1  Anugerah Bintang Popular BH 2012. Anugerah ini akan berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.


Untuk kategori Artis baru wanita popular aku dah tahu nak undi siapa. Oh Emma maembong :)



Senarai penuh pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012 yang lain:

Keputusan Penuh Senarai Calon Top 5 ABPBH 2012
SENARAI PENUH TOP 5 ABPBH2012
Zizan, Neelofa Dominasi Pencalonan Top 5 ABPBH2012


Amaran merah Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur Malaysia


Satu demi satu bencana alam yang dikhabarkan akan melanda Malaysia dalam sebulan dua ini. Ada khabar yang benar dan hanya khabar angin tapi walauapapun yang terjadi kita hendaklah sentiasa selalu berdoa agar keamanan dan kesejahteraan selalu dikurniakanNya kepada kita. Terbaru dari website TheSunDaily, aku terbaca satu amaran Ribut Tropika Sonamu telah dikeluarkan di timur Malaysia.

Penduduk di Sibu, Mukah dan Bintulu telah diberi amaran untuk sentiasa berwaspada sebagai persediaan menghadapi Sonamu, yang dijangkan akan melanda Laut China Selatan esok.
"Bencana alam ini akan merosakkan harta dan nyawa," Kata Setiausaha Negeri Tan Sri Morshidi Ghani kepada pemberita semalam.

Beliau berkata angin 60kmph secara perlahan-lahan bergerak ke arah Mukah. Seperti pada jam 12pm semalam, ia adalah kira-kira 400km dari Kuching. Sementara itu, Jabatan Meteorologi telah memberi amaran bahawa angin kencang timur laut 50kmph 60kmph dengan ombak sehingga 4.5m dijangka berlaku di perairan Kuala Rajang, Mukah, Bintulu dan Miri Sarawak, Labuan, Kudat, pantai dalaman dan barat Sabah dan Terumbu Selatan.
Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga hari Ahad dan akan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Angin juga akan membawa hujan lebat, menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Morshidi berkata angin, dijangka melanda pantai pada waktu subuh esok, juga akan membawa hujan lebat, menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mendengar pengumuman rasmi melalui radio dan saluran lain mengenai perkembangan terbaru," kata Morshidi

Begitulah dari apa yang aku dapat dari website TheSunDaily, sentiasalah kita berdoa kepada saudara kita yang disana akan dihindarkan dari segala malapetaka.

Artikel asal:
Sonamu alert in East Malaysia
Artikel lain berkenaan Sonamu:
Amaran Ribut Tropika Sonamu Melanda Pantai Timur Malaysia
Amaran Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur Semenanjung





Download Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3)

Kalau sebelum ini aku dah sharekan link untuk Tonton Online Drama Setia Hujung Nyawa (Slot Akasia TV3 ) di entry ini, kini aku nak berkongsi pula link Download Drama Setia Hujung Nyawa (Slot Akasia TV3 ). Apa orang cakap, kalau tengok sekali tak puas, itu yang kena download dan tengok banyak kali. Woha.
Semua link untuk Download Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3) ini korang boleh dapat di Pereka Cerita.

 Setia Hujung Nyawa Episod 01 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 02 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 03 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 04 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 05 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 06 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 07 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 08 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 09 = DOWNLOAD
 Setia Hujung Nyawa Episod 10 = YOUTUBE
 Setia Hujung Nyawa Episod 11 = DOWNLOAD

10 episod pertama aku letakkan sebagai memudahkan untuk korang download tapi kalau korang ingin teruskan download korang boleh terus pergi ke Pereka Cerita.


Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3).

Selamat menonton. Baru rasa kehangatan drama ini apabila konflik mula melanda El dan Zain. Eh wah aku.haha

Penjenayah yang aku kagumi

Kalau sebut pasal penjenayah mesti orang beranggapan negatif, tak suka apatah lagi nak hormat, jauh sekali nak mengangumi tetapi bagi aku sebagai pelajar sains komputer, penjenayah macam Hamza Bendelladj ini merupakan penjenayah yang amat aku kagumi dan kalau tanya seluruh pelajar sains komputer di Universiti di Malaysia ini juga akan bersependapat dengan aku.
Nak tahu apa jenayah yang dia lakukan?

Aku pelajar sains komputer dan meminati dia. Jadi?

Jadi jenayah yang dia lakukan pastinya berkaitan dengan komputer. Ya dia merupakan seorang penjenayah siber yang juga dikenali sebagai hacker. Dia telah melakukan jenayah dengan memecah masuk ke akaun bank di 217 bank dan syarikat kewangan di seluruh dunia, dengan satu transaksi dia mampu memiliki 10 ke 20 juta dolar. Bayangkan. Sebab itu kos komputer ini bukan hanya memerlukan kebijaksanaan tapi yang paling penting bakal hacker.

Tengoklah gambar dia, dengan tenang dan gembira sewaktu ditahan. Inilah  antara penjenayah yang paling aku kagumi. Kalau penyenayah bank sibuk kena kumpulkan orang, kena plan berbulan lamanya hanya untuk merompak bank, orang macam ini hanya duduk didepan komputer sambil makan keropok pun mampu dapatkan lebih dari apa yang penjenayah lain buat dengan merompak bank.

Sumber dari thehackernews

Penangan gambar bogel kekasih baru

Sudah banyak rasanya berita berkenaan gambar peribadi, gambar bogel terutamanya yang disalah guna seletak diberi kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Nak salahkan mereka yang menyebarkan sepenuhnya tak guna jugak kerana sumber gambar itu asalnya dari kita juga. 
Sumber gambar:

Jadi bila pekara gambar peribadi tersebar apakah sepatutnya yang kita lakukan?

Menyesal?

Meraung?

Minta kembali?

Suruh delete?

Lupakan! Entah tahu atau tidak gambar boleh di copy atau disalin semula tak kisahlah gambar digital atau apa. Tapi rasanya zaman sekarang banyak yang menggunakan gambar digital so dengan hanya sekali klik, beribu kita boleh copy. Kalau kita sudah bagi dekat orang gambar kita, dan minta supaya dia kembalikan, agak-agak boleh ke percaya yang mereka tak akan copy gambar itu?

Fikirkan sendiri.

Bagi aku, berita macam ini iaitu gambar bogel tersebar selepas bagi kepada teman lelaki/teman wanita sudah banyak sekali terjadi dan yang paling kerap, peras ugut menggunakan gambar bogel yang kita sendiri bagi kepada pemeras ugut.

Kalau gambar kita tersebar sebab laptop kita atau hard disk kita hilang mungkin ada sedikit penyesalan tapi salah jugak. Apa gunanya kita menyimpan gambar bogel sendiri? Tak puas tengok dekat cermin?

Cerita paling terbaru aku baca di MyNewsHub yang bertajuk Kekasih 12 Jam Ugut Gambar Bogel. Nak komen banyak aku pun bukannya pakar, takut kalau aku komen, lain jadinya.

Papepun sentiasalah berwaspada, perempuan terutamanya. Jagalah gambar-gambar anda dari mereka yang tak bertanggungjawab, kurangkanlah gambar yang terlalu personal dari di post di facebook atau memana laman sosial takut nanti ada gambar ada yang terselit di page Koleksi Awek Malaysia.

Teruskan bergambar, perbanyakkan benang dibadan.

Lagi masalah berkaitan Rebat Telefon Pintar RM200

Nak akses laman web rebat telefon pintar, nak akses laman web rebat telefon pintar, nak akses laman web rebat telefon pintar, amboi kemain macam lagu nak cari kayu pulak. Semenjak menggunakan domain dot my nyh selalu sangat lawat laman web Skmm tuh.

Selepas masalah hanya 20 jenis telefon pintar sahaja yang layak dibeli dengan rebat telefon pintar ini selesai, kini keluar lagi masalah yang tak berapa nak terbaru. Iaitu masalah Laman Web Daftar Rebat RM200 tidak boleh diakses, masalah yang sudah lama berlarutan rasanya.

Tapi rasa seronok bercampur bahagia aku yang beria nak mendaftar untuk rebat telefon pintar ini bertukar sedih, mana tak nya dah beberapa kali aku cuba tak pernah berjaya, asyik keluar tak dapat nak proses.

Kerajaan macam tak faham pulak, bila melibatkan DUIT, BENDA FREE memanglah ramai yang nak mendaftar dan benda macam ini tak sepatutnya berlaku, kalau dua tiga jam mungkin boleh terima tapi dari semalam aku memcuba masih keluar benda yang sama. Adakah aku seorang sahaja yang mengalami nasib begini.
"CYBERJAYA: Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat 7 malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka. -BeritaHarian 1 Jan 2013"
Macam mana yang 5,500 orang itu mampu daftar dan aku masih lagi memcuba untuk daftar, adakah laman web ini hanya bukak pada awal tahun sahaja.

Aku pun tak tahu bila masa masalah ini akan selesai, mungkin kerajaan patut tingkatkan server yang lebih hebat untuk tampung trafik yang tinggi. Inilah jarang bagi benda free, dan bila bagi benda free tak boleh akses pulak.

Bagi aku walaupun masalah ini dah berpanjangan tapi aku ini boleh dikira golonngan yang beruntung sebab melepasi had umur dan syarat-syarat untuk rebat telefon pintar ini, kasihan pulak kepada mereka yang belum cukup umur. wakkakak.

Jika anda seorang pelajar, daftar disini:
https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar
Jika anda sudah bekerja, daftar disini:
https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja
Syarat-syaratnya dibawah ini:
Aku berharap agar masalah ini diselesaikan segera dan bolehlah aku daftar dan tak perlulah aku nak hadap laman web ini setiap hari.

Ketahui semuanya berkaitan Rebat Telefon Pintar ini dengan melawati kata carian Rebat Telefon Pintar.

Semangat untuk aku terus hidup

Lain orang lain cara dan penyebab mereka bersemangat untuk hidup, ada yang bersemangat kerana makwe mereka, ada yang bersemangat kerana mereka mempunyai kerjaya yang hebat. Tapi bagi aku selain keluarga dan kawan yang ada, inilah penyebab untuk aku terus hidup. Woha..

Makanan dan makanan dan makanan...






Sumber: Gambar burger

Semua gambar dari phone aku itu yang tak nampak berselera sangat tapi papepun kalau tengah lapar tengok, terliur jugak.haha

Tonton online Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3)

Tonton online Drama Setia Hujung Nyawa ( Slot Akasia TV3)

Kebelakangan ini semakin banyak novel diterjemahkan dalam bentuk drama tv dan filem. Antara  novel yang diadaptasi dan aku suka adalah Nora Elena dan Adam & Hawa yang tengah tayang sekarang. Tapi kali ini ada lagi satu drama yang baru ditayangkan di TV3 di Slot Akasia iaitu Drama Setia Hujung Nyawa.
Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa: 
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.


Baca Selanjutnya di : Budiey.com

Sinopsis Lain:
Novel Setia Hujung Nyawa
Novel | Setia Hujung Nyawa

Korang boleh Tonton Online Drama Setia Hujung Nyawa ini di CeritaMaster.com yang akan update setiap episod. *kalau ada link lain aku akan update.

Selain mengikuti satu episod ke episod yang terakhir di TV3, korang juga boleh membeli novel ini secara online di Mall Karangkraf.

Selamat menonton buat semua, buat lelaki macam aku memang tertarik dengan kecantikan Ersalina dan keayuan Sofea. Wkwkwkwkw

Full Video Anugerah Juara Lagu 27 [2013]

Tak terlambat lagi rasanya untuk aku tayangkan Full Video Anugerah Juara Lagu 27 [2013] hari ini. Bukan apa, aku mencari Full Video Anugerah Juara Lagu 27 [2013]  ini agak lama di youtube dan bila dah jumpa terasa nak berkongsi pula.
12 lagu yang dipertandingkan.
1. Lagu – Bedroom Sanctuary
2. Teman Pengganti – Black & RJ
3. Patah Seribu – Shila Hamzah
4. Idola – Azlan & The Typewriter
5. Pelangi Senja – Stacy
6. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
7. Tanpamu – Amir Jahari

8. Ku Akui – Hafiz
9. Terukir Di Bintang – Yuna
10. Andaiku Bercinta Lagi – Mojo
11. Simetri – Hazama & Amy Search
12. Anak Kampung – One Nation Emcees & Jimmy Palikat 


Full Video Anugerah Juara Lagu 27 [2013]



Keputusan penuh AJL

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)


Sumber video: flm2u.com

Pecinta yang baik

Apa yang dimaksudkan dengan pecinta yang baik? Selain pecinta kepada Yang Maha Esa, apakah maksud dan peraturan untuk menjadi pecinta yang baik kepada manusia yang lain yang berlainan jantina. Jika seorang lelaki apakah maksud menjadi pecinta yang baik kepada seorang perempuan?
Benda ini dah bermain dalam lubuk fikiran aku cukup lama. Sampai sekarang aku tak mampu nak terangkan apa itu pecinta yang baik. Adakah dengan menjadi seorang yang jujur, seorang yang tidak pernah menipu kepada pasangan kita, kita mampu menjadi pecinta yang baik? Atau bila kita setia, bila kita tidak mengorat perempuan/ lelaki lain kita mampu jadi pecinta yang baik?

Bagi aku sendiri aku tak pernah gelarkan diri aku sebagai pecinta yang baik kepada bekas-bekas makwe aku. Entah kenapa kerana aku rasakan aku hanya dapat menyelami maksud pecinta yang baik itu hanya selepas aku disahkan menjadi seorang suami kepada isteri aku. Buat waktu ini belum mampu aku terjemahkan apa itu pecinta yang baik.

Tetapi bagi aku selagi korang rasa korang jatuh cinta dengan makwe lain kalau kau lelaki padahal kau sudah ada makwe, korang belum layak digelar pecinta yang baik kepada makwe kau. Macam mana kau nak jadi pecinta yang baik kalau dalam fikiran kau, kau masih memikirkan dua tiga makwe yang pernah kau jumpa.

Mustahil bukan?

Jadi jangan khayal dan mimpi kau itu pecinta yang baik hanya kerana kau ada pakwe/ makwe yang berkepit di tempat awam dan berpegangan tangan tanpa rasa malu. Pecinta yang baik ini mungkin bila mana kau sudah menjumpai jodoh kau dan kau nekad untuk bersama dengannya seumur hidup kau.

Pandangan itu subjektif. Jadi jangan emosi kalau baca pandangan aku ini. Cuba atasi emosi kau dengan balas entri aku dengan tulis pandangan korang terhadap Pecinta yang baik ini.

Sehebat-hebat perempuan

Sehebat-hebat perempuan. Masa kini sudah banyak yang kita lihat kaum hawa ini mampu menandingi  kaum adam dan tidak keterlaluan rasanya jika aku cakap ada sesetengah perkara kaum hawa lebih hebat dari lelaki. Namun sedarkah kita ada sesetengah perkara yang majoriti kaum hawa yang tidak mampu lakukan. Aku tak cakap semua tapi majoriti.

Apakah perkara itu?

Sudah biasa rasanya kita dengar. "Setinggi manapun tahap pelajaran perempuan akhirnya kembali ke dapur jua" tapi kali ini yang paling tepat adalah "Setinggi manapun tahap pelajaran perempuan, tahu ke nak tukar tayar kereta?"



















Ini mungkin hanya sesetengah kaum hawa sahaja rasanya.

Tapi tak juga dinafikan ada juga kaum adam yang belum mampu menukar tayar kereta sendiri.

Aku? Aku dah pernah tukar tayar kereta harap maklum.

 
Web Analytics