KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Peluang dan peluang dan peluang

Semua orang ada hak untuk memberi dan meminta peluang.

Dan kalau kita jenis yang menghargai peluang, kita tak perlu lagi meminta-minta peluang yang kedua mahupun yang ketiga. Dan lagi power bila mana peluang yang kita ada adalah hasil dari carian kita bukannya atas belas kasihan mereka.

Sedar atau tidak.
Masih ada yang tak mampu nak hargai peluang, aku fokuskan kepada peluang kedua dan seterusnya.

Tak reti nak hargai peluang.
Masih dengan kata penyedap hati mereka.
Masih dengan cara yang sama.
Masih dengan impian yang lama.

Peluang.
Kita dihidangkan dengan pelbagai peluang dan setiap peluang akan bersilih ganti dengan peluang yang lain.

Tapi tak akan nak tunggu peluang dah mati baru nak hargai.

Perbualan telefon

Sambil tangan kanan menyuap muruku ikan ke dalam mulut dan jari jemari kiri men-scroll contact list dalam telefon aku ini tiba-tiba aku terfikir.

Banyak benda yang boleh buat aku rindukan seseorang dan salah satu darinya adalah dari perbualan telefon. Aku banyak rindukan orang bila seseorang itu memberi impak yang besar bila aku dan dia sedang berbual di telefon.

Kadang-kala bila aku scroll contact list dekat telefon murah aku ini, hanya satu dua nombor yang membuatkan aku ada rasa mahu berhubung, dan majoriti buatkan aku rasa tak nak berhubung dengan mereka. 

Sebab apa? Sebabnya macam biasa dan seperti biasa.

Aku jenis yang tiada banyak sangat idea untuk bercakap, tambahan pula aku tak kenal orang tuh dan latar belakangnya, macam mana nak bersembang? idea mana nak cari kalau nak berhubung? Memang kelautlah aku rasa kalau nak berhubung pun, nak tanya itu dan ini memang tak dapat.

Tambahan pula aku bukan jenis yang suka ambil tahu hal peribadi orang yang tiada kepentingan untuk aku, nak tahu apa engkau buat, apa kerja engkau. Walaupun hari ini engkau bercerita mengenainya belum tentu esok aku masih ingat.

*Scroll contact list*

Muruku ikan ini dah masuk angin rupanya. Hmmmmmm

Over-friendly

Over-friendly.

Dalam kata mudah, orang yang terlebih mesra. Terlalu peramah dan suka bersembang.

Bila bersama kita, dia suka mengeluarkan kata-kata yang berlandaskan idea-idea kosong dan lawak yang langsung tiada nilai. (Dibaca: Lawak Bodoh)

Susah sekali nak ambil serius, mana tidaknya, seluruh harinya dipenuhi cakap-cakap kosong dan lawak bodoh, aku ulang. Dan jikalau ada yang serius pun mesti diselangi dengan lawak bodoh, aku ulang.

Orang macam ini memang bersepah tetapi sebagai lelaki yang luar biasa, aku tanganinya dengan tenang. Aku jawab lawak bodohnya dengan senyuman sinis.

Tahukah engkau, senyum sinis ini kalau selalu dibuat boleh mendatangkan mudarat?

Kalau perbualan aku selalu diselangi dengan lawak bodoh, dan aku terpaksa jawabnya dengan senyuman sinis.

Kesannya? Aku yang merana.

Sedar atau tidak?

Petanda dan petanda

Semasa perjalanan pulang dari kedai komputer ahad lepas hujan mencurah-curah menimpa bumi dan sebagai lelaki power dan angkuh aku hanya berjalan meredah hujan tanpa sedetik pun rasa ingin berlari. Bukankah hujan itu rahmatNya jadi kenapa mahu lari darinya.

Sampai ke destinasi yang aku hendak tuju yang berbumbung, aku lap muka, keringkan rambut aku yang sudah hilang gayanya. Hmmmmm, selok poket satu persatu, periksa wallet? ada. telefon pintar kesayangan? Ada. 

Ehh kejap, telefon kesayangan. Oh tidak, mungkin aku lupa aku punya telefon power yang tak mampu menahan air seperti mana aku. dan yea, phone aku terus tak mampu bernafas lalu menghembuskan nafas terakhirnya, dipercayai akibat lemas sebentar tadi. (Dibaca: Telefon masuk air)

 Untuk seketika, aku tak bereaksi apa-apa pun. Aku menghela nafas. Nafas yang sangat panjang. Tanpa bercakap apa-apa, aku hanya pandang telefon pintar itu. Aku lap gunakan sapu tangan aku. Aku biarkan telefon itu.

Apa dah jadi dengan aku? Nak mengeluh, nak memaki hamun pun tak mampu? Nak menyesal, nak ulang beribu kali perkataan, kalau kalau kalau kalau kalau? Aku hanya senyap. Terus diamkan diri.

Adakah ini petanda baik yang aku dah semakin banyak bersabar? Petanda aku sudah boleh menerima sesuatu yang buruk terjadi kepada aku, tanda redha dan pasrah aku makin tinggi? Atau ada petanda lain?

Aku berlalu pergi sambil kepala memikirkan telefon apa yang patut gantikan telefon aku yang lemas ini.

Hmmmmm

Kebencian yang jinak

Aku terduduk dalam hiba. Aku memandang keindahan pantai dengan mata berair. Mulut berkumat kamit mengalunkan zikir walaupun kadang-kala tersekat-sekat di pertengahan kata. Aku teruskan zikir, demi membuang kebencian yang satu ini.

Entah kenapa, cukup susah aku membuang kebencian ini walaupun itulah musuh aku dikala dulu. Kenapa engkau masih disini? Kenapa?

Aku tak mahu mengambil kisah itu semua. Aku terus sibukkan hati mencintai kekasih hati, sibukkan jari menaip cerita, sibukkan mata melihat potretnya, sibukkan kaki pergi ke tempat yang berlainan.

Namun aku tak mampu. Kenapa?

Kebencian yang ada terus menghantui aku. Tetap berlegar dalam kepala aku walaupun aku akui 70 peratus dari kepala aku hanya mengingati insan yang aku sayang, insan yang aku cinta.

Jinak benar kebencian ini sehinggakan susah untuk berjauhan dengan aku. Kenapa?

Aku habiskan masa dengan membaca kisah dan pengajaran dari mereka yang sudah sebati dengan kebencian. Aku google, aku google atas kata kunci "Kebencian".

Tapi masih tak mampu aku buang. Kenapa?

Aduh. Aku jadi gila. Mungkin hanya separuh gila, gila kerana masih fikirkan pekara yang kecil ini. Aku sepatutnya fikirkan pekara yang memberi kepentingan kepada aku.

Aku lelaki yang mahukan ketenangan. Yea aku bencikan kebencian walaupun itu rutin harian aku.

*tunduk kepala ke papan kekunci komputer riba ini*

Makna cinta

Wahai kasih, Ingatkah engkau...

Kita sudah berjanji mahu mencari makna cinta sejati selepas kau habis belajar nanti.
Aku cadangkan Istanbul Turki sebagai tempat untuk digali makna cinta itu sendiri.
Tapi kau pula cadangkan Kota Suci Mekah sebagai tempat paling istimewa untuk kita jumpa makna sebenar cinta itu sendiri.

Tapi kasih...

Aku rasa makna cinta sejati aku sudah jumpa, bila mana sebentar tadi berjalan-jalan habiskan sisa petang aku di kota raya kecil ini.

Satu adegan kecil yang memberi aku kesedaran sebenar tentang makna dan isi cinta sejati itu. Aku dihidangkan dengan adegan seorang pengemis bersama anaknya ditepi kaki lima yang boleh aku katakan..

"Yea! Inilah cinta sejati."

Hari mati-mati

Hidup dengan lumpur dan nyamuk walaupun untuk seminggu bukanlah suatu perkara yang best dan ekselen untuk remaja seperti aku. 

Hahahah apa boleh buat, ehhhh dah lama rasanya tak menulis since last post aku dekat blogger.com, hmmmm terlalu banyak bukit nak didaki, terlalu banyak musuk nak dikejar, sehinggakan laptop pun aku pandang sepi, adakalanya tak pandang langsung.

Dan kini aku berada di bilik, syurga nan indah, rehat beberapa hari sebelum kembali menjalani hari mati-mati aku untuk beberapa hari.  damn, cepat la sikit habis belajar. aku dah semak tengok muka-muka bangang dekat tempat tuh.

Jalan hidup dan pilihan

Jalan hidup mana tidak berhadapan dengan pilihan? Cakap pada aku.

Jangan menipu, kerana aku tahu.

Jalan hidup kita dipenuhi pilihan dan tugas kita hanyalah memilih dan menerima segala ketentuan selepas pilihan kita dibuat.

Namun adakah kita telah buat pilihan yang tepat. Pilihan yang memaksa aku masuk ke dunia yang sama sekali berbeza dengan dunia aku, pilihan yang kadang-kala menekan aku, entah apa yang ditekan sehinggakan aku merasa tertekan.

Bila mana pilihan menekan :-

Adakah hati tidak rela membuat pilihan?
Adakah pilihan itu diluar kotak fikiran?

Andai bisa pilihan kita bertukar, apa agaknya jadi kepada dunia?

Bintang malam

Aku tenung,
Aku tenung langit malam,

Aku mencari kerdipan bintang malam ini,
Tapi sayang,
Sayang seribu kali sayang kerana tiada satu pun aku jumpa malam ini,
Hanya sinaran bulan yang cantik dalam kepuraan menemaniku,

Namun aku sedar, 
Keindahan dunia yang sementara ini tidak menjamin apa untuk mereka yang berfikiran yang biasa-biasa,
Namun ada sesuatu yang diluar jangkaan untuk mereka yang yang berfikiran luar biasa.

Engkau pilih.
Engkau tentukan.



Perhimpunan blogger terbesar 2013


Jangan lupa untuk menghadiri perhimpunan blogger terbesar di Malaysia di Blogrrr : Blogger Most Wanted, 14 Disember 2013, MIECC, Mines, Selangor.

Antara aktiviti yang menarik:
1. Kunjungi lebih dari 100 booth jualan (blogshop) dari kalangan bloggers
2. Dapatkan tips & tricks daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (blogserius.blogspot.com), Shawn Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com).
3. Hadiri lebih dari 10 seminar mini bagaimana memajukan blog dan perniagaan daripada pemain gergasi seperti MYNIC, Google, SSM, PUIM, BSN dan Maxis*
4. Temui artis-artis terkenal dan menangi lebih dari 250 hadiah rebutan!


Sertai cubaan mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia. T-shirt eksklusif untuk setiap blogger yang menyertai.

Untuk info terkini, jangan lupa likes page blogrrr di https://www.facebook.com/blogrrr 

Forum Lowyat.

Kau bukan bola


Hati kau bukan bola
Yang boleh aku tendang
Yang boleh aku sepak
Bila masa aku suka
Kemana aku suka
Tanpa kau inginkan
Tanpa salah dari kau
Kerana aku tahu kau bukan bola

Kau kasih hatiku 
Yang akan aku usaha dan jaganya
Sehingga akhir usia.

Aku ada kau

Senyuman aku cantik terukir
Tetap cantik
Tetap terukir
Tiada sesaat pun ia hilang di bibirku

Tidak
Akan
Hilang
Di 
Bibirku

Kalau pun hidup aku dilanda 1001 masalah
Kalau pun hidup aku dilanda 1001 dugaan
Kalau pun hidup aku dilanda 1001 kesusahan

Tiada apa yang mampu buat senyuman aku hilang
Kerana aku tahu senyuman aku masih mampu terukir

Senyuman aku tetap dibibirku

Hanya kerana aku ada kau
Kau yang buat senyuman aku terukir.



Aku yang penat

Minggu ini, minggu yang agak berat bagi aku dengan purata tidur aku sehari cuma 4 jam. 2 jam diwaktu malam dan 2 jam curi-curi tidur bila ada kelapangan, walaupun sempat melelapkan mata, sebenarnya minggu ini memang sibuk bagi aku.

Bila masa mencemburui aku barulah aku terkenangkan saat-saat lapang yang aku punya dahulu. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku perlu sibuk, sesibuk ini. Mungkin saat-saat sibuk ini membuatkan aku menghargai saat lapang aku. 

Namun aku sedar satu pekara, saat-saat sibuk ini tidak akan putus, walaupun adakalanya ia rehat namun ia akan datang kembali. Memberi aku ruang yang terhad untuk aku melakukan pelbagai aktiviti.

Aku punya saat kesibukan yang melampau walaupun baru setahun jagung namun aku rasa aku punya nasib yang lebih baik dari mereka yang punya terlalu banyak masa lapang. Alhamdulilllah masih ada ruang bersyukur dalam hati aku, jadi aku tak sepatutnya mengeluh, Allah dah bagi, aku patut terima. Bukankah Allah punya banyak rahsia.

Iyelah, disamping mulut katakan syukur namun jauh disudut hari hambaMu ini ada terselit rasa yang agak penat. Penat. Penat. Penat. Penat zahir dan batin. Penat dengan masalah yang aku rasa aku tak patut pedulikan, namun ia tetap memenatkan aku.

Jadi aku memilih untuk tidak mengambil kisah masalah yang membuatkan aku nampak penat dan menampakkan aku seorang yang lurus dan bodoh.

Disamping mereka yang memberi masalah kepada aku, aku yakin pasti ada juga mereka yang mampu menyelesaikan masalah aku. Aku tahu, Aku yakin.

Terima kasih Ya Allah.



Pilihan

Jam 0800 malam

Cukup 24jam aku termenung memandang kertas putih ini.

Ya aku termenung lagi

Blerghhhh, apa yang susah sangat entah. Susah nak buat pilihan. Ramai yang dah lalui kertas putih ini, kenapa susah bagi aku.

Aku benci pilihan
Buat aku dilema, dan buat benda senang nampak susah.

Tapi aku perlukan pilihan
Pilihan untuk terus memilih

Dari aku terus memandang kertas putih ini, lebih baik aku pergi berjuang.
Berjuang melawan nafsu dan pergi menghadap yang satu.

Cantik dalam kepura-puraan

Hanya orang bijak akan perasan
Betapa hodohnya perangai bulan
Yang pandai dalam kepura-puraan
Cantiknya hanya disebabkan pantulan

Namun dalam kepuraanmu bulan
Kau masih ciptaan pilihan
Menerangi malam dengan pantulan
Memberi seribu ruang ketenangan

Malam ini kita bertemu lagi
Wahai si cantik dalam kepura-puraan



Bukan untuk aku

21 November 2013, Khamis. Hari yang aku banyak habiskan masa diatas katil sambil sekali sekala tangan meraba mencari telefon, membaca nota rindu yang dihantar insan yang jauh dilautan sana. Entah kenapa, rasa tak lengkap jika aku tak menatap komputer riba yang cantik disusun diatas meja kayu dihadapan katil ini.

Aku buka post baru di blog, lama aku tenung, cuba menaip apa yang terlintas difikiran, cuba aku gaulkan dengan ayat yang aku coret di twitter sambil menikmati tiupan angin pantai yang masuk menerusi lubang-lubang jendela dibilik, disertai dengan alunan lagu pilihanku di komputer ini.

Tangan kanan masih di tetikus komputer dan tangan kiri meraba mencari gelas kaca berwarna putih dihujung meja lalu mulakan hirupan pertama milo panas yang aku buat selepas solat zuhur tadi.

Tiba-tiba hirupan aku terhenti.

Oh baru aku sedar.

Aku buat milo panas ini untuk orang lain.

Hmmmm




Sekuntum orkid putih

Teringat kenangan pemberian satu kuntum orkid putih suatu ketika dahulu.

Sekuntum orkid putih walaupun tidak sejambak buat aku hargainya, kali pertama aku menerimanya, aku memandangnya dengan penuh perasaan menghargai, menyentuhnya dengan sentuhan lembutku, menghidu dengan helaan nafas yang lemah dan menciumnya dengan penuh gelora.

Kuntum orkid putih inilah yang paling cantik pernah aku lihat, paling lembut pernah aku sentuh dan  paling wangi pernah aku hidu. Aku simpan segalanya didalam hatiku yang satu.

Seminggu kemudian...

Aku mengambil semula kuntuman orkid putih yang sama, dengan keadaan yang tidak sesuai, perhatian yang tidak diberi, kuntuman orkid putih itu sudah tidak sama seperti kali pertama aku menerimanya dahulu.

Walaupun hanya seminggu ia telah mengubah bentuknya sampai begitu sekali. Orkid yang dahulunya segar kini telah layu, orkid yang dahulunya wangi kini hanya bau kuntuman bunga yang layu. Dahulu warnanya seakan pelangi dilangit tapi kini ianya seperti lumpur dibumi.

Namun aku tetap memandangnya dengan penuh perasaan, menciumnya dengan penuh kasih dan memyentuhnya dengan penuh belaian.

"Kenapa kau masih menciumnya walaupun ianya telah layu dan ianya tidak seperti seminggu lalu?"

" Mungkin dahulu aku mencium keindahannya tapi kini aku mencium kenangan yang ada di kuntum orkid ini."


Hmmmmmmmm


Gambar: Blog

Kejarlah peluang



Disaat kita tidak punya apa-apa dan keinginan kita melebihi segalanya, tuhan dengan tenang memberi peluang untuk kita merasa dan memiliki segalanya. Bila peluang itu munculkan kehadirannya didepan kita, kita haruslah berkejaran, bertolakkan menggapai peluang itu. Sesungguhnya usaha kita haruslah mengatasi keinginan kita untuk memiliki peluang itu.

Kerana kita harus sedar dan ingat bahawa peluang tidak selalunya ada dan disebabkan itulah ia dinamakan peluang, peluang yang harus kita kejar dan gapai sehingga menjadi milik kita.

Namun jika peluang yang terhidang itu bukan rezeki kita, usahlah bersusah hati walaupun kita sudah sehabis baik mengejarnya. Sekurangnya selepas penat usaha kita mengejar peluang itu kita diajar betapa sukarnya mengejar sesuatu dan betapa bernilainya peluang yang dahulunya terhidang didepan mata kita.

Andai ada yang ketawakan kita disebabkan kegagalan mengejar peluang yang ada, ketahuilah kita sudah diajar dengan pelbagai pengajaran sepanjang mengajar peluang itu dan sabarlah sesungguhnya kita lebih mengetahui akan usaha kita sendiri dan apa yang ditakdirkan untuk kita.


Mentari petang

Mentari petang kian bersinar menandakan hampir terbenamnya matahari, melihat keluar jendela yang menghadap pantai membuatku berpeluang menikmati keindahan terbenamnya matahari. Kelihatan tiga orang kanak-kanak sedang bermain istana pasir sambil diawasi ibu bapanya dari jauh yang kelihatan rancak berborak.

Burung-burung kelihatan berkejaran di atas permukaan air sambil sekali kala, kakinya mencecah air.

Pengawal pantai berpakaian lengkap suit renang kelihatan tenang duduk diatas kerusinya sambil menikmati air kelapa.

Sekumpulan pengunjung berseronok diatas bot pisang (dibaca: banana boat) sambil ditarik bot kecil yang berulang-alik disepanjang pantai.

Kelihatan juga seorang lelaki sedang berenang-renang anak ditepian pantai, baru belajar berenang gamaknya.

-

"Adakah mereka benar-benar bahagia atau pura-pura bahagia "

Aku bermonolog

" Bahagia itu pilihan kita sendiri, kalau kita mahu kita perlulah berusaha kearahnya "

Aku mengangguk tanda setuju

Hari ini pantai telah menunjukkan aku bahawa keindahannya diwaktu petang dibantu oleh cantiknya mentari petang.






Sarkastik itu unik


Sarkastik itu unik,
Namun jangan panik,
Bila terbaca walau sedetik.

Sarkastik itu unik,

Ramai yang tertarik,
Dek kerana madahnya yang menarik.

Sarkastik itu unik,
Untuk meluahkan rasa yang terik,
Dalam kata yang berlapik.

Sarkastik itu unik,
Maafkan aku jangan serik,
Kerana perangaiku yang pelik.



Pandangan yang berbeza






Kita punya dua hati yang berbeza
Namun itu bukan penghalang untuk kita bersama
Usaha kita berdua terhadap cinta kita
Menjadi punca dua hati yang berbeza menjadi satu
Namun ...
Walaupun kita sehati sejiwa tetapi belum tentu pandangan kita sama.

Menulis dikala remaja

Syukur rasanya diketika remaja aku sudah mengenali apa itu penulisan blog. Penulisan yang memberi peluang untuk aku mencoret satu dua nota kehidupan untuk aku tatap demi mengembalikan nostalgia sekarang dimasa hadapan.
Sebagai seorang remaja pelbagai benda yang mampu aku coretkan dengan kehidupan yang penuh kerancakan. Aku bersyukur, aku bersyukur kerana sampai sekarang ada lebih dari satu dua penulisan aku yang mampu aku ambil iktibar dan mampu aku jadikan panduan untuk terus menjalani kehidupan ini.

Kalau dilihat, yeahhh ramai remaja yang memang suka dengan penulisan di blog, suka meluahkan segala pekara tetapi dengan meluahkan semuanya diblog, bukanlah satu pilihan yang tepat. Sambil menulis kita haruslah berwaspada dengan anasir yang ingin mencemarkan kita.

Dalam bahasa mudah, menulis biarlah ada panduan agar apa yang kita tulis tidak diolah menjadi penulisan yang membawa erti lain.

Bahagia tapi tidak bersyukur

Petang sudah menjelmakan diri,
Meniup hilang kedinginan pagi,
Bilakah malam akan menunjukkan diri,
Tak sabar rasanya mahu mimpikan kamu lagi.

Sudah lama rasanya semenjak kali terakhir aku mempunyai nafsu yang membuak ingin menulis rasa hati, pandangan diri di dalam kronologi ini. Sebagai lelaki yang belum punya apa-apa mungkin aku boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bertuah, lelaki yang masih kenal apa itu bahagia, masih kenal apa itu gembira walaupun celaka ini kadang-kadang menjelma tatkala senyuman terukir dibibir.

Mungkin juga aku boleh dikategorikan sebagai lelaki yang tahu apa itu bahagia tapi tidak mengerti apa itu rasa syukur. Rasa syukur yang sepatutnya aku kenal bila berada disekeliling manusia yang cuba membahagiakan aku. 

Sebenarnya aku masih berbaring diatas katil empuk sambil mendengar dendangan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang dari Tegar sambil menelan coklat choclairs. Kini aku hanya ada rasa ingin menulis, meluahkan apa yang aku rasa dan mencari apa yang boleh dikaitkan.

Bahagia tapi tidak bersyukur ini membuatkan aku mengenal satu dimensi yang berlainan bila ia mengajar aku bahawa bahagia yang ada bakal lenyap dalam sekelip mata jika kita tidak kenal apa itu rasa syukur. Syukur kerana kita kenal apa itu bahagia.

Aku manusia yang kurang segalanya.
Mencari ruang untuk merasa bahagia,
Bila ada aku tidak merasa syukur kepadaNya,
Bila tiada mulalah aku merasa aku tidak punya apa-apa.

Dan kerana itu aku mula mengenal apa itu rasa syukur, syukur dengan rancangan Tuhan. Syukur dengan segalanya. 



Tweet-tweet mingguan

Himpunan tweet-tweet mingguan dari akaun @afferdaus.

Aku jual bahagia kepadamu,
Tapi kau belinya dengan celakamu,
Aku terima tanpa mengadu,
Kernaku tahu apa yang aku mahu.

Saat bahagia mahu berbunga,
Tiba-tiba celaka menjelma,
Menutup semua rasa bahagia,
Celaka yang tiba hanya mampu dilihat kita. 

Mereka pernah rasa,
Apa yang kita rasa,
Tapi mereka masih tak buat apa-apa,
Mungkin mereka tak kisah apa yang kita rasa.

Diri.

Masih menunggu bahagia menjelma,
Tatkala kesepian melanda,
Kuatkanlah demi ketenangan disana.

Dirinya dilihat seperti semalu,
Bila disentuh terserlah malu,
Tapi durinya selalu kelihatan disitu.

Saat graviti tidak lagi berfungsi,
Terbanglah engkau dari sisiku,
Tergapaiku menarikmu pulang kesisi,
Hanya takdir dapat tunaikan impianku.

Tiba-tiba aku terduduk,
Kenangkan apa yang terjadi,
Beduk sudah banyak kali diketuk,
Namun masih belumku sedarkan diri.

Pagi makin surut mencari tengahari,
Diri masih berselimut berhibernasikan diri.

Hidupnya masih terkial-kial mencari kebahagian,
Diwaktu orang lain telah tinggalkan lingkungan kesepian.

Pipinya mungkin putih gebu,
Tapi belum tentu mampu tersenyum sipu.

Cari selimut tutupi diri
Bila mahu mencari mimpi
Ayuh!


Bila engkau bersendirian

Bila engkau bersendirian,

Gunalah masa itu sebaiknya,
Mencari kedamaian dikala sendiri,
Untuk memberi ketenangan di dalam hati,
Luangkanlah sepenuhnya bersama hati,
Demi memenuhi ruang muhasabah diri,
Kerana itulah masa yang sesuai,
Inilah waktu air mata kita,
Mudah berguguran menyembah bumi,
Dek kerana hati kita yang sepi,
Bersyukur dan jangan mengeluh,
Bila engkau bersendirian,
Itulah peluang untuk engkau,
Bersendiri mengenang apa yang terjadi,
Carilah waktu bersendiri,
Agar teguh jati diri,
Demi memperbaiki diri.



Menulis dengan emosi yang teruk

Sepatutnya entry ini aku karang selepas entry "Mencari Penyelesaian atau Meraih Simpati" yang ada hubung kaitnya tapi atas sebab handphone aku yang rosak maka aku tangguhkan dulu entry itu, bukan apa entry penuh itu ada dalam note phone aku itu yang mana aku karang kebanyakkannya sewaktu menunggu waktu berbuka, nampak tak betapa mengisi masa lapangnya aku.

Tinggalkan entry itu, aku mulakan entry yang baru iaitu menulis dengan emosi yang teruk. Menulis sesuatu dengan emosi yang teruk ini aku spesifik kan menulis di laman sosial. Tidak dinafikan laman sosial ini sebagai satu medium kita untuk berkongsi pengalaman hidup atau personal. Selain tipikal laman sosial untuk mencari kenalan dan berhubung, laman sosial juga digunakan sebagai medium untuk menulis apa yang kita rasa, apa yang kita nampak, apa yang kita lakukan.

Namun sedarkan kita, apa yang kita tulis di laman sosial sepatutnya kita lakukan dengan emosi yang stabil dan bukannnya emosi yang teruk. Dengan emosi yang teruk, setiap penulisan kita akan lari dari fitrah kita sendiri, setiap post ditulis dengan caci-maki dan carutan yang sangat kasar dam tidak enak untuk dibaca oleh orang lain dan sedarkah kita, lagi setahun dua kita baca balik apa yang kita tulis hari ini pastinya kita merasa malu.

Apa yang kita mahukan bila kita post masalah kita sendiri dengan emosi yang teruk?

Mahukan perhatian dengan meraih simpati.

Ataupun mencari penyelesaian di atas masalah itu.

Masalah yang kecil tapi ditulis dengan emosi yang teruk boleh disalah tafsirkan oleh orang lain yang mana akan memburukkan kita sendiri.  Percayalah setiap perkara yang anda sebarkan diinternet ini sangat mudah diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya dan apa yang mereka faham tak semestinya sama dengan apa yang kita mahu mereka faham.

Betulkan emosi kita dan mulakan menulis, jangan sampai kenyataan kita dengan emosi yang teruk menyebabkan kita dikategorikan sebagai manusia yang bukan dari diri kita sendiri.









Keputusan yang baik atau buruk

Berbumbungkan cahaya mentari yang menyinari di kala menunggu waktu berbuka membuatkan tekak semakin kehausan namun itulah kelebihan Ramadhan yang mana walaupun matahari di atas kepala tetapi cuacanya  tidak terlalu panas, tambah pula kadang-kala ditiup angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan langkah semakin bertenaga walaupun seharian berpuasa.

Mengambil langkah mula ke bazaar pada waktu petang sememangnya langkah yang tak pernah memenatkan, sambil menjamu mata dengan juadah berbuka, aku keluar mengambil angin petang, dikala langkah diatur aku bertemu dengan seorang kawan yang juga mempunyai arah tujuan yang sama. Berbual kosong sehinggalah sampai ke gerai yang pertama, satu dialog terkeluar dari mulutku.

"Sebarang keputusan yang kita buat, kita tidak boleh berpatah balik oleh itu kita terima saja dan redha sama ada ianya keputusan yang baik atau tidak untuk kita."

Setiap apa jua keputusan yang kita lakukan secara sedar atau tidak, secara automatiknya akan mempengaruhi hidup kita, dan dengan keputusan yang kita lakukan itulah yang mengubah hidup kita ke arah lebih baik atau sebaliknya. Mungkin kita lihat mengambil keputusan ke bazaar ramadhan bukanlah suatu keputusan yang bakal mengubah hidup kita tapi sedarkah kita ianya sedikit sebanyak sebenarnya telah mengubah cara dan juadah waktu berbuka. Dengan mengambil keputusan untuk tidak ke bazaar, kita berkemungkinan hanya akan berbuka dengan segelas air kosong.

Soal kebaikan atau keburukan dari keputusan yang kita lakukan sebenarnya sudah tertulis sebagai takdir kita, takdir buruk atau takdir baik itu semuanya ketentuanNya.

Setiap keputusan yang kita lakukan sememangnya tidak boleh berpatah balik dan jika ianya boleh pun ditarik balik ia tak akan sama seperti sebelum kita membuat keputusan itu, setiap keputusan kita itu ada baik dan buruknya yang mana akan mempengaruhi hidup kita. Dari keputusan yang kita lakukan, ianya bukannya mengubah hidup kita bahkan mereka yang disekeliling. 

Keputusan yang kita lakukan sememangnya dari kita sendiri tapi adakah kita gembira dengan keputusan yang kita lakukan, gembira sewaktu keputusan dibuat itu mungkin tapi mungkinkah kegembiraan itu akan berlarutan sehingga hasil keputusan kita keluar. Jangan ingat semua keputusan yang dibuat itu mengembirakan kita, itulah sebabnya ada tips untuk membuat keputusan agar keputusan yang dibuat memberi kebaikan kepada kita.

Namun setelah keputusan dibuat, apa yang boleh kita lakukan hanyalah menunggu hasil keputusan kita sama ada ianya baik atau buruk untuk kita dan sekiranya buruk maka redhalah dan cubalah perbaiki diri agar keputusan seterusnya akan memberi hasil yang positif. Fikirlah sebaiknya sebelum membuat keputusan kerana sebagai seorang manusia kita punya ego. EGO yang membuatkan kita tidak mengalah dengan keputusan yang kita lakukan, keputusan yang kita tidak tahu kebenarannya.

Tiada keputusan yang baik dan buruk, yang ada hanyalah keputusan yang baik dan keputusan yang buruk. Ia umpama ramadhan dan syawal, ia tidak boleh berlaku secara serentak.

Apa yang kita lakukan akan memberi impak kepada kita tak kira impak positif atau negatif. Dan pastinya kita mahukan impak yang positif, jadi bagaimana kita mahu menolak impak yang negatif?

Buatlah keputusan sebetulnya dan redha dengan segala ketentuanNya.

Tak perlu miliki segala-galanya untuk dicemburu



Lumrah bak kata pelangi dan fitrah bak kata aku bila mana kehidupan kita di selubungi dengan perasaan dengki, cemburu oleh manusia sekeliling kita. Jangan persoal kenapa orang cemburu dengan kita jika kita sendiri menyimpan sifat dengki kita dengan kelebihan orang lain. Dan sedarlah engkorang memang manusia jika mempunyai sifat dengki dan cemburu dengan orang lain kerana sifat ini hanya ada pada manusia bukan pada makhluk lain.

Walaupun secara kasarnya makhluk lain seperti haiwan yang bercakaran mencari makanan dan tumbuhan yang berlawanan mencari cahaya matahari dilihat sebagai bersaing namun tiada sifat dengki. Tahniah jika kau ada perasaan cemburu.

Tapi sedarkah kita yang kita tak perlukan 150 juta kelebihan untuk orang lain dengki dan cemburu dengan kita. Cukuplah dengan satu kelebihan atau satu pekara yang kita miliki, ia sudah cukup untuk membuatkan seseorang merasa dengki dan benci kepada kita walaupun secara hakikatnya dia mempunyai lebih dari 151 juta kelebihan dari kita, tapi disebabkan syaitan yang berwarna merah, kelebihan dia sudah tidak kelihatan dan yang dia lihat hanyalah kelebihan kita yang hanya satu ini.

Syaitan berwarna merah?

Sekali lagi, lumrah bak kata pelangi dan fitrah bak kata aku bahawa manusia seperti kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki dan apa yang kita selalu fikir hanyalah kelebihan orang lain bukannya kelebihan kita sendiri.

“ Jangan disebabkan satu kelebihan orang lain, 150 juta kelebihan kita hilang. Terus tenang dan syukur dengan kelebihan kita. “

Memang kita diajar bersyukur dan redha tapi tak salah rasanya kalau kita mahu berusaha untuk mencapai yang lagi bagus dari apa yang kita miliki namun janganlah usaha itu merosakkan apa yang kita miliki sekarang.

Apa yang ada didalam hati jangan disimpan. Inilah sebab aku tulis benda ini walaupun baru lepas bangun tidur. Woha! 

Oh Indahnya Bersahabat


Oke, aku tak akan mulakan entry ini dengan pengenalan kepada sahabat atau maksud indah walaupun aku baru lepas selesai pembentangan Projek Sarjana Muda 1 aku semalam, tapi aku akan mulakan entry ini dengan satu tweet mengenai indahnya sahabat. Oh Indahnya Bersahabat.

Nak tahu sumber print screen tweet ini, bolehlah ke akaun dengan tweethandle @apek_faiz .Dari tweet yang berbunyi, aku taip kembali agar engko boleh copy dan paste kan ke dalam akaun engko pulak. Peduli pulak aku kan.

"Itu lah pentingnya persahabatan..setiap perubahan kebahagian mahupun penderitaan sentiasa dalam pengetahuan..oh indahnya bersahabat..haha"

Itu kata-kata darinya, dan secara peribadinya aku menyokong kata-katanya, bila mana engko bersama dalam sekumpulan manusia yang engko rasa mereka layak engko gelarkan sahabat, engko akan dapat rasakan setiap perubahan, tidaklah perubahan yang engko dapat tahu dari mulutnya sendiri tapi maksud disitu perubahan yang secara rahsia yang engko dapat lihat atau perasan tak kira dari tingkah lakunya, percakapannya, pergaulannya atau perbuatannya.

Setiap perubahan seperti perubahan yang membawa kepada kebahagian ataupun perubahan kepada penderitaan sahabat kita akan dapat kita kenal pasti secara tidak langsung bila bersamanya, bila melihat kata-katanya. Aku rasa setiap kita pernah rasainya. Pernah rasai perubahan sahabat kita secara mendadak atau secara sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tak pernah rasa? Engko memang tak ada sahabat!

Bila kita hidup bersahabat, hidup bersama sepanjang masa dengan secara automatiknya kita akan kenal perangai satu sama lain dan kita sudah terbiasa dengan perangainya yang selalu dipertontonkan dan apabila kita terperasan perangainya yang selalu dipertontonkan telah berubah, secara automatik juga kita akan dapat tahu ada perubahan yang berlaku kepadanya.

Sama ada perubahan kepada penderitaan ataupun kebahagian itu terpulang kepada perlakuan sahabat engko. Secara logik akallah kan. Kalau dia gembira sepanjang masa, for surelah perubahan kepada kebahagian dan sekiranya pms tak tentu hala, for sure perubahan kepada penderitaan.

Kita sebagai sahabat akan kenal pasti setiap perubahan yang berlaku kepada sahabat kita, dan setiap perubahan ada sebab dan musababnya. Dan kadang-kadang  juga tidak semua perubahan kearah kebahagian disebabkan percintaan tetapi mungkin sebab perkara bahagia lain yang berlaku kepadanya.

 Apa itu pekara bahagia? Adakah masuk Hospital Bahagia.

p/s: Aku tulis ini bukan sebab aku menyokong tuduhan engko cina tapi sebab menyokong tweet itu. Oh indahnya persahabatan.

Insecurenya engkau dengan sekeliling

Bismilahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. 
6 April 2012.

Tahu apa maksud INSECURE?

Kalau tak tahu mohon google supaya engko faham apa yang aku cuba sampaikan ini.

Pernah jumpa orang yang selalu rasa orang sekelilingnya cuba menjatuhkan dia? Pernah kenal dengan orang yang rasa orang sekeliling dia tak suka dengan dia? Atau engko pernah rasa begitu, rasa yang engko tak ada kawan yang boleh dipercayai, dan semua orang disekeliling kau penuh dengan kebencian terhadap engko lalu setiap perbuatan sama ada secara sengaja atau tidak berbaur kejahatan engko kelaskan ia sebagai ancaman kepada engko.
Ok kita mudahkan cerita ini dengan samakan cerita orang macam ini dengan ciptaanNya iaitu haiwan. Pernah perhati gelagat anjing? Mungkin bukan semua, mungkin segelintir. Bila kita lalu bersebelahan dia, dia akan memandang kita dengan penuh rasa kebencian, lagi teruk dia akan cuba menyerang kita padahal kita hanya mahu berjalan melepasinya, tiada pun niat mahu membunuhnya apatah lagi nak jadikan dia Dog Pork. Insecurenya sesetengah anjing ini sampaikan dia rasa setiap orang yang ada dihadapannya sebagai musuh kecuali tuannya.

Nway jangan lupa. Ada juga anjing yang sangat pemalas, sebagai contoh anjing yang memang bagi aku seekor anjing yang tarak guna. Bila kita lalu dia buat tak tahu je, tak faham aku dengan anjing sebegini, lari sungguh dari fitrah anjing yang sepatutnya memandang aku dengan kebencian dan mahu menyerang aku.

Oleh itu jangan samakan anjing dengan anjing. Eh

Harap dengan cerita anjing itu engko faham cerita yang mula aku ceritakan tadi.

Itulah aku sebenarnya pelik dengan manusia yang ada sifat insecure terlalu tinggi dengan keadaan sekeliling. Tak salah kita nak merasa insecure dan tak salah kita nak berjaga-jaga tetapi kalau rasa setiap manusia di sekeliling kita ada perasaan benci terhadap kita bukankah itu yang akan menyusahkan kita.

Itu sajalah yang mampu aku coretkan sambil menyiapkan tesis Projek Sarjana Muda aku.

Jauhkan rasa insecure dan nikmatilah hidup ini dengan tenang dan gembira.


Kedukaan dan kegembiraan disetiap hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualikum w.b.t

Khamis. 21 Mac 2013. Keputusan SPM 2012.

Tahniah untuk makwe-makwe yang dapat keputusan yang ekselen dan ohsem. Untuk yang agak-agak keputusan umpama bbpin tuh mohon jangan bunuh diri. Banyak lagi kerja polis daripada nak selesaikan kes engkorang. Engkorang dapat apa yang engkorang usaha. Ok malas rasanya aku nak persembahkan perasaan aku mengenai keputusan SPM, sebab keputusan SPM lah aku terperap dipenjara janji ini. Namun aku redha dan berbangga. Budak straight A satu kelas jugak dengan aku dekat sini.

Nway post ini bukan untuk menjengah perasaan sedih dan gembira para makwe yang mula mengedik di Instgram dengan slip keputusan mereka tapi hanya untuk mengembalikan nafas kepada blog aku ini.
Disaat fikiran dipenuhi dengan dugaan yang bakal aku hadapi di malam ini, perasaan gelisah tidak kurangnya bermain didalam jiwa. Aku gigihkan jua menulis disini untuk melepaskan satu dua kata yang telah lama ku pendamkan sehingga tidak bernafas blog ini. 

" Tidak setiap hari kita berduka, tidak setiap hari kita bergembira. Tetapi hari ini aku berduka. "

Entah kenapa aku bercerita mengenai pepatah yang bagi aku hanyalah sebahagian dari kunyit dan halia dalam kehidupan seharian kita. Ada kalanya benda gembira menghampiri kita, adakalanya benda duka mengunjungi kita. Benda yang tak sepatutnya aku persoalkan kehadirannya.


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Lirik lagu Hadapi Dengan Senyuman- Dewa 19 ini sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Lagu ini juga selalu aku tujukan kepada mereka yang menghadapi kesukaran dalam hidup. Tidaklah aku mahu mengeluh disaat kedukaan melewati diri ini, kerana itu semua pekara yang sudah pernah aku lalui, pernah aku hadapinya dan bagi aku, aku redha.

Sebenarnya aku tiada pun niat hendak menulis disini tetapi atas dasar mahu melihat sesuatu dalam blog ini maka aku coretkan apa yang terlintas di kotak fikiran aku petang ini. Maka bila idea yang hanya dari beberapa minit dicoretkan maka hasillah post ala kadar sebegini, entah dimana pembuka, dimana pula penutup mahupun klimaksnya.

" Gembira bila kerajaan umumkan bonus, Duka bila mereka umumkan pembalasan "

Jangan terpengaruh dengan penulisan aku yang nampak berduka ini padahal aku sedang bersuka. Woha!

Tomyam Poktek di Andaman Seafood, Seksyen 24 Shah Alam

Semalam aku berkesempatan mencuba Tomyam Poktek di Andaman Seafood, Seksyen 24 Shah Alam.  Tomyam Poktek di Andaman Seafood, Seksyen 24 Shah Alam ini pun diperkenalkan oleh kawan aku. Aku kalau nak cari sendiri kedai makan memang susahlah nak jumpa, bukan sahaja susah, mungkin tak jumpa.

Menurutnya Tomyam Poktek adalah tomyam berasaskan makanan laut yang di tomyam kan. Patulah penuh dengan makanan laut dalam tomyam itu, lagipun itu pertama kali aku pergi.

Sedikit gambar yang agak kurang dari kamera telefon aku.




Dari segi rasa oklah, aku bukan jenis memilih dalam bab makanan. Tak lengkap rasanya kalau sebelum makanan ada gambar tapi selepas makan tiada.
Bolehlah korang kesana kalau korang rasa gambar ini mengiurkan. Harga makanan macam biasa saja. Untuk lapan orang macam, harga makanan berjumlah RM74. Ada Tomyam Poktek untuk 5 orang makan, ada sayur kailan, sayur kangkung, ayam masak haila dan telur dadar.

Tiket final badminton Terbuka Malaysia 2013

Petang ini aku berpeluang menonton final badminton Terbuka Malaysia 2013 secara langsung di dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Final badminton Terbuka Malaysia 2013 nyh kira yang pertamalah aku tengok di stadium dalam sejarah badminton.

Kalau sebelum ini aku dah berpeluang ke stadium juga di Bukit Jalil untuk Piala AFF Suzuki Cup 2012, kali ini lagi sekali aku diberi peluang untuk ke stadium melihat sukan badminton pula.

Sepanjang di AFF Suzuki Cup 2012.

Malas nak bercakap banyak, bawah ini ada tiket untuk ke stadium petang ini.

Amacam? Ada tiga tiket ny, siapa lagi nak ikut aku. aherherherher...

Tak minta banyak, aku hanya berharap agar aku jumpa jodoh di stadium nanti. kah kah.

Kebenaran kisah seram di UiTM Lendu, Melaka

Kebenaran kisah seram di UiTM Lendu, menjadi bualan. Sama ada kisah ini seram atau tidak masih tidak dapat diputuskan lagi secara nyatanya. Entah itu salah satu salah faham atau kebenaran yang tiada siapa berani mengatakannya tapi menurut bacaan aku di laman sosial ada ramai pelajar disana yang mengiakan pekara tersebut.
Bukan aku tak percaya atau tidak tapi bila berita yang disampaikan dari pihak kedua ke pihak ketiga ke pihak keempat pastinya ada ditokok tambah atau diubah jalan ceritanya. Selalunya begitu. Aku ada berkongsi pendapat aku di sini: Kisah Seram UiTM Lendu, Melaka sejurus aku lihat UiTM Lendu trending di twitter. Di situ aku ada kumpulkan apa yang sepatutnya orang baca kalau hendak tahu mengenai berita ini.

Melihatkan laman sosial tempat yang paling popular adalah berdekatan jambatan gantung di tepi tasik tapi ada dua tiga yang mengatakan apa yang mereka lihat disitu hanyalah sebatang pokok. Aku sempat bersembang di twitter dengan pelajar UiTM Lendu itu sendiri dan bertanyakan keadaan disana.

Menurutnya, pekara itu memang benar dan kebanyakan kes yang berlaku, berlaku di hostel kediaman lelaki. Sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan selepas pukul 11 malam. Dan ada juga diadakan majlis bacaan yasin perdana di setiap tingkat.

Disini aku ada baca satu blog iaitu: Kisah Seram Di UITM Lendu Melaka Ternyata Benar Sumber: Kisah Seram Di UITM Lendu Melaka Ternyata Benar | melvister.com  yang aku boleh kategorikan sebagai satu pencerahan yang sempurna kepada permasalah ini.

Kenyataan MPP UiTM Lendu di MyNewsHub.

Kebenaran ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang mengalaminya, kita yang jauh ini hanya boleh mendengar dan janganlah menokok nambah kerana ia bakal menimbulkan keresahan bukan sahaja pelajar-pelajar disana tapi ibu bapa mereka serta bakal-bakal pelajar yang bakal mengikuti pengajian disana.

Dan pada pendapat aku segala gangguan yang berlaku disana dilakukan oleh mereka yang juga bergelar makhluk Allah. Janganlah kita terlalu takut sehingga melakukan pekara-pekara yang tidak sepatutnya. Dan untuk mereka disana, banyakkanlah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat kursi untuk mengatasi masalah ini.




Kisah seram di UiTM Lendu, Melaka

Kecoh kisah seram di UiTM Lendu, aktiviti rasuk merasuk, histeria yang kerap berlaku disana sejak kebelakangan ini. Kisah seram di UiTM Lendu ini aku pernah baca dahulu tapi entah kenapa malam ini kecoh pasalnya di twitter sampai trending.

Entry terbaru aku berkenaan Kebenaran Kisah Seram di UiTM Lendu hari ini, 20 Januari 2013.

Aku nak cakap banyak pasal kejadian ini pun tak boleh sebab bukan aku yang hadapi dan aku ini bukannya pelajar UiTM Lendu, yang aku tahu pun aku baca dari tulisan orang lain di laman sosial ini so kalau mereka menipu maknanya aku tertipulah. So malas aku nak cakap banyak.

Untuk korang yang nak tahu korang boleh ke sini: theruzannapages.wordpress.com, artikel asal yang paling popular di twitter sekarang ini. Artikel dia dalam english so kalau agak-agak korang ada masalah dalam berbahasa korang boleh ke MyNewsHub untuk lebih mendalaminya. Linknya disini: Kes Rasuk Menjadi-jadi di UiTM Lendu.

Dalam duduk syok aku cari bahan bacaan yang lain tentang kisah seram di UiTM Lendu, aku terjumpa ini. Dari penulisan dia aku boleh agak yang dia ini merupakan pelajar UiTM Lendu. Linknya: lurzanstory.blogspot: Rasuk.

Pendapat Rektor UiTM Lendu: Sentiasa Bertenang.

Papepun kita haruslah sentiasa berdoa agar semua pekara sebegitu dijauhi hendaknya. Untuk pelajar UiTM Lendu, banyakkanlah bersabar dan beriadat agar pekara sebegini tidak erlarutan. Kesahihan semua cerita ini hendaklah dirujuk kepada pelajar UiTM Lendu itu sendiri.

 
Web Analytics