Home » , » Tips: nRelate turunkan Bounce Rate blog

Tips: nRelate turunkan Bounce Rate blog

Sebelum korang baca entry ini, pastikan korang tahu apa itu Bounce Rate, Apa yang dikatakan Bounce Rate ini? Tinggi Bounce Rate baik atau tidak? Kalau tak baik macam mana nak kurangkan Bounce rate? semua itu korang boleh google atau malas sangat dan tak jumpa, bawah ini aku linkkan kepada korang apa itu Bounce Rate..




Dari tiga entry itu korang dah boleh tahu bahawa lagi tinggi peratusan Bounce Rate lagi tidak membawa kebaikan (apa punya ayat ini). so apa perlu korang buat kalau peratusan Bounce Rate korang tingggi?

Macam blog aku, peratusan Bounce Rate aku sekadar 25% untuk semalam dan 22% untuk hari sebelum semalam, gambar dua bawah ini..

Aku waktu kali pertama dengar pasal ini aku juga tak tahu tapi selepas membaca di blog-blog buat kajian baru aku tahu apa itu Bounce Rate sebenarnya, Bounce Rate blog aku ketika itu agak tinggi, jadi aku cari tips nak kurangkan Bounce Rate ini, banyak juga blog aku geledah semata-mata nak cari jalan nak kurangkan, sebab apa nak kurangkan? sebab aku sayang..wahhh

Banyak cara boleh membantu korang kurangkan tapi salah satunya adalah dengan tidak menggunakan LinkWithin, aku rasa LinkWithin memang dah sebati dengan semua blog dan blog aku juga tapi itu dulu sebab apa? sebab tak jumpa lagi aplikasi yang sama fungsinya dengan LinkWithin ini tapi kini tidak lagi..

Aku jumpa aplikasi yang sama dengan LinkWithin ini iaitu nRelate, sungguh  tak susah nak memasang, daftar ambil code dan paste, tapi dia tak auto keluar, korang kena tunggu dalam dua jam macam itu baru dia keluar tapi bila dah keluar hasil dia umphh!!!

Tengoklah di blog aku..tiada LinkWithin :)

Kalau ada masalah dalam pemasangan nRelate ini bolehlah tanya aku disini...

0 Kata:

 
Web Analytics