Home » » Sebab tiada idea menulis entry. Part 1

Sebab tiada idea menulis entry. Part 1

Pernahkah korang mempunyai masalah dalam menyiapkan sesuatu entry, berjam lamanya di tab new post tapi tetap tidak menulis, dah baca berpuluh blog dah lawat berbelas forum tapi masih tiada idea untuk menulis.

Sumber gambar: akiborneo.blogspot.com

Ini ada beberapa sebab yang simple kenapa korang dan aku merasa situasi begitu:

1. Berblog tentang sesuatu yang korang tak suka.
Buat apa yang anda suka. Kata-kata ini adalah benda pertama yang perlu korang pegang bila mana menubuhkan blog, ini kerana apa yang akan anda tulis akan hanya keluar dari hasil idea korang, bukannya dari mana-mana tempat. 

Kalau korang suka tentang pasukan bola contohnya korang boleh wujudkan blog yang menceritakan berkenaan bola. Jangan pula korang suka bola tapi cerita berkenaan sukan hoki, kan susah nak cari idea entry.

Dari apa yang korang suka, korang akan senang mendapatkan idea untuk menulis dan lebih manis lagi bila idea menulis itu datangnya dari korang sendiri.

2. Tiada pengetahuan am dalam diri.
Senang kata, diri korang cetek dengan maklumat yang terkini. Korang tak boleh cerita apa yang korang tak tahu. Kalau korang tak tahu, macam mana pulak korang nak ceritakan kepada orang lain, kalau senang nak faham, idea blog ini datangnya 80% dari dalam diri kita dan 20% fakta-fakta dari luar so kalau korang kurang pengetahuan am, macam mana korang nak ceritakan tentang sesuatu itu.

Pengetahuan am ini korang boleh dapat dengan membaca di blog orang lain, membaca di forum, membaca di buku, dan kadang-kadang pengetahuan ini korang boleh dapat dari pengalaman korang sendiri.

3.Tidak menjadi pemerhati
Tahukah korang, dengan menjadi pemerhati dengan keadaan sekeliling kita akan dapat banyak idea untuk menulis, kalau korang baca entry orang lain korang pasti akan perasan sesuatu atau terfikir sesuatu yang mampu korang tulis dalam blog korang.

Contohnya aku dalam entry Bounce Rate. Blog aku dulu mempunyai Bounce Rate yang tinggi dan itu sesuatu yang tak baik dan lepas kau buat pemerhatian, kajian di blog-blog ,faham apa yang perlu kita buat dan tak patut kita buat akhirnya aku berjaya keluarkan entry ini: Tips: nRelate kurangkan Bounce Rate.

Yang penting korang kena alert dan menjadi pemerhati yang berjaya sekiranya benar-benar mahukan idea untuk menulis.

Cukup setakat ini untuk entry ini, sebenarnya ada lagi tiga point yang aku nak huraikan tetapi adalah lebih baik aku sambung di next entry.

Akhir kata, cuba buka mata dan luaskan pandangan kita untuk dapat idea menulis yang lebih berkualiti.

2 Kata:

same la kite .. hehehe kdg2 dok pandang je kt new entry tu pastu tules2 then padam huhu.. kdg2 amek masa nk siap kn 1 entry

Aku tak tahu nak tulis apa dah,beratus dah blog aku ni..( tengah cari idea sambil nonton Projek Komedi Warna)

 
Web Analytics