Home » » Safee Sali tidak cergas untuk AFF Suzuki Cup 2012

Safee Sali tidak cergas untuk AFF Suzuki Cup 2012

Kalau korang ada mengikuti perlawanan ketiga-tiga AFF Suzuki Cup 2012 pada minggu lepas korang akan perasan yang bintang utama kelab Pelita Jaya ini tidak begitu menjadi, gerakan didepan gol banyak yang gagal, nak kejar bola pun susah dan setakat tiga perlawanan yang terakhir bertemu Indonesia pada sabtu lepas, Safee Sali hanya mampu menjaringkan satu gol...
Dan selepas aku baca di espnstar.my baru aku yakin yang tahap kecergasan Safee agak merudum dan diakuinya sendiri...


Safee Sali akui tidak cergas

Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menggesa pasukan fisio untuk membantunya mencapai kecergasan sebelum aksi separuh akhir dengan Thailand Ahad ini.


Safee telah mengadu kepenatan dan kekejangan selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan Indonesia. 
Walaubagaimanapun, beliau akui hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mematuhi arahan jurulatih, Datuk K.Rajagobal.

Bercakap kepada Sports247.my, Safee berkata: "Mungkin ini silap saya sendiri. Saya kerap ke tengah dan tidak tetap di depan.


Beliau juga percaya keadaan padang yang teruk di Stadium Bukit Jalil juga antara faktor beliau kekejangan kerana pemain lain juga mengalami masalah yang sama.


"Shakir Shaari dan Safiq Rahim telah memberi bantuan kepada saya, tetapi saya kurang sabar. Saya percayakan fisio. Mereka mengatakan saya akan pulih dalam masa tiga hingga empat hari."


Safee merupakan penjaring terbanyak dalam Piala Suzuki 2010 namun hanya menjaringkan satu gol dalam peringkat kumpulan tahun ini.


Sumber: espnstar.my

Sambil menyuntik semangat #HarimauMalaya, kita saksikan semula jaringan pasukan Malaysia sewaktu menentang Indonesia...
Tapi apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama berdoalah agar sebelum ahad ini, kecergasan Safee mencapai tahap yang diinginkan agar dapat membantu Malaysia menghadapi lawan yang ternyata gah di peringkat kumpulan iaitu Thailand...


0 Kata:

 
Web Analytics