Home » » Konsert & Karnival Blackberry Music Mania tahun baru 2013

Konsert & Karnival Blackberry Music Mania tahun baru 2013

Sebagai pengguna Blackberry rasa ralat pula kalau tak berkongsi tentang Konsert & Karnival Blackberry Music Mania  yang dijangka memeriahkan sambutan tahun baru ini.

Research In Motion bakal mempersembahkan BlackBerry Muzik Mania Konsert dan Karnival pada 31 Disember di Stadium Malawati, Shah Alam. Antara barisan pemuzik yang bakal menggegarkan pentas Blackberry Muzik Mania ialah kumpulan rock legenda Indonesia, Sheila On 7 ,kumpulan rock terkemuka Malaysia, Hujan, selain Bunkface & Protokol Kyoto serta team hip hop Kartel terkemuka negara. Turut dilengkapi oleh bintang tempatan Oh! Chentaku, Sofazr, Meet Uncle Hussain, Sense 6, GoGerilla! dan Amir Jahari.
Kemasukan untuk karnival adalah percuma tetapi untuk konsert, anda  memerlukan tiket. Bagaimana untuk mendapatkan tiket? Layari http://blackberrymusicmania.com.my/.

Lowyat.net adalah portal rasmi untuk BlackBerry Konsert Mania Muzik & Karnival

Mahu tiket ke Konsert Blackberry Music Mania?



1 Kata:

pemenang sudah diumum. sila terjah ke blog saya sekarang

 
Web Analytics