Home » » Kearah blogger islam yang beretika

Kearah blogger islam yang beretika

Menjadi seorang blogger memang susah, bukan mudah bagi seseorang terus hidup sebagai blogger apatah lagi menjadi seorang blogger yang sentiasa mengikut garis panduan menulis, contohnya jika kita seorang blogger yang beragama islam kita bukan hanya perlu ikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan malah kita perlu mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Yang Maha Kuasa..























Kita bukan boleh sesuka hati menulis, sesuka hati menyebarkan gambar apatah lagi menyebarkan fitnah kepada sesama manusia, itulah setiap entry yang kita keluarkan kita kena pastikan setiap apa yang kita tulis itu adalah benar ataupun dari sumber yang boleh dipercayai...

Aku rasa korang yang ada blog dan bergelar blogger pasti sudah membaca kod etika blogger yang dikeluarkan oleh kerajaan, kalau belum pastikan korang cari dan baca untuk elakkan korang terjerat dek kod etika itu atau sesuatu yang buruk menimpa korang, susah kan mahu menjadi blogger ini..

Memang hak bersuara hak kita tapi ada batasnya untuk bersuara

Walaupun sekiranya kod etika blogger itu tidak wujud dan dikeluarkan, kita sebagai seorang muslim sebenarnya patut menjaga setiap apa yang kita tulis, setiap apa yang kita keluarkan kerana apa juga yang kita tulis dan keluarkan akan disoal disana kelak, walaupun sepotong ayat..

Akhir kata jagalah setiap kata-kata didalam blog kita agar tidak mengundang dosa

Sambungan? Nantikan di next entry.


1 Kata:

Thats true!!! kita ada agama, buat cara beragama kan... apa jua sekali pun, kena letakkan gama terlebih dahulu.. amalkan

 
Web Analytics