Home » , » Jaga-jaga dengan gambar lucah

Jaga-jaga dengan gambar lucah

Sudah menjadi kebiasaan rasanya blogger-blogger sekarang ataupun penulsi dimana laman sesawang menggunakan gambar-gambar lucah atau mendedahkan aurat, kalau lelaki tayang gambar perempuan membuka aurat dan sebaliknya, memanglah ramai yang membaca..almaklumlah ramai yang suka tengok gambar lucah ini, ye dak kan benda yang tak baik inilah yang selalu kita lakukan...

"Kan orang suka tengok gambar lucah, baca cerita lucah so benda macam itulah yang kita kena penuhi dalam blog kita"

Serius kalau korang fikir macam itu memang akan hilanglah kebersihan blog korang itu, tak salah nak trafik banyak melalui google search tetapi salah kalau kota guna gambar-gambar lucah ini...

Korang pernah dengar tak yang.." Kalau kita sebarkan gambar orang lain yang tidak menutup aurat, dosanya samalah dengan orang yang membuka aurat itu" pernah? aku pernah? so cuba bayangkan kalau korang publishkan entry yang ada gambar yang tidak menutup aurat walaupun satu, berapa banyak orang tengok dalam sehari? dua hari? tiga hari? seberapa lama dalam blog korang itu...

Sedarlah kita buat blog ini bukan untuk mengumpul dosa macam itu, cukup-cukuplah dosa yang kita lakukan seharian janganlah tambah dosa kita melalui blog kita sendiri...

Tak kisahlah entry ini entry lucah atau tidak tapi as long as korang letakkan gambar yang tidak menutup aurat bukankah itu suatu dosa, aku bukan sesiapa, atau orang yang pandai bercakap pasal dosa dan pahala tetapi tahulah membezakan dosa dan pahala..

Aku dulu waktu bulan pertama di blogspot ini ada juga tayangkan gambar-gambar perempuan yang tidak menutup aurat tetapi selepas ada kesedaran aku mula delete entry yang macam itu dan selepas itu aku mula berhati-hati dalam memilih gambar...

Walaupun sekarang di blog aku masih ada gambar perempuan tetapi semua InsyaAllah menutup aurat lainlah kalau aku terlepas pandang..

Sama-sama kita renung dan sedar tujuan kita berblog dan menulis

Boleh saja kita nak letak gambar Emma maembong ke, Hanis Zalikha ke tapi pastikan dia menutup auratlah kan..:)



1 Kata:

dulu mase zaman jahiliyah dulu memang suka upload gambar free hair. tapi sekarang semua gambar tu dah delete :D

 
Web Analytics