Home » » Hilang bakat menulis

Hilang bakat menulis

Tak tahu nak mulakan macam mana sebab aku rasa diri aku ini sudah tidak ada bakat nak menulis, apatah lagi nak mengarang cerita yang berperasaan. Tapi aku juga keliru sama ada aku memang tiba-tiba hilang bakat menulis atau aku memang tiada bakat menulis.

Tak tahu aku nak tundingkan kepada apa atas semua yang berlaku ini, dari semalam gua start menulis sikit-sikit tetapi hasilnya masih tak nampak dan akhirnya aku putuskan untuk keluarkan apa yang terbuku di hati ini. Jangan dah bukak entri nyh lepas tuh maki hamun aku sebab entri tak berilmiah tapi aku rasa entri aku semua macam ini saja, tak lah berilmiah sangat.

Jadi sudah alang-alang tiada info yang menarik dalam entri ini, aku nak beritahu yang aku sekarang makin mengganas di twitter, bukan apa aku rasa disana aku lagi banyak peluang untuk mengasah bakat menulis aku dan mengeluarkan apa yang terbuku di hati perut aku ini, kalau korang ada masa nak dengar cerita aku melalui tweet boleh ke @betoferdaus dan mungkin juga korang nak baca tweet berilmiah di @GreenSoldierNDU.

Makin banyak pula yang aku merepek, oh ok aku sebenarnya memang ada bakat menulis tapi tidak diasah, fikir positif.

Malu rasa nak publish entri ini tapi apadehal, aku tulis korang baca jangan buang.

Dan dikesempatan ini aku nak bertanya kenapa Musim Tengkujuh dikaitkan dengan lelaki yang ada isteri sahaja, apa kes waktu sejuk best mengawan? So dekat padang pasir sana tiada orang yang mengawan ke ape?

0 Kata:

 
Web Analytics