Home » » Gaji habis dipertengahan bulan

Gaji habis dipertengahan bulan

Gaji habis dipertengahan bulan ini sudah lumrah rasanya bagi golongan-golongan yang makan gaji, masuk sahaja pertengahan bulan sudah mula keluarkan kalkulator buat kira-kira tengok berapa banyak duit masih ada untuk menampung waktu yang tinggal untuk sampai ke hari hext gaji.

Situasi ini jarang berlaku kepada mereka yang tidak makan gaji atau yang menghasilkan gaji contohnya berniaga, mereka perlu sentiasa ada duit kerana nak keluarkan modal bukan hanya tunggu awal bulan atau hujung bulan tetapi pada setiap masa, dan keuntungan yang mereka dapat juga setiap masa.

Lupakan mahu memiliki gadjet-gadjet yang hebat atau mahu tukar perhiasan diri andai kata situasi ini berlaku kepada anda, terlebih menggunakan duit dari yang sepatutnya menyebabkan aliran gaji kita terganggu, mana tak nya gaji yang sepatutna digunakan untuk satu bulan telah habis di pertengahan bulan jadi lagi setengah bulan lagi nak cekau mana duit?

Duit gaji yang kita dapat sepatutnya disimpan sewaktu hari pertama mendapat gaji bukannya nak mula menyimpan sewaktu duit yang tinggal sudah mula sedikit, tiada guna...apa gunanya kalau gaji yang tinggal hanya 10% dari gaji kita baru kita nak fikir untuk menyimpan tetapi tiada yang terlewat bukan.

Tetapi duit gaji ini boleh dihabis dari dua cara iaitu cara yang kita rela atau tidak rela..cara yang kita rela adalah dengan kita membeli barang, ke kedai makan atau menukar perkakasan kereta atau diri dan cara yang tidak rela adalah dengan cara membayar kos perubatan, kena saman, dilanda kecelakaan..walaupun bukan kita minta tetapi kita tetap kena bayar.

Bagi aku yang walaupun belum bekerja tetapi sudah menerima elaun setiap bulan dari biasiswa di Universiti aku, situasi ini telah aku rasa, dan adalah pengalaman sikit, tetapi disebabkan aku telah diajar dari rumah lagi untuk menyimpan dan mengawal perbelanjaan makan istilah elaun habis di pertengahan bulan jarang berlaku kepada aku.

Menggunakan lebih dari apa yang kita mampu sepenuhnya tidak bagus tetapi menyimpan apa yang kita tak perlu guna adalah bagus tetapi kadang-kadang aku berasa kagum dengan sesetengah orang yang mampu hidup secara beserdehana walaupun dia mampu membelanjakannya.

0 Kata:

 
Web Analytics