Home » » Detik hitam gadis berumur 18 tahun

Detik hitam gadis berumur 18 tahun

Disaat rakyat Malaysia bergembira dengan kemenangan Harimau Malaya, semalam ada juga yang bersedih...bagi seorang perempuan berumur 18 tahun, dia melalui detik hitam yang meragut kehormatannya...entahlah bila semua ini nak berakhir, mungkin disebabkan tiada sudah rasa belas kasihan terhadap sesama manusialah yang menyebabkan semua ini berlaku...

Sudahlah dirompak, dirogol pulak...itulah yang berlaku keatas seorang gadis berumur 18 tahun di Chukai, itulah yang aku baca di Kosmo Online pagi ini..


Jurujual dirompak, dirogol

KEMAMAN — Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.


Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.


Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.


Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. — BERNAMA

Artikel penuh di Kosmo Online

Nak katakan apa pun tak berguna cuma berharap mereka yang bersalah dihukum dengan setimpal dengannya dan kepada mereka diluar sana, berhati-hatilah kerana jenayah ini boleh berlaku kepada kita...

0 Kata:

 
Web Analytics