KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Permohonan program pertukaran belia antarabangsa 2013

Program pertukaran belia antarabangsa dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kepada belia yang berminat untuk menyertai program pertukaran belia antarabangsa! Inilah peluang anda! 


Permohonan program pertukaran belia antarabangsa 2013

Program pertukaran belia anjuran Kemnenterian Belia dan Sukan Malaysia. Kini borang permohonan dibuka, borang boleh didapati di seluruh Jabatan Belia dan Sukan negeri masing-masing. Peluang untuk belia berumur 18-30 tahun dan pegawai pengiring.

Borang permohonan:
http://www.jbsselangor.gov.my/adminSelangor/borang/2013-FORM-pertukaran%20belia-biru.pdf


Borang biru untuk peserta dan borang oren untuk pegawai pengiring.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2013.

Maklumat lanjut boleh ke page Green Soldier.

Maksud kronologi dalam blog ini

Ramai yang pernah tanya aku, Apa itu kronologi? Kronologi dalam blog ini adakah membawa apa-apa maksud? Kronologi  ni bahasa apa? Waktu pertama kali aku gunakan nama Kronologi  ni dalam blog aku memang bukan sebab ada apa-apa maksud disebalik Kronologi itu.
Mungkin ada yang beranggapan ada singkatan, ada maksud disebalik Kronologi  ni tapi sebenarnya tidak. Kronologi  ang ada dalam blog ini hanyalah perkataan yang diambil dari kamus dan yang membawa maksud perjalanan sesuatu benda. Dan kalau dulu nama blog aku Kronologi  beto so perjalanan hidup beto lah kan.

Menurut wikipedia Indonesia:

Kronologi adalah istilah yang artinya diambil dari bahasa Yunani chronos yang artinya waktu dan -logi yang artinya ilmu maka disimpulkan Kronologi  dalah ilmu yang mempelajari waktu atau sebuah kejadian pada waktu tertentu. 

Adapun Kronologi  digunakan dan bermanfaat pada sebuah kejadian baik kriminal maupun nonkriminal. Kronologi  ering diajarkan pada badan badan hukum untuk mengetahui kapan dan persisnya suatu kejadian atau tindak pidana terjadi

Jadi tiadalah timbul persoalan adakah Kronologi  ni membawa sesuatu maksud yang tersendiri untuk aku. Kronologi  ni hanyalah sebagai perkataan yang mudah untuk mengambarkan apa yang aku lakukan. Senang kata Kronologi  ni hanyalah perkataan yang diambil dari kamus untuk menerangkan tujuan blog ini.

Dan contoh paling dekat ialah Facebook. Timeline juga disebut sebagai Kronologi .

Tiada masalah hang/crash di BlackBerry 10

Assalamualaikum...

Adakah anda seorang pengguna Blackberry? Mempunyai masalah hang bila menggunakan blackberry anda. Bagi aku yang juga merupakan pengguna Blackberry, masalah hang ini memang dah biasa sebab itulah di App world ada satu software untuk atasi masalah ini iaitu QuickPull.
Tapi dengan Blackberry baru ini iaitu Blackberry 10, masalah hang itu tak akan pernah ada. So kira masalah hang yang selalu menghantui pengguna Blackberry terutama Jenis Torch 3 yang fully touch screen.

 Platform BlackBerry 10 Tak Akan Pernah Hang
Research In Motion (RIM) mengatakan, sistem operasi BlackBerry 10 sangat stabil, dan tidak akan pernah hang atau crash. Ini kerana BlackBerry 10 dibangunkan di atas platform berasaskan QNX, yang tidak memungkinkan aplikasi atau sistem crash, seperti dilihat pada pengguna Android.

Jaminan tersebut disampaikan oleh Head Of Software Portfolio RIM, Vivek Bhardwaj kepada wartawan di acara BlackBerry Jam Asia di Bangkok yang lalu. “BlackBerry 10 tidak mungkin crash atau hang kerana QNX tidak dirancang memungkinkan hal demikian terjadi. QNX sangat stabil” katanya. “QNX juga diguna pakai dalam Cisco router, International Space Station juga termasuk teknologi kenderaan, jika satu aplikasi ‘error’, sistem aplikasi tersebut sahaja akan automatik ‘restart’ dan memperbaikinya bukan OS BlackBerry 10.”

Sumber

Dan kalau korang ada blackberry dan mempunyai masalah atau ada sebarang pertanyaan tentang blackberry bolehlah ke twitter mereka di @GengBBM atau terus ke website mereka di gengbbm.com.

Dapatkan juga tiket percuma ke Konsert dan karnival tahun Baru Blackberry Mania sekarang.

Kucing berubah jadi beruang

Cuba korang bayangkan kucing yang secomel gambar dibawah ini berubah menjadi seekor beruang, beruang yang ganas.
Tak ganas sangat pun.


Via: funnypics.funnyanimalpicturescat.com

Punca dan penyelesai masalah

Jangan dinafikan yang wang merupakan penyelesaian kepada ermacam masalah, dan wang juga amat penting untuk meneruskan kehidupan kita. Di permulaan hari kita dah menggunakan wang dan penghujung hari pun kita menggunakan wang.

Tapi ingat bahawa wang merupakan punca kepada penyelesaian masalah tapi juga punca kepada masalah. Yang penting kita kena pandai menjaganya, jangan terlalu obses dengan wang, jangan jadikan wang itu bos kepada kita. Biarkan kita menguruskan wang dan jangan biar wang uruskan kita.

-9Gag-

Bijak kawal situasi bila melibatkan wang, jangan gagal dalam menguruskannya. Gunakannya sebagai penyelesaian masalah dan bukannya punca kepada masalah.


Hilang bakat menulis

Tak tahu nak mulakan macam mana sebab aku rasa diri aku ini sudah tidak ada bakat nak menulis, apatah lagi nak mengarang cerita yang berperasaan. Tapi aku juga keliru sama ada aku memang tiba-tiba hilang bakat menulis atau aku memang tiada bakat menulis.
Tak tahu aku nak tundingkan kepada apa atas semua yang berlaku ini, dari semalam gua start menulis sikit-sikit tetapi hasilnya masih tak nampak dan akhirnya aku putuskan untuk keluarkan apa yang terbuku di hati ini. Jangan dah bukak entri nyh lepas tuh maki hamun aku sebab entri tak berilmiah tapi aku rasa entri aku semua macam ini saja, tak lah berilmiah sangat.

Jadi sudah alang-alang tiada info yang menarik dalam entri ini, aku nak beritahu yang aku sekarang makin mengganas di twitter, bukan apa aku rasa disana aku lagi banyak peluang untuk mengasah bakat menulis aku dan mengeluarkan apa yang terbuku di hati perut aku ini, kalau korang ada masa nak dengar cerita aku melalui tweet boleh ke @betoferdaus dan mungkin juga korang nak baca tweet berilmiah di @GreenSoldierNDU.

Makin banyak pula yang aku merepek, oh ok aku sebenarnya memang ada bakat menulis tapi tidak diasah, fikir positif.

Malu rasa nak publish entri ini tapi apadehal, aku tulis korang baca jangan buang.

Dan dikesempatan ini aku nak bertanya kenapa Musim Tengkujuh dikaitkan dengan lelaki yang ada isteri sahaja, apa kes waktu sejuk best mengawan? So dekat padang pasir sana tiada orang yang mengawan ke ape?

Konsert & Karnival Blackberry Music Mania tahun baru 2013

Sebagai pengguna Blackberry rasa ralat pula kalau tak berkongsi tentang Konsert & Karnival Blackberry Music Mania  yang dijangka memeriahkan sambutan tahun baru ini.

Research In Motion bakal mempersembahkan BlackBerry Muzik Mania Konsert dan Karnival pada 31 Disember di Stadium Malawati, Shah Alam. Antara barisan pemuzik yang bakal menggegarkan pentas Blackberry Muzik Mania ialah kumpulan rock legenda Indonesia, Sheila On 7 ,kumpulan rock terkemuka Malaysia, Hujan, selain Bunkface & Protokol Kyoto serta team hip hop Kartel terkemuka negara. Turut dilengkapi oleh bintang tempatan Oh! Chentaku, Sofazr, Meet Uncle Hussain, Sense 6, GoGerilla! dan Amir Jahari.
Kemasukan untuk karnival adalah percuma tetapi untuk konsert, anda  memerlukan tiket. Bagaimana untuk mendapatkan tiket? Layari http://blackberrymusicmania.com.my/.

Lowyat.net adalah portal rasmi untuk BlackBerry Konsert Mania Muzik & Karnival

Mahu tiket ke Konsert Blackberry Music Mania?



Keputusan PMR 2012: 30,474 calon dapat semua A

Setelah lama menunggu, akhirnya keputusan PMR 2012 sudahpun keluar pada hari ini, hari Rabu iaitu 19 Disember 2012.

Semakan keputusan PMR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 Disember 2012 selepas jam 10 pagi tadi. Bagi kemudahan calon sejumlah 481,424 orang calon telah menduduki PMR 2012 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga.

Selain ke sekolah, semakan keputusan PMR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS)
Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR BC001A8888 hantar ke 15888


30,474 calon PMR 2012 dapat semua A

PUTRAJAYA: Pencapaian cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki menurun seramai 3,797 atau 0.85 peratus) daripada 34,271 orang pada 2011 kepada 30,474 orang pada 2012. 

Berita Harian.

Tahniah Diucapkan kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Kisah Cinta | Maria Elena & As Firdaus (video)

Pada 15 Disember 2012, facebook rasanya sudah dipenuhi dengan gambar perkhawinan Maria Elena dan Asfirdaus. Untuk orang yang belum berkhawin dan hajat ingin berkhawin macam aku memang ada sikit rasa teruja ditambah pula memang aku follow vlog dia kan.

 Tapi entry ini bukan untuk berkongsi gambar-gambar itu semua, entry ini hanya untuk berkongsi video Kisah Kami 1/3 | Maria Elena & As Firdaus yang dihasilkan oleh CST Breed.
Dan kalau ada yang hampa dan rasa ingin tengok juga gambar perkhawinan mereka boleh ke page ini: Maria Elena Is Greek Helen dan page Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography, semua gambar boleh tengok disitu. Dalam blog ini hanya ada tiga video dari part 1 hingga ke part 3 yang mengisahkan perjalanan kisah cinta Maria Elena dan as Firdaus.







Ini sajalah tiga video yang mengisahkan kisah Maria Elena dan As Firdaus, semoga mereka berkekalan dan boleh menghasilkan video peliks mereka lagi. Woha !

Sebab tiada idea menulis entry. Part 1

Pernahkah korang mempunyai masalah dalam menyiapkan sesuatu entry, berjam lamanya di tab new post tapi tetap tidak menulis, dah baca berpuluh blog dah lawat berbelas forum tapi masih tiada idea untuk menulis.
Sumber gambar: akiborneo.blogspot.com

Ini ada beberapa sebab yang simple kenapa korang dan aku merasa situasi begitu:

1. Berblog tentang sesuatu yang korang tak suka.
Buat apa yang anda suka. Kata-kata ini adalah benda pertama yang perlu korang pegang bila mana menubuhkan blog, ini kerana apa yang akan anda tulis akan hanya keluar dari hasil idea korang, bukannya dari mana-mana tempat. 

Kalau korang suka tentang pasukan bola contohnya korang boleh wujudkan blog yang menceritakan berkenaan bola. Jangan pula korang suka bola tapi cerita berkenaan sukan hoki, kan susah nak cari idea entry.

Dari apa yang korang suka, korang akan senang mendapatkan idea untuk menulis dan lebih manis lagi bila idea menulis itu datangnya dari korang sendiri.

2. Tiada pengetahuan am dalam diri.
Senang kata, diri korang cetek dengan maklumat yang terkini. Korang tak boleh cerita apa yang korang tak tahu. Kalau korang tak tahu, macam mana pulak korang nak ceritakan kepada orang lain, kalau senang nak faham, idea blog ini datangnya 80% dari dalam diri kita dan 20% fakta-fakta dari luar so kalau korang kurang pengetahuan am, macam mana korang nak ceritakan tentang sesuatu itu.

Pengetahuan am ini korang boleh dapat dengan membaca di blog orang lain, membaca di forum, membaca di buku, dan kadang-kadang pengetahuan ini korang boleh dapat dari pengalaman korang sendiri.

3.Tidak menjadi pemerhati
Tahukah korang, dengan menjadi pemerhati dengan keadaan sekeliling kita akan dapat banyak idea untuk menulis, kalau korang baca entry orang lain korang pasti akan perasan sesuatu atau terfikir sesuatu yang mampu korang tulis dalam blog korang.

Contohnya aku dalam entry Bounce Rate. Blog aku dulu mempunyai Bounce Rate yang tinggi dan itu sesuatu yang tak baik dan lepas kau buat pemerhatian, kajian di blog-blog ,faham apa yang perlu kita buat dan tak patut kita buat akhirnya aku berjaya keluarkan entry ini: Tips: nRelate kurangkan Bounce Rate.

Yang penting korang kena alert dan menjadi pemerhati yang berjaya sekiranya benar-benar mahukan idea untuk menulis.

Cukup setakat ini untuk entry ini, sebenarnya ada lagi tiga point yang aku nak huraikan tetapi adalah lebih baik aku sambung di next entry.

Akhir kata, cuba buka mata dan luaskan pandangan kita untuk dapat idea menulis yang lebih berkualiti.

Menulis untuk nota kehidupan

Pelbagai cara nak abadikan kenanga kita, liku-liku kehidupan kita, apa yang mengajar kita, apa yang menghukum kita sepanjang kita berada di bumi Allah ini. Lain orang lain caranya untuk menulis nota kehidupan ini.

Bagi aku, cara yang peling efisien untuk mengabdikan segala nota kehidupan aku adalah dengan menulis. Yea, menulis disini. Segala pahit getir, suka-duka aku coretkan dekat sini agar dapat aku ingat kembali dihari tua, namun aku tak letakkan blog ini sebagai blog personal, aku lebih suka blog kau ini sebagai blog umum, bola yang ada semua benda, blog yang bukan hanya ada cerita suka duka aku. Entah kenapa kalau aku terlalu ceritakan suka duka aku disini aku rasa macam aku hanya menagih simpati.
Oleh itu segala nota yang penuh dengan kisah suka duka aku, aku lebih suka menulis di satu lagi blog personal aku di Wordpress. disitu tiada siapa kenal aku, tiada siapa tahu siapa penulisnya dan aku pun lebih selesa menulis disana, apa yang ada disana hanya untuk aku baca dihari tua aku, atau untuk berkongsi dengan pasangan hidup aku.

Blog ini hanya lebih kepada kefahaman aku tentang apa yang aku baca, kadang-kadang ada juga berkenaan hati dan perasaan aku tetapi aku luahkan dengan cara yang berbeza.

Menulis blog ini bukannya sekadar meraih populariti atau menunjuk yang kita mampu menulis tetapi sebagai satu medium untuk kita menulis nota kehidupan agar dapat menjadi tatapan dihari tua, kalau kita menulis secara merapu memang merapulah kita baca nanti.

Akhir kata ikhlaslah dalam menulis, yang membaca ikhlaslah dalam membaca, jangan hanya tunggu tua baru kita mahu menulis nota kehidupan kita yang dua tiga puluh tahun lalu.

Selamat mula menulis nota kehidupan untuk tatapan dihari tua dengan seikhlas-ikhlasnya.

Tips: Cara recover email yang terdelete

Huh. kini aku nak berkongsi dengan korang cara nak recover atau selamatkan email yang sudah terdelete dari mail box kita, alang-alang dah ada orang tanya, aku blogkan sahaja.

Cara dia senang sahaja tak perlukan aplikasi ataupun software nak recover balik email yang korang terdelete dari inbox itu, maklumlah nak cepat. 
Buat pengetahuan korang, selepas korang delete email di Inbox, email itu tidak akan terus hilang tapi akan pergi ke Trash dulu. Kalau dalam pc macam recyle bin la. 

So bila mana korang terdelete email yang agak penting dari Inbox korang, cecepatlah pergi tengok ke Trash, tapi kalau Trash pun korang sudah delete itu berat, sangat berat.

Itu sahajalah yang aku nak kongsikan, sebab aku rasa masih ramai yang tak tahu berkenaan email ini, dan kalau korang nak recover folder dalam desktop yang sudah delete korang boleh cuba software Recuva. Benda ini next entry aku akan cerita.

Dan jangan jeles sebab atas ikhsan orang, blog aku akan ke domain baru, kronologi.my..nantikan, sekarang ini dalam proses pendaftaran lagi.

Tugas sebenar polis trafik di Stadium Nasional Bukit Jalil

Macam dalam entry aku sebelum ini, Tiket Malaysia vs Thailand separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012, aku berkesempatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan itu, Alhamdulillah walaupun tak mencapai kemenangan tetapi sekurangnya kita seri, yea mungkin susah sebab Thailand jaringkan gol ditempat kita tapi ingat Thailand bukanlah calang-calang pasukan.

Apapun kita doakan agar Pasukan Harimau Malaya dapat lakukan yang terbaik di Bangkok Khamis ini.

Dan sepanjang aku disana aku sempat tangkap gambar tugas sebenar polis trafik yang berkawal di Stadium Bukit Jalil itu, gambar bawah in.

 Maafkan! Ini bukanlah tugas sebenar seorang Polis Trafik sebenarnya, Mereka ini banyak membantu dalam mengelakkan jalan dari sesak.

Segmen Jom Up Follow by Be-Log Meow Mew

Sebelum aku hangatkan blog aku dengan gambar di Stadium Bukit Jalil semalam adalah lebih baik aku mulakan pagi ini dengan segmen yang dijemput sendiri oleh puan blog itu, kalau sudah dijemput tak elok rasanya kalau tak join kan...

Segmen Jom Up Follow by Be-Log Meow Mew
Tiga blogger yang aku nak tag? Siapa yea

Keunikan Hidup

Satu Hikayat

Satu lagi aku akan update kemudian, tak pastikan lagi siapa akan aku tag

Itu sahajalah dan jangan lupa untuk berada di blog ini untuk menikmati gambar-gambar semalam...

Tiket Malaysia vs Thailand AFF Suzuki Cup 2012

Tiket Malaysia vs Thailand separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 di Stadium Bukit Jalil ahad ini, 7 disember 2012 telah aku dapatkan, semangat separuh akhir makin meningkat, korang cemana? yang tinggal sekitar Kuala Lumpur ini mohon turunlah ke Stadium sama-sama kita gegarkan Gajah Putih.

Selamanya Harimau Malaya..huh

Gaji habis dipertengahan bulan

Gaji habis dipertengahan bulan ini sudah lumrah rasanya bagi golongan-golongan yang makan gaji, masuk sahaja pertengahan bulan sudah mula keluarkan kalkulator buat kira-kira tengok berapa banyak duit masih ada untuk menampung waktu yang tinggal untuk sampai ke hari hext gaji.

Situasi ini jarang berlaku kepada mereka yang tidak makan gaji atau yang menghasilkan gaji contohnya berniaga, mereka perlu sentiasa ada duit kerana nak keluarkan modal bukan hanya tunggu awal bulan atau hujung bulan tetapi pada setiap masa, dan keuntungan yang mereka dapat juga setiap masa.
Lupakan mahu memiliki gadjet-gadjet yang hebat atau mahu tukar perhiasan diri andai kata situasi ini berlaku kepada anda, terlebih menggunakan duit dari yang sepatutnya menyebabkan aliran gaji kita terganggu, mana tak nya gaji yang sepatutna digunakan untuk satu bulan telah habis di pertengahan bulan jadi lagi setengah bulan lagi nak cekau mana duit?

Duit gaji yang kita dapat sepatutnya disimpan sewaktu hari pertama mendapat gaji bukannya nak mula menyimpan sewaktu duit yang tinggal sudah mula sedikit, tiada guna...apa gunanya kalau gaji yang tinggal hanya 10% dari gaji kita baru kita nak fikir untuk menyimpan tetapi tiada yang terlewat bukan.

Tetapi duit gaji ini boleh dihabis dari dua cara iaitu cara yang kita rela atau tidak rela..cara yang kita rela adalah dengan kita membeli barang, ke kedai makan atau menukar perkakasan kereta atau diri dan cara yang tidak rela adalah dengan cara membayar kos perubatan, kena saman, dilanda kecelakaan..walaupun bukan kita minta tetapi kita tetap kena bayar.

Bagi aku yang walaupun belum bekerja tetapi sudah menerima elaun setiap bulan dari biasiswa di Universiti aku, situasi ini telah aku rasa, dan adalah pengalaman sikit, tetapi disebabkan aku telah diajar dari rumah lagi untuk menyimpan dan mengawal perbelanjaan makan istilah elaun habis di pertengahan bulan jarang berlaku kepada aku.

Menggunakan lebih dari apa yang kita mampu sepenuhnya tidak bagus tetapi menyimpan apa yang kita tak perlu guna adalah bagus tetapi kadang-kadang aku berasa kagum dengan sesetengah orang yang mampu hidup secara beserdehana walaupun dia mampu membelanjakannya.

Pekara sunat di hari jumaat

Dihari jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari, perbanyakkanlah amalan sunat selain pertingkatkan kualiti amalan wajib...bagi kaum lelaki jangan lupa solat jumaat hari ini dan bagi kaum hawa pula jangan hanya tengok lelaki yang hensem berbaju melayu ke masjid tetapi perbanyakkan juga amalan-amalan sunat yang mampu korang lakukan...


Menjadi penulis jemputan di blog

Penulis jemputan dah jadi macam satu feneomena di blog-blog sekarang, menjadi atau mencari penulis jemputan untuk berkongsi idea untuk disebarkan kepada pembaca...

Bagi aku personally susah untuk nak memerah otak seorang diri untuk mencari idea dan menghasilkan penulisan yang betul-betul buat kita puas hati, kalau ada pun mungkin dalam sehari itu hanya satu entri yang betul-betul dari karya kita ataupun mungkin tiada jadi untuk memastikan blog kita terus update makan keluarlah entri yang tangkap muat atau entri yang berunsurkan share berita atau gambar tanpa ulasan.

Dan disebabkan itulah wujudnya penulis jemputan di blog-blog sekarang ini jadi untuk tidak turut ketinggalan aku juga menjemput sesiapa sama ada dia mempunyai blog atau tidak untuk menulis entry di blog aku, tak kisahlah entry bergenre apa as long as bukan entri berbaur fitnah atau lucah, kredit 100% akan diberi kepada anda.. anda menulis, aku publish sama-sama meraih keuntungan...


Serba sedikit aku cerita berkenaan penulis jemputan ini:


Apa itu penulis jemputan

Dalam kata mudah, penulis jemputan ini ialah mereka yang dari luar blog aku, menulis didalam blog aku ini, macam kau tulis untuk blog oranglah kan...ada yang diminta untuk menulis atau meminta untuk menulis tapi dalam keadaan aku sekarang ini, aku minta korang untuk menulis dalam blog ini...

Apa faedahnya menjadi penulis jemputan

Dulu sebelum aku mewujudkan blog ini aku pernah menulis untuk blog kawan aku, adalah dalam beberapa entri, semua entri itu berdasarkan pandangan aku sebagai seorang lelaki, pelajar, remaja pada zaman sekarang, so? 

Jadi dengan menulis di blog orang , aku boleh tahu kemampuan diri aku atau penerimaan orang terhadap tulisan aku sebelum aku adakan blog aku sendiri, itu kalau korang belum ada blog, tapi kalau ada blog dan menjadi penulis jemputan di blog orang, disamping berkongsi penulisan korang, korang juga boleh mempromosikan blog-blog korang, bukankan dua dalam satu itu...


Kenapa aku adakan penulis jemputan

Ada dua sebab sebenarnya

Sebab pertama kerana aku nak mempelbagaikan entri di blog aku ini, kalau korang perasan , entri di blog aku ini bukannya entry fakta atau tutorial yang boleh membantu blogger-blogger lain atau pembaca aku, mostly yang aku tulis berdasarkan apa yang aku baca dan apa yang aku, semua berkenaan pandangan aku, jadi dengan adanya penulis jemputan, akan adalah kepelbagaian penulisan disitu, mungkin ada yang ingin berkongsi tutorial atau info so secara tak langsung akan membantu orang lain.


Keduanya sebab aku nak bantu blogger baru, terutama mereka yang ada idea tapi tak tahu nak publishkan dekat mana, pada mula-mula aku terbitkan entri di blog aku sendiri sedih pun ada, sayu pun ada..tak ramai yang membaca, setiap hari aku kena promotekan entri itu, penat beb , so dengan korang menulis di blog aku, sedikit sebanyak aku dapat promosikan blog kau...walaupun blog aku tak ramai pembaca tetapi tetap ada,jangan risau...


Dan sebelum aku tamatkan tulisan ini, aku ingin berpesan jika korang ada idea dan karya hantarlah karya dan entri itu kemana-mana entri tapi pastikan entri itu berkualiti bukannya entri personal korang atau entri yang kearah kisah cinta korang, berat rasanya kalau korang hantar entri itu untuk tuan blog publishkan tapi ada juga kisah cinta yang menghiburkan..


Akhir kata terima kasihlah membaca entry aku yang agak panjang untuk kali ini, jarang ada entry sepanjang ini di blog aku..



Kalau tak faham tulisan aku boleh teruskan membaca disini Penulis Jemputan di blog


Jadi penulis jemputan di blog aku dengan hubungi aku disini @afferdaus atau terus email ke dirikuskeleton [at] gmail [dot] com

Jaga-jaga dengan gambar lucah

Sudah menjadi kebiasaan rasanya blogger-blogger sekarang ataupun penulsi dimana laman sesawang menggunakan gambar-gambar lucah atau mendedahkan aurat, kalau lelaki tayang gambar perempuan membuka aurat dan sebaliknya, memanglah ramai yang membaca..almaklumlah ramai yang suka tengok gambar lucah ini, ye dak kan benda yang tak baik inilah yang selalu kita lakukan...

"Kan orang suka tengok gambar lucah, baca cerita lucah so benda macam itulah yang kita kena penuhi dalam blog kita"

Serius kalau korang fikir macam itu memang akan hilanglah kebersihan blog korang itu, tak salah nak trafik banyak melalui google search tetapi salah kalau kota guna gambar-gambar lucah ini...
Korang pernah dengar tak yang.." Kalau kita sebarkan gambar orang lain yang tidak menutup aurat, dosanya samalah dengan orang yang membuka aurat itu" pernah? aku pernah? so cuba bayangkan kalau korang publishkan entry yang ada gambar yang tidak menutup aurat walaupun satu, berapa banyak orang tengok dalam sehari? dua hari? tiga hari? seberapa lama dalam blog korang itu...

Sedarlah kita buat blog ini bukan untuk mengumpul dosa macam itu, cukup-cukuplah dosa yang kita lakukan seharian janganlah tambah dosa kita melalui blog kita sendiri...

Tak kisahlah entry ini entry lucah atau tidak tapi as long as korang letakkan gambar yang tidak menutup aurat bukankah itu suatu dosa, aku bukan sesiapa, atau orang yang pandai bercakap pasal dosa dan pahala tetapi tahulah membezakan dosa dan pahala..

Aku dulu waktu bulan pertama di blogspot ini ada juga tayangkan gambar-gambar perempuan yang tidak menutup aurat tetapi selepas ada kesedaran aku mula delete entry yang macam itu dan selepas itu aku mula berhati-hati dalam memilih gambar...

Walaupun sekarang di blog aku masih ada gambar perempuan tetapi semua InsyaAllah menutup aurat lainlah kalau aku terlepas pandang..

Sama-sama kita renung dan sedar tujuan kita berblog dan menulis

Boleh saja kita nak letak gambar Emma maembong ke, Hanis Zalikha ke tapi pastikan dia menutup auratlah kan..:)



Islam dan alam sekitar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita tahu, dalam setiap agama di muka bumi ini menyuruh kita berbuat baik sesama manusia, dan juga kepada alam sekitar. 

Islam juga menggariskan beberapa panduan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w tentang penjagaan alam sekitar sepertimana yang diterangkan dalam komik ini.

Sabda nabi lagi,"sampaikanlah ilmu walau satu ayat". Klik share jika korang sayangkan alam sekitar kita! :)

Untuk mengetahui semua tentang kempen yang dilakukan oleh Green Soldier NDUM klik sini

Pergi ke page ini( Green Soldier NDUM ) dan sokong kempen mereka jika korang sayangkan alam sekitar kita ini...

Sumber gambar dari sini

Safee Sali tidak cergas untuk AFF Suzuki Cup 2012

Kalau korang ada mengikuti perlawanan ketiga-tiga AFF Suzuki Cup 2012 pada minggu lepas korang akan perasan yang bintang utama kelab Pelita Jaya ini tidak begitu menjadi, gerakan didepan gol banyak yang gagal, nak kejar bola pun susah dan setakat tiga perlawanan yang terakhir bertemu Indonesia pada sabtu lepas, Safee Sali hanya mampu menjaringkan satu gol...
Dan selepas aku baca di espnstar.my baru aku yakin yang tahap kecergasan Safee agak merudum dan diakuinya sendiri...


Safee Sali akui tidak cergas

Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menggesa pasukan fisio untuk membantunya mencapai kecergasan sebelum aksi separuh akhir dengan Thailand Ahad ini.


Safee telah mengadu kepenatan dan kekejangan selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan Indonesia. 
Walaubagaimanapun, beliau akui hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mematuhi arahan jurulatih, Datuk K.Rajagobal.

Bercakap kepada Sports247.my, Safee berkata: "Mungkin ini silap saya sendiri. Saya kerap ke tengah dan tidak tetap di depan.


Beliau juga percaya keadaan padang yang teruk di Stadium Bukit Jalil juga antara faktor beliau kekejangan kerana pemain lain juga mengalami masalah yang sama.


"Shakir Shaari dan Safiq Rahim telah memberi bantuan kepada saya, tetapi saya kurang sabar. Saya percayakan fisio. Mereka mengatakan saya akan pulih dalam masa tiga hingga empat hari."


Safee merupakan penjaring terbanyak dalam Piala Suzuki 2010 namun hanya menjaringkan satu gol dalam peringkat kumpulan tahun ini.


Sumber: espnstar.my

Sambil menyuntik semangat #HarimauMalaya, kita saksikan semula jaringan pasukan Malaysia sewaktu menentang Indonesia...
Tapi apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama berdoalah agar sebelum ahad ini, kecergasan Safee mencapai tahap yang diinginkan agar dapat membantu Malaysia menghadapi lawan yang ternyata gah di peringkat kumpulan iaitu Thailand...


Tips: nRelate turunkan Bounce Rate blog

Sebelum korang baca entry ini, pastikan korang tahu apa itu Bounce Rate, Apa yang dikatakan Bounce Rate ini? Tinggi Bounce Rate baik atau tidak? Kalau tak baik macam mana nak kurangkan Bounce rate? semua itu korang boleh google atau malas sangat dan tak jumpa, bawah ini aku linkkan kepada korang apa itu Bounce Rate..




Dari tiga entry itu korang dah boleh tahu bahawa lagi tinggi peratusan Bounce Rate lagi tidak membawa kebaikan (apa punya ayat ini). so apa perlu korang buat kalau peratusan Bounce Rate korang tingggi?

Macam blog aku, peratusan Bounce Rate aku sekadar 25% untuk semalam dan 22% untuk hari sebelum semalam, gambar dua bawah ini..

Aku waktu kali pertama dengar pasal ini aku juga tak tahu tapi selepas membaca di blog-blog buat kajian baru aku tahu apa itu Bounce Rate sebenarnya, Bounce Rate blog aku ketika itu agak tinggi, jadi aku cari tips nak kurangkan Bounce Rate ini, banyak juga blog aku geledah semata-mata nak cari jalan nak kurangkan, sebab apa nak kurangkan? sebab aku sayang..wahhh

Banyak cara boleh membantu korang kurangkan tapi salah satunya adalah dengan tidak menggunakan LinkWithin, aku rasa LinkWithin memang dah sebati dengan semua blog dan blog aku juga tapi itu dulu sebab apa? sebab tak jumpa lagi aplikasi yang sama fungsinya dengan LinkWithin ini tapi kini tidak lagi..

Aku jumpa aplikasi yang sama dengan LinkWithin ini iaitu nRelate, sungguh  tak susah nak memasang, daftar ambil code dan paste, tapi dia tak auto keluar, korang kena tunggu dalam dua jam macam itu baru dia keluar tapi bila dah keluar hasil dia umphh!!!

Tengoklah di blog aku..tiada LinkWithin :)

Kalau ada masalah dalam pemasangan nRelate ini bolehlah tanya aku disini...

Kearah blogger islam yang beretika

Menjadi seorang blogger memang susah, bukan mudah bagi seseorang terus hidup sebagai blogger apatah lagi menjadi seorang blogger yang sentiasa mengikut garis panduan menulis, contohnya jika kita seorang blogger yang beragama islam kita bukan hanya perlu ikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan malah kita perlu mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Yang Maha Kuasa..






















Kita bukan boleh sesuka hati menulis, sesuka hati menyebarkan gambar apatah lagi menyebarkan fitnah kepada sesama manusia, itulah setiap entry yang kita keluarkan kita kena pastikan setiap apa yang kita tulis itu adalah benar ataupun dari sumber yang boleh dipercayai...

Aku rasa korang yang ada blog dan bergelar blogger pasti sudah membaca kod etika blogger yang dikeluarkan oleh kerajaan, kalau belum pastikan korang cari dan baca untuk elakkan korang terjerat dek kod etika itu atau sesuatu yang buruk menimpa korang, susah kan mahu menjadi blogger ini..

Memang hak bersuara hak kita tapi ada batasnya untuk bersuara

Walaupun sekiranya kod etika blogger itu tidak wujud dan dikeluarkan, kita sebagai seorang muslim sebenarnya patut menjaga setiap apa yang kita tulis, setiap apa yang kita keluarkan kerana apa juga yang kita tulis dan keluarkan akan disoal disana kelak, walaupun sepotong ayat..

Akhir kata jagalah setiap kata-kata didalam blog kita agar tidak mengundang dosa

Sambungan? Nantikan di next entry.


Detik hitam gadis berumur 18 tahun

Disaat rakyat Malaysia bergembira dengan kemenangan Harimau Malaya, semalam ada juga yang bersedih...bagi seorang perempuan berumur 18 tahun, dia melalui detik hitam yang meragut kehormatannya...entahlah bila semua ini nak berakhir, mungkin disebabkan tiada sudah rasa belas kasihan terhadap sesama manusialah yang menyebabkan semua ini berlaku...
Sudahlah dirompak, dirogol pulak...itulah yang berlaku keatas seorang gadis berumur 18 tahun di Chukai, itulah yang aku baca di Kosmo Online pagi ini..


Jurujual dirompak, dirogol

KEMAMAN — Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.


Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.


Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.


Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. — BERNAMA

Artikel penuh di Kosmo Online

Nak katakan apa pun tak berguna cuma berharap mereka yang bersalah dihukum dengan setimpal dengannya dan kepada mereka diluar sana, berhati-hatilah kerana jenayah ini boleh berlaku kepada kita...

Gelagat awek kaki bola di stadium

Alhamdulillah semalam buat kali pertama untuk tahun ini aku berjaya jejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyokong Harimau Malaya yang melayan kunjugan Sang Garuda, dan Alhamdulillah juga kedatangan aku berbaloi bila Malaysia menang 2-0...

Puas dan puas, penat bersorak hingga hilang suara...pagi nyh pun bangun minum air banyak-banyak...

Dan sepanjang aku di stadium semalam banyak gelagat yang aku dapat perhatikan salah satunya dekat awek yang duduk depan aku semalam, sepanjang perlawanan dia asyik menadah tangan sambil mulut terkumat-kamit...

Nak cakap sejuk, panas aku rasa..dan apa yang korang rasa seseorang itu buat bila dia menadah tangan sambil mulut terkumat-kamit..

Berdoa!
Yaa..aku rasa awek bertudung biru itu sedang berdoa untuk kemenangan Harimau Malaya semalam, bagus awek nyh..berdoa dan terus berdoa bukan terjerit-jerit...

Aku rasa patut lagi ramai perempuan bergelar awek untuk turun ke stadium dan berdoa demi kemenangan Malaysia pula..haha

Awek-awek kaki bola dan jenis-jenisnya dari terkaftab

Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor, Bangi

Selepas berpanas di Stadium Bukit Jalil untuk membeli tiket, dan dalam perjalanan balik aku singgah di Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor dekat Bangi ini, Nasi Beriani Gam Johor di Restoran Anje ini memang 5 star dengan harga yang memang berpatutan kalau nak dibandingkan dengan restoran nasi beriani yang lain tapi kalau nak makan nasi beriani ini perlulah sabar beratur sebab ramainya pelaggan di Restoran Anje ini...
Menu pilihan aku adalah nasi beriani ayam beriani yang berharga RM6.50..murah bukan? kalau nak dibandingkan dengan nasi beriani di tempat lain memang jauh berbeza...nasi dia pun sedap, kenyang perut..
Pelanggan beratur memang tak pernah putus, ada sahaja yang beratur..aku rasa dalam pukul 4 sure lauk dia dah habis..
Kalau nak pergi lagi sekali memang aku tak teragak-agak untuk pergi, cukup berbaloi..

Siapa ada di stadium malam ini??

Jom masuk dengan aku..

:)


 
Web Analytics