Home » » Tips dan cara elak dari Kamera AES

Tips dan cara elak dari Kamera AES

Waktu pertama kamera AES ini wujud kemain ramai yang membangkangnya, orang yang dapat kesan negatif kemain menghamburkan kutukan, keluarkan segala keburukan dan lain pula kepada orang yang dapat kesan positif...mereka ini mengeluarkan fakta-fakta mereka bahawa cara kamera AES ini berjalan amat berkesan sekali mengurangkan kemalangan jalan raya...


Kebaikan atau keburukan kita hanya dapat tunggu sebulan atau setahun selepas pelaksanaannya selepas statistik kemalangan dikeluarkan tetapi kesan buruk kepada pengguna jalan raya telah ketara kita dapat lihat, dari statistik mengatakan hampir beribu sama sehari dikeluarkan oleh kamera AES ini di semenanjung Malaysia...
Oleh itu bagi pengguna jalan raya mereka dan aku sibuk mencari jalan untuk hindar dari terkena panahan kilat kamera ini tapi bagi logik akal fikiran kita tiada yang mampu menahan panahan flash kamera AES ini selain korang mematuhi had kelajuan jalan raya, kalau cakap nak pandu lagi laju atau gunakan aplikasi itu ini, aku rasa tidak akan menjadi...

Pengubahsuaian rumah dari pereka design yang terbaik

Apa guna kajian pemilik kamera AES ini kalau ada aplikasi sekecil di telefon pintar yang mampu menghalang kamera ini dari berfungsi, merepek bukan? tapi entahlah kalau rasa nak cuba bolehlah cuba aplikasi yang aku rasa korang pun faham...


Pakaian, terutamanya seluar dari jenama Levis

Aku sebenarnya malas nak berbicara tentang kamera AES ini sebab sampai sekarang aku belum terkena panahan flash AES ini tapi petang ini taku ternampak hashtag #TipsElakAES yang trending di twitter dan hampir 80% dari tweet disitu semuanya merepek belaka, tiada cara yang sahih yang mampu elak dari AES ini tapi aku kongsikan jua beberapa tweet yang  diharap mampu mengurangkan kekusutan berkenaan AES ini terutamanya yang sudah dua tiga sama sampai ke rumah...

Ini sahajalah yang aku ingin kongsikan dari aku tips yang paling berguna dan afdal untuk elak dari kamera AES ini ialah dengan mematuhi had laju di kesemua jalan di Malaysia ini dan pandulah dengan berhati-hati...lagi banyak tweet untuk #TipsElakAES di sini...

Dan ini mungkin dapat membantu anda yang sangat-sangat perlukan bantuan menangani kamera aes ini..

Tips elak speed trap oleh kamera AES dari azizulhakim91 dot blogspot dot com

1 Kata:

Aku tak nampak sikit pun masalah AES... Ape masalah AES, ce citer

 
Web Analytics