Home » » Restoran & Katering Arham, Desa Pinggiran

Restoran & Katering Arham, Desa Pinggiran

Lunch hari ini memang berlainan dari lunch-lunch sebelum ini, selalunya aku lebih prefer cafe bawah ini, senang..dah makan boleh solat pastu terus berehat di bilik tapi hari ini ada seorang kawan aku ajak ke satu tempat di Desa Pinggiran Putra iaitu Restoran Arham, ada yang mahu belanja apa salahnya ikut kan...
Sampai sahaja orang dah ramai, apa lagi order air rehat dahulu sambil hilangkan penat...
Nway sorry for this picture, aku tak sempat nak snap sebelum aku makan, nyh pun teringat selepas makan, maybe lapar sangat rasanya..lunch aku hari ini nasi berlaukan telur dan ikan keli sambil dihidangkan milo ais..
Untuk rakan di twitter aku @betoferdaus, pasti nampak check in aku di Foursquare, itupun kalau perasan....
Dan ini sebelum pulang, sejukkan perut dengan ais kacang...

Overall untuk kedai ini oklah, tak macam kedai lain, pakaian seragam memang cun dan harga makanan di kedai ini agak berpatutan, lunch aku harini just RM5.30, kalau nak ikutkan standard pada masa sekarang, harga agak berpatutan dan patutlah kedai ini dianugerahkan sebagai kedai harga patut yang aku nampak digantung didinding kedai....

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke facebook nya: ARHAM CATERING AND RESTAURANT

Eh..aku tak sure betul ke tak itu facebooknya tapi kalau ikut nama dan alamat memang betul...

Selamat menjamu selera :)

0 Kata:

 
Web Analytics