Home » » Pujian bukan cara menghargai kebaikan

Pujian bukan cara menghargai kebaikan

Pelbagai kisah dan cerita kita dengar mengenai kebaikan seorang manusia kepada manusia yang lain dan selalunya orang yang menerima kebaikan itu akan memberi pujian dan kata-kata indah kepada si pemberi kebaikan itu tapi adakah kita sedar bahawa dengan memberi pujian yang terlampau tinggi, pujian yang sedikit pun samalah akan menyebabkan si penerima kebaikan yakni si pemberi kebaikan akan berasa riak, berasa berlagak dan dirinya dijulang tinggi...

Tipulah kalau kata kita tak makan dek pujian, tak tembus dek peluru syaitan itu tak riak, tak bangga kalau ada pujian yang dihamburkan kepada kita, aku rasa sekecil-kecil pujian yang kita terima pun kita akan rasa bangga dan sedarkan dengan perasaan bangga itu akan mula timbul perasaan riak yang mana riak ini sepatutnya dihindarkan...

Oleh itu adakah kalau ada yang membuat kebaikan kepada kita, kita tak boleh nak menghamburkan pujian??

Bukan begitu tapi untuk elakkan si pemberi kebaikan ini merasa riak dalam diri adalah lebih elok kalau kita tukar cara menghargai kebaikan dia itu dengan cara yang lebih elok, dia dapat rasa dihargai dan pada waktu yang sama dia tidak merasa riak...

Bagaimana nak lakukan macam itu??

Senang sahaja! Hargai kebaikan itu dengan memberi hadiah, senang bukan...bukan rasuah tapi memberi hadiah kearah menghargai kebaikan itu, kalau korang tak mampu sangat nak memberi hadiah adalah senang dengan melemparkan senyuman kepada si pemberi kebaikan itu...

Dari kau memberi pujian yang melambung dan menyebabkan dia riak, walaupun baru mendapat pahala kerana kebaikannya tapi disebabkan pujian korang dan dia berasa riak oleh itu dapatlah dia dosa riak itu...

Bukankah korang sudah menghukum pemberi kebaikan itu dengan pujian korang...so kepada yang selalu memberi pujian kurangkanlah perbuatan itu dan kepada yang selalu menerima pujian, kurangkanlah berasa riak dan belajarlah merendah diri dalam segala hal...

Dan eloklah pujian korang itu korang beri kepada Yang Maha Esa, Pujian itu kan hak Allah dan hanya Allah sahaja yang layak dipuji...

1 Kata:

fuiiiyyyooo..

wah hebat laa entry kali nie..

betul apa awak cakp tuu..

sy setuju..hahahaha

-from LRG4 KGTGH with love-

 
Web Analytics