Home » » Luahan hati seorang lelaki

Luahan hati seorang lelaki

Sejak peristiwa Israel menyerang Palestin awal tahun baru ini, dan ramai yang menyebarkan kekejaman tentera Israel, tentera yahudi yang menjadikan orang islam di Palestin tidak serupa orang, menyerang mereka tanpa belas kasihan...ia mengejutkan aku dari lamunan aku selama ini, lamunan yang membuatkan aku sendiri selesa ditempat sendiri...

Memang kalau tengokkan facebook aku dan twitter aku, kurang aku post pasal keganasan terhadap Palestin, kurang tweet aku menggunakan hashtag #Pray4Gaza tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..

Aku rasa tanpa post semua itu pun sudah mengambarkan kebimbangan aku,  aku tengok kanak-kanak yang menjadi mangsa buat aku kasihankan mereka, aku sedih dengan apa yang terjadi tapi kalau difikirkan balik...
"Adakah patut aku kasihankan mereka"

Mereka sudah dijanjikan syurga, InsyaAllah..tapi aku ini, yea..aku patut kasihankan diri aku sendiri, syurga belum tentu lagi buat aku...tersentak hati aku kalau fikirkan benda ini, diri sendiri yang lebih patut aku kasihankan...

Tapi setiap kalai benda ini terjadi, baru terasa begini, baru terbangun dari lena, setiap keganasan terhadap negara islam baru kita bangun melawan, baru kita bangun boikot sana, lawan situ padahal sepatutnya setiap masa perlu kita lakukan semua itu...

Tapi itulah, manusia ini mudah lupa terutamanya aku...

Kita boikot itu ini, kita hulurkan sumbangan, kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka namun kasihankanlah diri kita sendiri lebih dari kasihankan mereka..

Moga dengan kasihankan diri kita, kita dapat ubah diri kita menjadi seorang muslim yang berjaya, yang mengejar syurgaNya yang hakiki...

1 Kata:

betul. bila gaza kena serang, baru la nak boikot mcd semua tuh.

 
Web Analytics