Home » » Kawan dan gurau kasar

Kawan dan gurau kasar

Kita semua ada seorang eh mungkin ramai kawan yang suka bergurau kasar dengan kita, yang kadang-kadang boleh menyakitkan hati kita, but kawan yang itulah selalunya menjadi rapat dengan kita, tapi memang dibuktikan yang bukan semua kawan yang kita boleh terima bila dia bergurau kasar dengan kita...
Kawan yang kita sudah lama kenal, memang dah rapat rasanya bergurau kasar itu hanyalah benda biasa, dan kadang-kadang dengan bergurau kasar itulah yang dapat merapatkan kita tapi sekali lagi aku ulang, bukan dengan semua orang kita boleh bergurau kasar...

Kalau nak bergurau kasar ini kita kena tengok tempat dan keadaan dan kepada siapa yang kita nak bergurau kasar ini, kalau dengan kawan lama mungkin ok, tiada masalah nak bergurau kasar tapi dengan orang yang baru kita kenal ataupun belum cukup rapat dengan kita aku rasa bergurau kasar bukan caranya, malah boleh merosakkan persahabatan dan tak akan merapatkan persahabatan itu...

Tapi kalau dengan orang yang memang dah kenal kita, memang dah rapat dengan kita gurau kasar itu mampu rasanya merapatkan kita, biasalah dengan orang yang kita rapat ini kekadang bergurau kasar kita tak terlalu ambil hati sangat, dengar dan lupakan mungkin sebab dah selalu dengar tapi kalau dengan orang yang tak rapat, pedih dia lain macam...

Bagi aku, aku hanya mampu bergurau kasar dengan orang yang aku rasa mampu menerimanya dengan terbuka, kalau orang yang aku tak kenal memang jarang aku bergurau kasar sebab itu aku lebih nampak macam anti-sosial atau lebih banyak berdiam...

Bagi aku bergurau kasar ini bukan boleh dibuat kepada semua dan sebelum bergurau itu pastikan orang yang kita nak bergurau itu mampu terima dengan hari yang terbuka....

Namun jangan terlalu selalu sangat bergurau kasar kerana setiap manusia punya perasaan dan walaupun sudah biasa dengan gurau kasar korang kadang-kadang kata-katamu juga mampu menyakitkan hati..

1 Kata:

Kes ni banyak kali berlaku dekat aku, sebab aku jenis tak kisah kalau orang bergurau kasar dengan aku, but what u giv is what u get, so kalau org yg bergurau kasar dengan aku x boleh terima gurau kasar aku, aku tak layan. HAHA.. Hardcore kan? Sebab aku rasa x dalam kes ni dua2 salah, so kalau tak boleh terima gurau kasar jangan sesekali bergurau kasar. With anyone. I mean it!

 
Web Analytics