Home » , » Jangan terburu-buru update blog

Jangan terburu-buru update blog


Aku dah pernah update pasal Bahaya Seorang Pembaca Blog dek kerana penulisan seorang blogger, penulisan yang tiada mempunyai asas yang kukuh, penulisan yang tidak berdasarkan bukti yang kukuh akhirnya menyebabkan si pembaca mempercayai dan memegang kata-kata si blogger yang belum pasti benarnya...

Kali ini aku bukan hanya nak berkongsi tetapi juga mengingatkan diri aku sendiri yang juga merupakan blogger dan teman blogger aku diluar sana...
Jangan terburu-buru mahu update blog setiap hari

Bukan nak menghalang atau menyekat hak kebebasan bersuara tapi bagi aku bila kita ada perasaan terburu-buru, perasaan teruja mahu keluarkan cerita di blog dan tiada idea, itulah kadang-kadang sesetengah blog termasuk aku mengeluarkan entry-entry yang kalau korang baca pun boleh tahu yang itu semua mengarut...

Bila kali terakhir korang membeli sepasang jeans dari Levi's®?  

Kalau korang sememangnya seorang penulis, itu oklah, idea bak air paip yang tak pernah putus kecuali korang tak bayar bil air...tapi bagi blogger macam aku nak keluarkan satu entry memerlukan sekurang-kurangnya dua hari satu malam untuk memastikan entry yang dikeluarkan benar-benar mencapai tahap yang kita inginkan...

Kadang-kadang kita sendiri boleh rasa yang entry yang kita hasilkan tak patut pun terbit tetapi sebab rasa gelisah tak update blog maka tekan juga butang publish untuk entry itu..

Online Karaoke game! Bagaimana ia berjalan?? 

Lagi-lagi entry yang berbentuk pandangan macam entry ini, aku hasilkan selepas beberapa kali aku draftkan..tapi kalau entry sekadar berkongsi berita aku rasa kejap je masa nak diperlukan untuk siapkan entry itu, aku juga pernah buat bola hampir dua tiga hari tiada idea nak update blog so aku end up dengan keluarkan entry berbentuk berita...
Nak update blog, Nak update blog, Nak update blog...
Bila dah jadi blogger ini, memang 24 jam fikirkan pasal blog je lagi-lagi ditahun pertama kita menjadi blogger, itulah yang kadang-kadang bila dah sehari tak update blog mulalah rasa terburu-buru nak keluarkan entry tapi tiada idea yang mencukupi dan pada masa itulah keluarnya entry-entry mengarut yang kalau korang baca tahun hadapan korang rasa nak delete...

Filem paling menyayat hati... Jom tengok 29 November ni di pawagam berdekatan!! 

Akhir kata, sebagai blogger kita kena pandai pilih topik dan kaitkan dengan idea yang kita ada untuk keluarkan entry di blog kita, kalau mahu keluarkan entry berbentuk fakta, kajilah dahulu kesahihannya supaya tak memudaratkan si pembaca...kalau dah yakin benar dan sahih barulah dengan yakin kita publish entry itu dan kalau entry berbentuk pandangan, tak kisahlah apa yang kita tulis janji ia tak memalukan kita dan tak memalukan orang lain...
Buatlah kajian dahulu kalau tidak risiko kita menyebarkan maklumat yang salah adalah tinggi..
Ini sajalah yang mampu aku coretkan untuk pagi yang hampir tengahari di hari ahad ini, salah silap maafkan..sama-samalah kita memajukan plalform blogspot ini....

5 Kata:

hm..kena tengok dan semak juga apa yang ditulis dalam blog sebelum dipublish..

I'm Agreed .. Wa pun dulu camtu gak ,, nak buat entry je keje .. Tapi entry tah pape .. Hihi ..
Entry Hangat : Segalanya Baru Di Bulan Disember

Assalammualaikum wbt.
Okey, setuju. Terima kasih atas ingatan ini.

stuju sgt dengan pndapat nie

 
Web Analytics