Home » » Dunia yang luas dan sempit

Dunia yang luas dan sempit

Dunia yang luas dan sempit, yang luas untuk mereka yang rajin dan yang sempit untuk mereka yang pemalas...

Tak banyak yang aku lakukan sementara tunggu waktu tengahari untuk keluarkan entry yang aku karang seminggu lepas, dari statistik blog, ramai pembaca akan singgah pada waktu tengahari, jadi gunakan kelebihan itu...jadi entry pendek yang aku karangkan ini hanya sebagai peringatan kepada aku dan kita semua...
Berputarnya kipas yang tidak berhenti selagi tidak dihentikan samalah seperti putaran hidup kita, lagi kuat speed lagi kuat ia berputar...begitu juga kehidupan kita lagi kuat kita usahakan kehidupan kita lagi tenang dan bermakna akan kita rasai kehidupan kita...

Kehidupan akan sentiasa berputar, tidak akan menanti kita untuk bergerak bersama..walaupun kehidupan ini sentiasa berputar ianya tetap punyai ruang yang cukup untuk kita, kasihankan diri kita..
Kasihankan diri kita dahulu sebelum kasihankan diri orang lain
Warnailah kehidupan kita dengan warna-warna yang indah dan cat yang menarik agar setiap inci kehidupan kita nampak lebih bermakna...disamping bergerak bersama kehidupan yang tetap berputar ini janganlah kita berhenti ditengah jalan atas sebab yang tidak munasabah, jangan buat pilihan yang tidak betul, pilihlah yang benar semasa menempuh liku-liku hidup ini tapi ingat bahawa putaran hidup kita tak pernah dan tak akan menunggu kita untuk membuat pilihan yang tetap...

Kita kena pantas dan pandai dalam membuat keputusan, dunia yang luas ini hendaklah kita penuhi dengan benda yang bermakna, jangan anggap dunia ini sempit sebab hanya orang yang pemalas dan tiada tujuan hidup merasa dunia ini sempit...

Dan jangan sedih setiap kali kegagalan, ingatlah pepatah yang aku susun sendiri di bawah ini:
Setiap kali hujan akan keluar cahaya iaitu pelangi untuk mewarnai hidup kita...

Rasa dan ketahui kehebatan Durian Crepe Yang Terhangat sekarang ini..







1 Kata:

Tahun 2012 ni lah yang aku merasakan dunia aku 'berputar' paling pantas. Bulan 1, aku bersenang lenang di rumah setelah tamat pengajian di Universiti.

Kemudia bulan 5, aku sudah berpindah ke Sabah untuk kerja. Dalam satu masa dua benda asing hadir dalam hidup.

Satu negeri orang, dan juga dunia pekerjaan yang masin aku tidak pernah merasa sangat sebelum ni.

Tetapi betul lah, bila kita keluar dari comfort zone, lagi luas pemandangan kita.

 
Web Analytics