Home » » Blog bukan tempat cari rujukan

Blog bukan tempat cari rujukan


Sebelum aku teruskan, aku rasa ada yang tertinggal di tajuk entry aku kali ini, tajuk untuk entry ini yang sepatutnya adalah"

Bukan semua blog tempat cari rujukan
Lebih kena bukan? Tak adil rasanya kalau aku cakap semua blog bukan tempat rujukan, kerana ada sahaja beberapa blog yang banyak  mengeluarkan fakta yang sahih lagi benar, ada juga blog yang berkongsi dari apa yang mereka dapat contohnya blog seorang cikgu, bukankah itu tempat yang bagus untuk mencari rujukan tapi bergantung jugaklah kepada apa yang mereka kongsikan...
Blog atau lebih senang kita panggil sebagai laman sosial yang berdasarkan penulisan amatlah sangat dan sangat berbeza dari tempat rujukan yang boleh kita rujuk contohnya buku tak kira buku-buku tebal ataupun nipis, blog ini merupakan tempat untuk orang ramai tak kira dari mana korang datang untuk berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman tanpa ditapis oleh pihak-pihak tertentu jadi kesahihan dan kebenaran sesuatu cerita itu hanya boleh ditentukan oleh si penulisnya sahaja...
Blog merupakan tempat dimana orang memberi pandangan, menceritakan kisah dan berkongsi pengalaman berbanding buku yang banyak berkisarkan fakta, fakta, fakta dan fakta...
Bagi tempat rujukan, buku contohnya...sebelum sesebuah buku itu diterbitkan akan ada panel khas yang akan menapis dan tapis isi-isi dalam itu supaya kebenaran isi dalam buku itu tidak dapat disangkal, so buku ini memang menjadi tempat yang tepat untuk kita buat tempat rujukan...
Menjadikan blog ini sebagai sebuah medium rujukan adalah salah satu pilihan terburuk pernah seseorang buat...
Dari pandangan aku sebentar tadi kita boleh lihat yang berbezanya blog dan buku, oleh itu untuk buat sesetangah blog sebagai tempat rujukan adalah tidak bagus sebenarnya, pilihan yang kurang tepat untuk tempat rujukan...

Lagipun blog ini lebih banyak berkisarkan percakapan si penulis dari fakta, yang mana fakta banyak didapati di buku dan kurangnya percakapan, sebagai contoh dalam entry ini..berapa banyak fakta yang korang boleh ambil?? Bukankah lebih banyak percakapan kosong aku ini...

Aku rasa cukup setakat ini, percakapan yang banyak ini aku rasa sudah memadai untuk korang faham apa yang aku ingin sampaikan, aku rasa korang juga sependapat dengan aku bukan...tapi apa yang aku perasan sekarang sudah banyak blog yang meninggalkan penulisan yang kosong dan beralih kepada penulisan yang lebih bermakna dan berisi...

0 Kata:

 
Web Analytics