Home » » Bahaya seorang pembaca blog

Bahaya seorang pembaca blog

Inilah orang kata menulis untuk mencari idea, elakkan mencari idea untuk menulis macam entry aku sebelum ini: Aku Seorang Penulis Blog ...entahlah bagi aku kita kena menulis sesuatu yang terlintas difikiran kita untuk memancing idea kita untuk keluar, bukan kita nak menunggu idea kita ini untuk keluar baru kita nak olah idea itu...

Kalau aku tunggu saja idea aku untuk keluar memang tak terupdatelah blog aku ini tapi bukan itu sebab aku terbitkan entri ini, bukan sebab idea yang kurang aku terbit idea ini tapi aku terbit entri ini sebab waktu aku mula menulis idea untuk menulis entri ini telah keluar, idea sewaktu mendengar jawapan sang pelipur lara di sana..

Ok sudah waktu berkias dan berbelit...


Aku terbitkan entri ini lepas baca entry dari blog Keunikan Hidup yang mengeluarkan entri: Bahaya Seorang Penulis Blog...bukan tak bersetuju atau nak kata dia kutuk aku dalam entri itu tapi bagi aku yang lagi penting patut dikupas ialah bahaya seorang pembaca blog dari bahaya seorang penulis blog....  sebab apa aku kata begitu?


Kalau korang sudah baca isi entry ini semua menerangkan perlakuan penulis blog yang menulis dalam blognya yang boleh dikatakan menulis mengikut perasaan, menulis ikut suka hati, menulis ikut sedap bicara bukannya memastikan setiap yang dikeluarkan di dalam blognya itu sebenar-benarnya, sebetulnya, lebih-lebih lagi kalau buat entri berkenaan fakta, sebagai seorang penulis blog perlulah memastikan setiap fakta yang dikeluarkan itu sepenuhnya betul bukan ikut main sedap jari sahaja nak menulis, bukankah itu semua mendatangkan bahaya kepada pembaca blog itu...


Dan sebab seorang penulis blog yang menulis ikut sedap jari itulah yang mendatangkan bahaya kepada seorang pembaca blog, penulis blog mungkin tidak terkena kesan apa-apa sebab dia tahu apa yang ditulis tapi bagi pembaca? lagi-lagi kalau pembaca itu percaya 100% entri yang dikeluarkan..tak ke punah itu...haru biru pulak..



"penulis blog nie mmg bahaya pun, boleh jadi perosak akidah kekadang, penyebar fitnah, perpecahan, rasict dan memacam lagi lah…. twitter, facebook dan social network lain tak kecuali gak…"
-Petikan dari Keunikan Hidup

Memang ada betulnya lagi-lagi kepada pembaca yang jenis baca satu sumber sahaja, bahaya sebagai pembaca blog sukar kita nak ketahui, kadang-kadang kita pun tak perasan yang kita dah kena auta oleh penulis blog ini, lepas dah berbulan baru perasan yang fakta dikeluarkan blog sekian sekian salah, so apa akibatnya???


Bagi aku yang juga merupakan pembaca blog, sebelum pasti kita ambil fakta dari sesebuah blog itu, carilah dahulu sumber yang lain..bandingkan agar kita mendapat fakta yang tepat dan jitu, jangan hanya mengharapkan satu sumber...dan juga sebagai penulis blog aku memohon kalau ada di antara penulisan aku yang terkurang agar memaklumkan kepada aku agar aku dapat memperbaikinya agar tidak mendatangkan bahaya kepada pembaca blog....


Bekenaan kali terakhir ku membeli sepasang jeans Levi's® 
Kongsi pengalaman menulis blog dengan rakan ada tanpa had sekarang
Jadilah penulis blog yang menulis inspirasinya disini

3 Kata:

yup2..
ada benarnyew ckp awk tue..
apa2 pun semua benda dlam dunia ni ada risiko tersendiri..
ada good effects and bad effects..


http://nurainishahroni.blogspot.com

Bila dah jadi blogger, 24 jam terfikir pasal blog, bila tak update dalam sehari rasa mcm berbulan tak update. Itu yang kadang2 keluar entry yg mengarut2 tu. Pada aku, penulis blog patut pandai pilih topik untuk update. Kalau Fakta baik elakkan, jika sudah buat kajian dan yakin bahawa itu benar barulah update. Kalau tidak risiko itu tinggi, lagi2 menanggung dosa sebab menyebarkan maklumat yang salah

betol sy stuju..kdg2 sampai xde idea sgt..dowg start nk putar belitkan fakta..kdg2 nk kejar traffik hal dalm kelbu nk ceta.hmmm

 
Web Analytics