Home » » Aku sudah berlari, kau mula bertongkat

Aku sudah berlari, kau mula bertongkat

Aku nyh tak boleh tengok blog kalau ada entry pasal aku, lagi-lagi mention aku dalam entry tuh macam si beruang nyh buat dalam entry ini dan seperti biasa entry ini aku dedikasikan kepada dia dan diharap menjadi pengajaran kepada semua yang membaca..

Mesti korang sudah familiar dengan pepatah yang berbunyi " kau baru bertatih aku sudah berlari" tapi kalau pepatah ini " aku sudah berlari, kau mula bertongkat " macam mana pulak?? ok aku gunakan pepatah ini untuk menyokong  si beruang  tuh dalam entrynya...
Yeah kita tak selamanya diatas dan orang lain tak selamanya dibawah seperti roda, kejap atas kejap bawah..namun boleh saja kalau kita nak selamanya diatas tapi kenalah berusaha dan bertawakal sebab setiap orang mahukan yang diatas...

Sebagai contoh yang sama dalam entry si beruang itu blog aku, yeah si beruang ini mulakan blog dahulu dari aku, lagi lama dari aku dan sewaktu zaman berlari atau zaman kegemilangan dia, dialah yang banyak membantu aku dalam berblog ini, kau perlu buat itu, kau buat ini, maklumlah benda biasa bila kita baru pertama kali bangunkan blog, banyak ilmu yang diperolehi, situasi ini samalah macam pepatah "aku baru bertatih, si beruang ini sudah berlari" tapi sekarang bukannya nak cakap aku lebih atau tidak tapi disebabkan naknya aku berlari aku mula berjalan dan siberuang ini disebabkan malas dia berjalan so sekarang dia mula bertongkat...

Itulah orang kata kita tak selamanya berada di tempat kita berada sekarang, dan sewaktu senang inilah kita harus menghargai orang sekeliling agar sewaktu kita susah ada yang mahu memandang kita....manusia ini memang saling memerlukan, bukan semua benda kita boleh lakukan seorang diri, hari ini mungkin hari kita senang, mana tahu hari esok hari kita susah..

Jadi siapkan bekalan, tolonglah sesiapa yang memerlukan bantuan jangan amalkan sikap riak dan sombong, tapi yang penting kalau kita mahu sentiasa berlari, selalulah berjalan jangan malas kelak kau akan bertongkat...

Entry kali ini agak berkias namun harap korang faham, senang cerita point aku disini hargailah orang sekeliling, jangan terlalu yakin kita akan berada di tempat yang selasa untuk selamanya....

0 Kata:

 
Web Analytics