KRONOLOGI BLOG

Tiada kata seindah bahasa, Tiada blog seindah Kronologi, blog yang diterajui oleh seorang remaja lelaki yang banyak ceritanya tetapi masih gagal dalam bab penyampaian cerita. Satu sahaja peganganku, " Kalau tiada rupa, tiada wang hanya ilmu sahaja yang membolehkan kita berdiri tanpa merasa kecil walau dimana jua. " maka kutiplah ilmu walaupun didalam blog ini..

Download filem Istanbul Aku Datang (2012) DVDRip Avi & Mkv

Akhirnya sudah keluar filem Istanbul Aku Datang (2012) untuk di download, nak tahu dimana boleh download filem Istanbul Aku Datang ini? baca entry aku sampai habis..pertama sekali dengar luahan hati aku..haha


Setelah seharian berpeluh dan pening kepala menyelesaikan error pada sistem yang sedang aku bangunkan yang akhirnya selesai jugak pada petang ini, alhamdulillah berkat kesabaran menghadap coding ini semua rasanya..
Dan seperti tajuk entry aku ini, Download filem Istanbul Aku Datang (2012) DVDRip Avi & Mkv, yeah sudah keluar untuk didownload, nak tahu kat mana boleh download? carilah sendiri..haha..

Selfish kan..kah kah.. ada aku kisah...

Sinopsis filem Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.


Bla, bla dan bla..nak sambung baca boleh ke sini: Sinopsis Istanbul Aku Datang...

Dan untuk korang yang sangat serius belum tengok dan ada rasa dihati mahu download filem ini bolehlah ke DDMF, dan cari disana :)


Tak jumpa?

Tanya aku dan aku akan bagi link itu :)

Sebelum download ketahui cara macam mana dan tips sebelum download filem disini: Cara download filem 

Yang berkaitan:








Lelaki bujang ke pasar


Walaupun hidup satu rumah dipenuhi lelaki-lelaki bujang tanpa seorang pun manusia bergelar kaum hawa jadi tugas memasak dan membeli perkakas dan juga membeli barang dapur terlelak ke atas bahu kami kaum lelaki..kalau malas nak pergi berlapar lah jawabnya..

Namun jangan ingat lelaki bujang tak pandai ke pasar, pandai sebenarnya tetapi selalunya sengaja melepaskan tanggungjawab itu kepada kaum hawa..
Nampak gambar ini?

Amacam?

Banyak bukan, yeah ingat lelaki bujang ini kalau ke pasar nak beli beras dengan telur saja ka, semua ada dah macam keluarga dah ini...sedikit sebanyak masa hidup bujang ini aku dah banyak belajar macam mana nak memasak, membeli barang dan ke pasar, memotong sayur, basuh ayam ikan semua so nanti bila bergelar suami tidaklah kekok sangat..

Bertuah sebenarnya siapa yang dapat aku...

Kah kah...

Blog bukan tempat cari rujukan


Sebelum aku teruskan, aku rasa ada yang tertinggal di tajuk entry aku kali ini, tajuk untuk entry ini yang sepatutnya adalah"
Bukan semua blog tempat cari rujukan
Lebih kena bukan? Tak adil rasanya kalau aku cakap semua blog bukan tempat rujukan, kerana ada sahaja beberapa blog yang banyak  mengeluarkan fakta yang sahih lagi benar, ada juga blog yang berkongsi dari apa yang mereka dapat contohnya blog seorang cikgu, bukankah itu tempat yang bagus untuk mencari rujukan tapi bergantung jugaklah kepada apa yang mereka kongsikan...
Blog atau lebih senang kita panggil sebagai laman sosial yang berdasarkan penulisan amatlah sangat dan sangat berbeza dari tempat rujukan yang boleh kita rujuk contohnya buku tak kira buku-buku tebal ataupun nipis, blog ini merupakan tempat untuk orang ramai tak kira dari mana korang datang untuk berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman tanpa ditapis oleh pihak-pihak tertentu jadi kesahihan dan kebenaran sesuatu cerita itu hanya boleh ditentukan oleh si penulisnya sahaja...
Blog merupakan tempat dimana orang memberi pandangan, menceritakan kisah dan berkongsi pengalaman berbanding buku yang banyak berkisarkan fakta, fakta, fakta dan fakta...
Bagi tempat rujukan, buku contohnya...sebelum sesebuah buku itu diterbitkan akan ada panel khas yang akan menapis dan tapis isi-isi dalam itu supaya kebenaran isi dalam buku itu tidak dapat disangkal, so buku ini memang menjadi tempat yang tepat untuk kita buat tempat rujukan...
Menjadikan blog ini sebagai sebuah medium rujukan adalah salah satu pilihan terburuk pernah seseorang buat...
Dari pandangan aku sebentar tadi kita boleh lihat yang berbezanya blog dan buku, oleh itu untuk buat sesetangah blog sebagai tempat rujukan adalah tidak bagus sebenarnya, pilihan yang kurang tepat untuk tempat rujukan...

Lagipun blog ini lebih banyak berkisarkan percakapan si penulis dari fakta, yang mana fakta banyak didapati di buku dan kurangnya percakapan, sebagai contoh dalam entry ini..berapa banyak fakta yang korang boleh ambil?? Bukankah lebih banyak percakapan kosong aku ini...

Aku rasa cukup setakat ini, percakapan yang banyak ini aku rasa sudah memadai untuk korang faham apa yang aku ingin sampaikan, aku rasa korang juga sependapat dengan aku bukan...tapi apa yang aku perasan sekarang sudah banyak blog yang meninggalkan penulisan yang kosong dan beralih kepada penulisan yang lebih bermakna dan berisi...

Penangan durian crepe


Kalau dalam entry sebelum ini aku dah tulis berkenaan Durian Crepe yang terhangat iaitu berkenaan keyword Durian Crepe yang melambung naik dalam waktu yang singkat, dan sebab itu juga aku terpanggil untuk keluarkan entry Durian Crepe Terhangat ini...
Dan hari ini selepas aku tengok statistik keyword blog aku untuk hari ini ya, keyword Durian Crepe memang antara yang terhangat, rasanya baru dua hari yang lepas aku keluarkan entry itu tapi ramai pula yang datang atas keyword Durian Crepe ini, macam gambar bawah ini..

Tapi sayang sampai sekarang aku masih belum berkesempatan nak merasa Durian Crepe ini, entah bilalah dapat peluang nak rasa..mungkin ada orang nak bagi?? * blink * blink


GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran, sambil merehatkan perut yang baru lepas disumbat nasi aku join giveaway dari Buasir Otak ini, giveaway yang mudah macam nyh memang aku tak fikir panjang nak join, syarat mudah buatkan aku cepat saja createkan new post...
Nway entry yang paling aku suka sepanjang aku jadi pengikut blog ini adalah entry Evolusi Seorang Blogger di Link Ini...

Entri Kegemaran: http://buasirotak.blogspot.com/2012/11/evolusi-seorang-blogger.html 

Kenapa aku memilih entry ini?

Sebabkan aku nyh seorang blogger dan entry pasal blogger memang aku wajib follow dan dalam entry tuh ada dinyatakan tahap-tahap bila kita bergelar blogger, memang aku bersetuju dengan isi entry itu sebab aku sebagai blogger memang dah lalui satu ke dua tahap, tak sampai tahap top lagi sebab blog aku masih tak cukup nak diisytiharkan selamat....

Dari tahap pertama yang letak layout basic sampailah ke tahap yang terakhir bila rasanya blog itu patut diberi kepada orang lain atau dikuburkan begitu sahaja...

Itu jela yang boleh aku ceritakan, kalau lebih jadi entry lain pulak..dan bila disuruh pilih entry kegemaran sebenarnya aku tak tahu mana satu entry yang aku nak pilih sebab semua entry memang menarik minat aku membaca, tapi setiap yang terbaik mesti ada yang terbaik kan jadi finally aku pilih entry Evolusi Seorang Bloggger...

Dunia yang luas dan sempit

Dunia yang luas dan sempit, yang luas untuk mereka yang rajin dan yang sempit untuk mereka yang pemalas...

Tak banyak yang aku lakukan sementara tunggu waktu tengahari untuk keluarkan entry yang aku karang seminggu lepas, dari statistik blog, ramai pembaca akan singgah pada waktu tengahari, jadi gunakan kelebihan itu...jadi entry pendek yang aku karangkan ini hanya sebagai peringatan kepada aku dan kita semua...
Berputarnya kipas yang tidak berhenti selagi tidak dihentikan samalah seperti putaran hidup kita, lagi kuat speed lagi kuat ia berputar...begitu juga kehidupan kita lagi kuat kita usahakan kehidupan kita lagi tenang dan bermakna akan kita rasai kehidupan kita...

Kehidupan akan sentiasa berputar, tidak akan menanti kita untuk bergerak bersama..walaupun kehidupan ini sentiasa berputar ianya tetap punyai ruang yang cukup untuk kita, kasihankan diri kita..
Kasihankan diri kita dahulu sebelum kasihankan diri orang lain
Warnailah kehidupan kita dengan warna-warna yang indah dan cat yang menarik agar setiap inci kehidupan kita nampak lebih bermakna...disamping bergerak bersama kehidupan yang tetap berputar ini janganlah kita berhenti ditengah jalan atas sebab yang tidak munasabah, jangan buat pilihan yang tidak betul, pilihlah yang benar semasa menempuh liku-liku hidup ini tapi ingat bahawa putaran hidup kita tak pernah dan tak akan menunggu kita untuk membuat pilihan yang tetap...

Kita kena pantas dan pandai dalam membuat keputusan, dunia yang luas ini hendaklah kita penuhi dengan benda yang bermakna, jangan anggap dunia ini sempit sebab hanya orang yang pemalas dan tiada tujuan hidup merasa dunia ini sempit...

Dan jangan sedih setiap kali kegagalan, ingatlah pepatah yang aku susun sendiri di bawah ini:
Setiap kali hujan akan keluar cahaya iaitu pelangi untuk mewarnai hidup kita...

Rasa dan ketahui kehebatan Durian Crepe Yang Terhangat sekarang ini..







Terima kasih buat Mama Syareena

Waktu tengahari yang dipenuhi hanya didepan desktop tanpa turun ke cafe amatlah sunyi terasa, bukan sengaja mahu menahan lapar tapi dihari isnin dan dibulan Muharam ini adalah berkat kalau kita..ehem-ehem...:)
Nway bukan itu yang aku cuba sampaikan tetapi apa yang aku cuba sampaikan adalah tanda terima kasih kepada Mama Syareena, apa dan mengapa tengok sahaja diblognya...

Aku rasa Mama Syareena yang mempunyai tiga orang cahaya mata ini adalah seorang guru, itu cuma andaian aku kerana di sidebarnya ada pengkalan data murid, mana ada blogger yang bukan seorang guru nak letakkan benda itu kan kan kan...

                                                 asyareena
                                            
Itu sahajalah yang ingin aku kongsikan dan kepada Mama Syareena, kalau baca entry ini sampaikan salam saya kepada ketiga-tiga cahaya mata yang comel itu :)

Terima kasih atas bloglist itu, perasan pun dari statistik blog :)

Durian crepe terhangat


Durian Crepe, mungkin disebabkan pameran antarabangsa MAHA yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini, Durian Crepe ini menjadi kegilaan ramai, mungkin hasilnya yang datang dari raja buah iaitu durian, Durian Crepe ini mempunya rasa yang menyelerakan sehingga ramai yang mencari Durian Crepe ini di internet...
Entry kali ini bukannya aku nak berkongsi cara membuat Durian Crepe ini atau resepi Durian Crepe ini tetapi nak berkongsi bahawa Durian Crepe ini telah menjadi salah satu top keyword google untuk minggu ini seperti gambar dibawah ini..

Ini gambar  top keyword google untuk semalam, Durian Crepe ini menduduki tangga ke 9 dari 10 top keyword google tetapi cuba lihat top keyword google  untuk hari ini pulak...
Durian crepe ini telah meningkat naik sehingga ke tangga 6 top keyword google , ramai sungguh yang mencari Durian Crepe ini, mungkin terlalu sedap dek kerana resepi Durian Crepe ini yang datangnya dari raja buah iaitu Durian...

Tapi kosong rasanya entry ini kalau tidak disertakan dengan cara membuat dan resepi Durian Crepe ini, jadi dibawah ini adalah link-link yang kornag boleh tengok untuk cara membuat dan resepi Durian Crepe...

Cara Buat Durian Crepe dari Penbiru

Durian Crepe dari Karangkraf

Resepi Durian Crepe dari Kongsi Resepi

Itu sahajalah yang boleh aku kongsikan berkenaan Durian Crepe ini, kalau yang sudah merasanya apa kata kongsikan untuk semua mengetahui rasa Durian Crepe ini...

p/s: Sepatutnya aku perlu pergi ke SACC pagi ini untuk persidangan open source software tapi akibat bangun lewat...hurmmmm






Jangan terburu-buru update blog


Aku dah pernah update pasal Bahaya Seorang Pembaca Blog dek kerana penulisan seorang blogger, penulisan yang tiada mempunyai asas yang kukuh, penulisan yang tidak berdasarkan bukti yang kukuh akhirnya menyebabkan si pembaca mempercayai dan memegang kata-kata si blogger yang belum pasti benarnya...
Kali ini aku bukan hanya nak berkongsi tetapi juga mengingatkan diri aku sendiri yang juga merupakan blogger dan teman blogger aku diluar sana...
Jangan terburu-buru mahu update blog setiap hari

Bukan nak menghalang atau menyekat hak kebebasan bersuara tapi bagi aku bila kita ada perasaan terburu-buru, perasaan teruja mahu keluarkan cerita di blog dan tiada idea, itulah kadang-kadang sesetengah blog termasuk aku mengeluarkan entry-entry yang kalau korang baca pun boleh tahu yang itu semua mengarut...

Bila kali terakhir korang membeli sepasang jeans dari Levi's®?  

Kalau korang sememangnya seorang penulis, itu oklah, idea bak air paip yang tak pernah putus kecuali korang tak bayar bil air...tapi bagi blogger macam aku nak keluarkan satu entry memerlukan sekurang-kurangnya dua hari satu malam untuk memastikan entry yang dikeluarkan benar-benar mencapai tahap yang kita inginkan...

Kadang-kadang kita sendiri boleh rasa yang entry yang kita hasilkan tak patut pun terbit tetapi sebab rasa gelisah tak update blog maka tekan juga butang publish untuk entry itu..

Online Karaoke game! Bagaimana ia berjalan?? 

Lagi-lagi entry yang berbentuk pandangan macam entry ini, aku hasilkan selepas beberapa kali aku draftkan..tapi kalau entry sekadar berkongsi berita aku rasa kejap je masa nak diperlukan untuk siapkan entry itu, aku juga pernah buat bola hampir dua tiga hari tiada idea nak update blog so aku end up dengan keluarkan entry berbentuk berita...
Nak update blog, Nak update blog, Nak update blog...
Bila dah jadi blogger ini, memang 24 jam fikirkan pasal blog je lagi-lagi ditahun pertama kita menjadi blogger, itulah yang kadang-kadang bila dah sehari tak update blog mulalah rasa terburu-buru nak keluarkan entry tapi tiada idea yang mencukupi dan pada masa itulah keluarnya entry-entry mengarut yang kalau korang baca tahun hadapan korang rasa nak delete...

Filem paling menyayat hati... Jom tengok 29 November ni di pawagam berdekatan!! 

Akhir kata, sebagai blogger kita kena pandai pilih topik dan kaitkan dengan idea yang kita ada untuk keluarkan entry di blog kita, kalau mahu keluarkan entry berbentuk fakta, kajilah dahulu kesahihannya supaya tak memudaratkan si pembaca...kalau dah yakin benar dan sahih barulah dengan yakin kita publish entry itu dan kalau entry berbentuk pandangan, tak kisahlah apa yang kita tulis janji ia tak memalukan kita dan tak memalukan orang lain...
Buatlah kajian dahulu kalau tidak risiko kita menyebarkan maklumat yang salah adalah tinggi..
Ini sajalah yang mampu aku coretkan untuk pagi yang hampir tengahari di hari ahad ini, salah silap maafkan..sama-samalah kita memajukan plalform blogspot ini....

Lebih baik menulis dari bercakap


Assalamualaikum

Seriously aku ini bukan jenis yang suka menceritakan perasaan atau masalah aku kepada orang lain mahupun teman rapat, entah kenapa..aku rasa benda personal macam ini kadang-kadang adalah lebih baik kita simpan sendiri kerana pemahaman orang lain mungkin tak sama dengan pemahaman kita...
Tapi ada saja cerita yang aku kongsikan dengan kawan-kawan aku dan juga teman yang dikatakan rapat, tapi semua cerita yang aku ceritakan aku rasa memang tak menjejaskan aku dan aku rasa tiada apa kesan yang buruk kalau aku ceritakan...
Tak semua boleh mendengar masalah kita tapi ramai yang membaca masalah orang lain
Tapi mostly cerita dan perasaan yang aku tanggung semuanya aku simpan sendiri dan ada juga yang aku ceritakan di sendiri kerana aku rasa dengan menulis aku dapat meluahkan semuanya dan kadang-kadang penerimaan orang lain lebih senang melalui penulisan dari percakapan...

Aku jenis orang yang suka sampaikan dan ceritakan masalah atau perasaan aku melalui penulisan dari bercakap face to face dengan orang...melalui penulisan aku rasa penceritaan aku lagi senang, tanpa gangguan, boleh menulis semuanya tanpa tersekat-sekat melainkan aku malas nak teruskan penulisan...
Siapa yang boleh menghalang penulisan kita tapi kalau percakapan ramai yang boleh hentikan
Cuba bayangkan kalau kita bercerita masalah kita kepada orang, mungkin kita perlu bercerita sambil menjawab persoalanya, mungkin cerita kita tak sepenuhnya habis bila ada yang menganggu, mungkin kawan yang kita ceritakan itu tidak selesa dengan masalah kita...jadi? akhirnya kita rasa serba salah dan menyesal, mungkin kebanyakannya tak macam ini tapi kadang-kadanglah kan..
Ramai yang tahu kisah aku dengan membaca bukan dengan mendengar
So bagi aku dengan menulis, aku mampu menceritakan segalanya tanpa gangguan, tanpa perlu merasa serba salah dan mampu menceritakan semuanya secara ikhlas, wahh...

Akhir kata dengan menulis aku dapat rasakan pemahaman orang lain untuk kisah aku lebih tinggi dari aku ceritakan, tapi untuk memahami sesuatu kisah aku yang aku tulis ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana aku bukannya penulis..jadi bersabar dan terus memahami...

Sudah berakhir Hari Asyura hari ini, untuk yang berpuasa hari ini...Alhamdulillah :)

Tutorial : Letak Widget Instagram di Blog

Pagi yang hampir tengahari ini aku nak berkongsi cara letak widget Instagram di blog, rugi rasanya kalau tak letak widget Instgram ini kan, apa guna gambar yang banyak jika tidak dikongsi...tutorial : Letak Widget Instagram di Blog...
Macam yang bawah ini, widget yang korang boleh tengok di sidebar aku, 

Follow @betoferdaus

Tutorial : Letak Widget Instagram di Blog
Benda pertama yang korang perlu buat adalah daftar dulu Followgram di http://followgram.me/. korang boleh sign in menggunakan akauan instagram...

Untuk Template Designer :
1. blogger > Layout > Add A gadget > HTML/JavaScript
2. Copy codes bawah ini 
3. Ubah id_instagram dengan id akaun korang
4.Paste di ruangan HTML/JavaScript
5. Save

Classic Template :
1. blogger > template
2. Cari ruangan yang sesuai untuk letakkan widget ini.
3. Ubah id_instagram dengan id akaun korang
4. Save
<center><iframe src="http://widget.stagram.com/in/id_instagram?s=100&w=2&h=2&b=1&p=5" allowtransparency="true" frameborder="0" scrolling="no" style="border:none;overflow:hidden;width:230px; height: 227px" ></iframe>
<center><a class="followgrambutton" username="id_instagram" rel="232149750" href="http://followgram.me/id_instagram">Follow @id_instagram</a><script type="text/javascript" src="http://external.followgram.me/v1/follow/js/"></script></center></center>

Benda yang mudah, tapi kalau masih ada kemusykilan bolehlah tanya aku di twitter @betoferdaus, sepanjang masa :) 

Aku tak percaya kepada multi-tasking

Aku tak percaya kepada multi-tasking, seriously aku tak percaya kepada kebolehan kita especially aku sendiri melakukan banyak kerja dalam satu masa, aku tak percaya sambil study kita mampu untuk ber-fb atau be-twitter...
Aku kaitkan study and online sebab aku dah pernah laluinya, mungkin masa aku sekolah dulu tak wujud masalah macam ini sebab zaman aku bersekolah belum lagi tiba zaman teknologi Twitter dan Facebook ini yang adapun Myspace dan Friendster tapi masa itu minat tak tumbuh lagi, masih mengunakan telefon atau direct dalam perhubungan sesama rakan...

Tapi sejak bergelar pelajar universiti ini semua mengangguku, bukan nak kata banyak keburukan tapi bila kata kita mampu online sambil study? tanya diri sendiri? adakah 100% kerja kita mampu kita tumpukan pada kedua-dua kerja, entah bagi orang macam aku ini multi-tasking bila melibatkan study memang takkan wujud tapi multi-tasking blog dan facebook mungkin terjadi...
Yeah ada bermacam-macam orang, ada yang genius kena study sambil layan muzik, aku ada jumpa orang macam itu, but biasalah semua orang tak sama, aku ini jenis yang kalau study perlu 100% dengan buku tanpa wujud sebarang gangguan, kadang-kadang study group aku rasa banyak membuang masa, aku kena study dulu, finish all the chapter baru aku boleh go on dengan study group...

Pagi ini aku comes out dengan entry ini sebab sampai sekarang aku tak mampu nak siapakan sistem yang guna bahasa php sebab banyak sangat online..woahhhh

Berdakwah melalui gambar

Sebagai khalifah didunia ini ada pelbagai bahkan berjuta cara untuk kita berdakwah, mengajak manusia kembali ke jalan yang benar, cara berdakwa di tempat yang baik seperti di masjid, di mushala sudah sebati dengan kita tetapi dengan teknologi terkini, cara melakukan dakwah semakin terbuka lebar dengan kewujudan internet ini...
Aku yang patut memberinya segala
Salah satu cara untuk berdakwah menggunakan internet ini ialah dengan blog, seperti blog-blog islam contohnya , dan cara paling senang ialah dengan media gambar, setiap gambar memiliki seribu kelebihan berbanding menyampaikan sesuatu pekara baik hanya dengan suara atau kata-kata...


Seperti kawan aku ini, dia ada mewujudkan sebuah page di facebook yang mengumpulkan pelbagai gambar-gambar islamik yang di edit olehnya sendiri, dakwah dan ingatan yang ingin diberikannya semuanya ada di dalam gambar itu, senang kata gambar yang dia keluarkan menggambarkan semua dakwahnya...
Setiap gambar ada dakwah yang tersendiri hanya tunggu kita bongkarkannya
Dengan gambar yang digunakan untuk menyampaikan dakwahnya, isi dan tujuan dakwahnya akan jadi lebih ringkas dan padat, selain gambar yang dihasilkan mampu menarik minat orang yang membaca, bukankah otak kita ini lebih meminati benda yang menarik dan sebab itulah kadang-kadang dakwah menggunakan gambar ini lebih efisien jika dibandingkan dengan cara lisan...

Namun semua cara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing bukan....

Layari dan lawatilah koleksi gambar islamiknya di page ini: Aku yang patut memberinya segala
Tiada apa yang dapat pisahkan kita dengan buddyz

Semoga dakwah yang disampaikannya dimanfaatkan oleh kita semua..

Luahan hati seorang lelaki

Sejak peristiwa Israel menyerang Palestin awal tahun baru ini, dan ramai yang menyebarkan kekejaman tentera Israel, tentera yahudi yang menjadikan orang islam di Palestin tidak serupa orang, menyerang mereka tanpa belas kasihan...ia mengejutkan aku dari lamunan aku selama ini, lamunan yang membuatkan aku sendiri selesa ditempat sendiri...
Memang kalau tengokkan facebook aku dan twitter aku, kurang aku post pasal keganasan terhadap Palestin, kurang tweet aku menggunakan hashtag #Pray4Gaza tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..

Aku rasa tanpa post semua itu pun sudah mengambarkan kebimbangan aku,  aku tengok kanak-kanak yang menjadi mangsa buat aku kasihankan mereka, aku sedih dengan apa yang terjadi tapi kalau difikirkan balik...
"Adakah patut aku kasihankan mereka"

Mereka sudah dijanjikan syurga, InsyaAllah..tapi aku ini, yea..aku patut kasihankan diri aku sendiri, syurga belum tentu lagi buat aku...tersentak hati aku kalau fikirkan benda ini, diri sendiri yang lebih patut aku kasihankan...

Tapi setiap kalai benda ini terjadi, baru terasa begini, baru terbangun dari lena, setiap keganasan terhadap negara islam baru kita bangun melawan, baru kita bangun boikot sana, lawan situ padahal sepatutnya setiap masa perlu kita lakukan semua itu...

Tapi itulah, manusia ini mudah lupa terutamanya aku...

Kita boikot itu ini, kita hulurkan sumbangan, kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka namun kasihankanlah diri kita sendiri lebih dari kasihankan mereka..

Moga dengan kasihankan diri kita, kita dapat ubah diri kita menjadi seorang muslim yang berjaya, yang mengejar syurgaNya yang hakiki...

Remaja sekarang

Remaja sekarang makin liar,
Kebanyakan mereka tidak lagi hormat pada yang tua,

Aku pun remaja....
Remaja fikir mereka sudah pandai...
Sudah matang...

Betul kah????
Walaupun tua nampak bodoh tapi mereka dah matang...
dah masak sangat dengan dunia..

Kita remaja baru belajar..
Jangan berlagak pandai..
Jangan berlagak berani...
Jangan sombong...
Sia² saja semua itu....

Kita harus belajar dari mereka yang tua perihal hidup....
Hidup ini unik..
Jangan di sia² dengan gejala sosial...

Yang tua kita hormati...
Yang muda kita sayangi.....

*Moga adik dalam gambar diatas yang tiada kena mengena dengan entry ini menjalani cabaran sebagai seorang remaja dengan tenang dan berjaya...

Dikopi campur susu sepenuhnya di Keunikan Hidup

Di hari terakhir

Hari terakhir di tahun ini dimulakan dengan tenang, langit cerah walaupun semalam hujan, di pagi terakhir ini hanya kesejukan yang menyelimuti kami...

Walaupun berat kepala nak harungi hari ini tapi disebabkan semangat di akhir tahun, semua rintangan diharungi dengan perasaan yang ikhlas...


Buat semua umat islam, selamat tahun baru...


Mood: Menunggu cuti lagi esok...Selamat menyambut Maal Hijarah 1434H...

Kawan dan gurau kasar

Kita semua ada seorang eh mungkin ramai kawan yang suka bergurau kasar dengan kita, yang kadang-kadang boleh menyakitkan hati kita, but kawan yang itulah selalunya menjadi rapat dengan kita, tapi memang dibuktikan yang bukan semua kawan yang kita boleh terima bila dia bergurau kasar dengan kita...
Kawan yang kita sudah lama kenal, memang dah rapat rasanya bergurau kasar itu hanyalah benda biasa, dan kadang-kadang dengan bergurau kasar itulah yang dapat merapatkan kita tapi sekali lagi aku ulang, bukan dengan semua orang kita boleh bergurau kasar...

Kalau nak bergurau kasar ini kita kena tengok tempat dan keadaan dan kepada siapa yang kita nak bergurau kasar ini, kalau dengan kawan lama mungkin ok, tiada masalah nak bergurau kasar tapi dengan orang yang baru kita kenal ataupun belum cukup rapat dengan kita aku rasa bergurau kasar bukan caranya, malah boleh merosakkan persahabatan dan tak akan merapatkan persahabatan itu...

Tapi kalau dengan orang yang memang dah kenal kita, memang dah rapat dengan kita gurau kasar itu mampu rasanya merapatkan kita, biasalah dengan orang yang kita rapat ini kekadang bergurau kasar kita tak terlalu ambil hati sangat, dengar dan lupakan mungkin sebab dah selalu dengar tapi kalau dengan orang yang tak rapat, pedih dia lain macam...

Bagi aku, aku hanya mampu bergurau kasar dengan orang yang aku rasa mampu menerimanya dengan terbuka, kalau orang yang aku tak kenal memang jarang aku bergurau kasar sebab itu aku lebih nampak macam anti-sosial atau lebih banyak berdiam...

Bagi aku bergurau kasar ini bukan boleh dibuat kepada semua dan sebelum bergurau itu pastikan orang yang kita nak bergurau itu mampu terima dengan hari yang terbuka....

Namun jangan terlalu selalu sangat bergurau kasar kerana setiap manusia punya perasaan dan walaupun sudah biasa dengan gurau kasar korang kadang-kadang kata-katamu juga mampu menyakitkan hati..

Lelaki dan Twitter

Apalah ada di Twitter, apalah sangat yang kau dapat di Twitter ini, apalah beria sangat sampai berejam lepak di twitter...

Bagi aku, mudah...


Aku ini jenis yang banyak luahkan perasaan, pandangan dan pengalaman aku di laman sosial bukan sebab aku forever alone tapi bagi aku kadang-kadang masalah itu kita tak boleh nak jelaskan secara terus kepada orang dan lagi satu kalau masalah kau terlampau remeh bukankah itu satu masalah kepada orang yang mendengar masalah kau, timbul lagi satu masalah dari masalah...


So untuk aku meluahkan, menceritakan segalanya, aku rasa di facebook memanglah bukan tempat yang betul kerana facebook dah terlampau mengarut...

Di blog?? Bagi aku kalau di blog aku lebih selesa menceritakan dalam penulisan yang panjang, kalau nak luahkan satu dua baris kata, blog memang bukan tempat yang sesuai...


Di Twitter!


Yeah, bagi aku twitter tempat yang bagus dan sesuai walaupun hanya mampu mencoret 140 huruf dalam satu tweet tapi dengan setiap tweet aku disitu aku rasa puas, dengan follower yang kadang-kadang memahami kita aku rasa lebih dihargai di twitter, di twitter aku rasa lebih rapat dengan follower dan following aku...


Jadi mereka yang ingin baca luahan perasaan dan mendengar pandangan aku bolehlah follow akaun twitter ini @betoferdaus...rugi rasanya kalau ada twitter tapi tak follow aku, jom kita meramai dan merapatkan ukhuwah kita tapi kalau masih tidak ada twitter...


Better jangan buat..kenapa? next entry :)

Restoran & Katering Arham, Desa Pinggiran

Lunch hari ini memang berlainan dari lunch-lunch sebelum ini, selalunya aku lebih prefer cafe bawah ini, senang..dah makan boleh solat pastu terus berehat di bilik tapi hari ini ada seorang kawan aku ajak ke satu tempat di Desa Pinggiran Putra iaitu Restoran Arham, ada yang mahu belanja apa salahnya ikut kan...
Sampai sahaja orang dah ramai, apa lagi order air rehat dahulu sambil hilangkan penat...
Nway sorry for this picture, aku tak sempat nak snap sebelum aku makan, nyh pun teringat selepas makan, maybe lapar sangat rasanya..lunch aku hari ini nasi berlaukan telur dan ikan keli sambil dihidangkan milo ais..
Untuk rakan di twitter aku @betoferdaus, pasti nampak check in aku di Foursquare, itupun kalau perasan....
Dan ini sebelum pulang, sejukkan perut dengan ais kacang...

Overall untuk kedai ini oklah, tak macam kedai lain, pakaian seragam memang cun dan harga makanan di kedai ini agak berpatutan, lunch aku harini just RM5.30, kalau nak ikutkan standard pada masa sekarang, harga agak berpatutan dan patutlah kedai ini dianugerahkan sebagai kedai harga patut yang aku nampak digantung didinding kedai....

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke facebook nya: ARHAM CATERING AND RESTAURANT

Eh..aku tak sure betul ke tak itu facebooknya tapi kalau ikut nama dan alamat memang betul...

Selamat menjamu selera :)

Blogwalking terbesar

Perut kata kenyang, mata kata pejam, kepala terhangguk-hangguk, semua ini petanda-petanda bahawa aku perlu tidurkan diri sebelum semua kerja tak jadi tapi sebelum aku lelapkan mata aku sertai satu segmen, dah lama rasanya tidak bersegmen aku ini, bukan apa dengan segmen ini sajalah dapar merapatkan seorang blogger dan blogger yang lain..klise kan ayat?
Kalau nak join dan lihat apa yang mampu korang miliki dengan segmen ini bolehlah klik gambar atas ini tapi kalau korang tak yakin klik sahaja link ini: Segmen: Grand Blogwalking , rasa tak yakin lagi? berat nananglah tuh...

Ada duit $$...Ada shawl, gila kau...Ada celak arab bagai, fuh rugi kalau korang tak ikut aku

Sudahlah aku dah penat nak menulis, idea tiada, perut dah sangat kenyang, syaitan pun dah loncat-loncat atas mata aku nyh, nway join la kalau berminat, jom la jom la:)

Aku sudah berlari, kau mula bertongkat

Aku nyh tak boleh tengok blog kalau ada entry pasal aku, lagi-lagi mention aku dalam entry tuh macam si beruang nyh buat dalam entry ini dan seperti biasa entry ini aku dedikasikan kepada dia dan diharap menjadi pengajaran kepada semua yang membaca..

Mesti korang sudah familiar dengan pepatah yang berbunyi " kau baru bertatih aku sudah berlari" tapi kalau pepatah ini " aku sudah berlari, kau mula bertongkat " macam mana pulak?? ok aku gunakan pepatah ini untuk menyokong  si beruang  tuh dalam entrynya...
Yeah kita tak selamanya diatas dan orang lain tak selamanya dibawah seperti roda, kejap atas kejap bawah..namun boleh saja kalau kita nak selamanya diatas tapi kenalah berusaha dan bertawakal sebab setiap orang mahukan yang diatas...

Sebagai contoh yang sama dalam entry si beruang itu blog aku, yeah si beruang ini mulakan blog dahulu dari aku, lagi lama dari aku dan sewaktu zaman berlari atau zaman kegemilangan dia, dialah yang banyak membantu aku dalam berblog ini, kau perlu buat itu, kau buat ini, maklumlah benda biasa bila kita baru pertama kali bangunkan blog, banyak ilmu yang diperolehi, situasi ini samalah macam pepatah "aku baru bertatih, si beruang ini sudah berlari" tapi sekarang bukannya nak cakap aku lebih atau tidak tapi disebabkan naknya aku berlari aku mula berjalan dan siberuang ini disebabkan malas dia berjalan so sekarang dia mula bertongkat...

Itulah orang kata kita tak selamanya berada di tempat kita berada sekarang, dan sewaktu senang inilah kita harus menghargai orang sekeliling agar sewaktu kita susah ada yang mahu memandang kita....manusia ini memang saling memerlukan, bukan semua benda kita boleh lakukan seorang diri, hari ini mungkin hari kita senang, mana tahu hari esok hari kita susah..

Jadi siapkan bekalan, tolonglah sesiapa yang memerlukan bantuan jangan amalkan sikap riak dan sombong, tapi yang penting kalau kita mahu sentiasa berlari, selalulah berjalan jangan malas kelak kau akan bertongkat...

Entry kali ini agak berkias namun harap korang faham, senang cerita point aku disini hargailah orang sekeliling, jangan terlalu yakin kita akan berada di tempat yang selasa untuk selamanya....

Pujian bukan cara menghargai kebaikan

Pelbagai kisah dan cerita kita dengar mengenai kebaikan seorang manusia kepada manusia yang lain dan selalunya orang yang menerima kebaikan itu akan memberi pujian dan kata-kata indah kepada si pemberi kebaikan itu tapi adakah kita sedar bahawa dengan memberi pujian yang terlampau tinggi, pujian yang sedikit pun samalah akan menyebabkan si penerima kebaikan yakni si pemberi kebaikan akan berasa riak, berasa berlagak dan dirinya dijulang tinggi...
Tipulah kalau kata kita tak makan dek pujian, tak tembus dek peluru syaitan itu tak riak, tak bangga kalau ada pujian yang dihamburkan kepada kita, aku rasa sekecil-kecil pujian yang kita terima pun kita akan rasa bangga dan sedarkan dengan perasaan bangga itu akan mula timbul perasaan riak yang mana riak ini sepatutnya dihindarkan...

Oleh itu adakah kalau ada yang membuat kebaikan kepada kita, kita tak boleh nak menghamburkan pujian??

Bukan begitu tapi untuk elakkan si pemberi kebaikan ini merasa riak dalam diri adalah lebih elok kalau kita tukar cara menghargai kebaikan dia itu dengan cara yang lebih elok, dia dapat rasa dihargai dan pada waktu yang sama dia tidak merasa riak...

Bagaimana nak lakukan macam itu??

Senang sahaja! Hargai kebaikan itu dengan memberi hadiah, senang bukan...bukan rasuah tapi memberi hadiah kearah menghargai kebaikan itu, kalau korang tak mampu sangat nak memberi hadiah adalah senang dengan melemparkan senyuman kepada si pemberi kebaikan itu...

Dari kau memberi pujian yang melambung dan menyebabkan dia riak, walaupun baru mendapat pahala kerana kebaikannya tapi disebabkan pujian korang dan dia berasa riak oleh itu dapatlah dia dosa riak itu...

Bukankah korang sudah menghukum pemberi kebaikan itu dengan pujian korang...so kepada yang selalu memberi pujian kurangkanlah perbuatan itu dan kepada yang selalu menerima pujian, kurangkanlah berasa riak dan belajarlah merendah diri dalam segala hal...

Dan eloklah pujian korang itu korang beri kepada Yang Maha Esa, Pujian itu kan hak Allah dan hanya Allah sahaja yang layak dipuji...

Tips dan cara elak dari Kamera AES

Waktu pertama kamera AES ini wujud kemain ramai yang membangkangnya, orang yang dapat kesan negatif kemain menghamburkan kutukan, keluarkan segala keburukan dan lain pula kepada orang yang dapat kesan positif...mereka ini mengeluarkan fakta-fakta mereka bahawa cara kamera AES ini berjalan amat berkesan sekali mengurangkan kemalangan jalan raya...


Kebaikan atau keburukan kita hanya dapat tunggu sebulan atau setahun selepas pelaksanaannya selepas statistik kemalangan dikeluarkan tetapi kesan buruk kepada pengguna jalan raya telah ketara kita dapat lihat, dari statistik mengatakan hampir beribu sama sehari dikeluarkan oleh kamera AES ini di semenanjung Malaysia...
Oleh itu bagi pengguna jalan raya mereka dan aku sibuk mencari jalan untuk hindar dari terkena panahan kilat kamera ini tapi bagi logik akal fikiran kita tiada yang mampu menahan panahan flash kamera AES ini selain korang mematuhi had kelajuan jalan raya, kalau cakap nak pandu lagi laju atau gunakan aplikasi itu ini, aku rasa tidak akan menjadi...

Pengubahsuaian rumah dari pereka design yang terbaik

Apa guna kajian pemilik kamera AES ini kalau ada aplikasi sekecil di telefon pintar yang mampu menghalang kamera ini dari berfungsi, merepek bukan? tapi entahlah kalau rasa nak cuba bolehlah cuba aplikasi yang aku rasa korang pun faham...


Pakaian, terutamanya seluar dari jenama Levis

Aku sebenarnya malas nak berbicara tentang kamera AES ini sebab sampai sekarang aku belum terkena panahan flash AES ini tapi petang ini taku ternampak hashtag #TipsElakAES yang trending di twitter dan hampir 80% dari tweet disitu semuanya merepek belaka, tiada cara yang sahih yang mampu elak dari AES ini tapi aku kongsikan jua beberapa tweet yang  diharap mampu mengurangkan kekusutan berkenaan AES ini terutamanya yang sudah dua tiga sama sampai ke rumah...

Ini sahajalah yang aku ingin kongsikan dari aku tips yang paling berguna dan afdal untuk elak dari kamera AES ini ialah dengan mematuhi had laju di kesemua jalan di Malaysia ini dan pandulah dengan berhati-hati...lagi banyak tweet untuk #TipsElakAES di sini...

Dan ini mungkin dapat membantu anda yang sangat-sangat perlukan bantuan menangani kamera aes ini..

Tips elak speed trap oleh kamera AES dari azizulhakim91 dot blogspot dot com

Bahaya seorang pembaca blog

Inilah orang kata menulis untuk mencari idea, elakkan mencari idea untuk menulis macam entry aku sebelum ini: Aku Seorang Penulis Blog ...entahlah bagi aku kita kena menulis sesuatu yang terlintas difikiran kita untuk memancing idea kita untuk keluar, bukan kita nak menunggu idea kita ini untuk keluar baru kita nak olah idea itu...
Kalau aku tunggu saja idea aku untuk keluar memang tak terupdatelah blog aku ini tapi bukan itu sebab aku terbitkan entri ini, bukan sebab idea yang kurang aku terbit idea ini tapi aku terbit entri ini sebab waktu aku mula menulis idea untuk menulis entri ini telah keluar, idea sewaktu mendengar jawapan sang pelipur lara di sana..

Ok sudah waktu berkias dan berbelit...


Aku terbitkan entri ini lepas baca entry dari blog Keunikan Hidup yang mengeluarkan entri: Bahaya Seorang Penulis Blog...bukan tak bersetuju atau nak kata dia kutuk aku dalam entri itu tapi bagi aku yang lagi penting patut dikupas ialah bahaya seorang pembaca blog dari bahaya seorang penulis blog....  sebab apa aku kata begitu?


Kalau korang sudah baca isi entry ini semua menerangkan perlakuan penulis blog yang menulis dalam blognya yang boleh dikatakan menulis mengikut perasaan, menulis ikut suka hati, menulis ikut sedap bicara bukannya memastikan setiap yang dikeluarkan di dalam blognya itu sebenar-benarnya, sebetulnya, lebih-lebih lagi kalau buat entri berkenaan fakta, sebagai seorang penulis blog perlulah memastikan setiap fakta yang dikeluarkan itu sepenuhnya betul bukan ikut main sedap jari sahaja nak menulis, bukankah itu semua mendatangkan bahaya kepada pembaca blog itu...


Dan sebab seorang penulis blog yang menulis ikut sedap jari itulah yang mendatangkan bahaya kepada seorang pembaca blog, penulis blog mungkin tidak terkena kesan apa-apa sebab dia tahu apa yang ditulis tapi bagi pembaca? lagi-lagi kalau pembaca itu percaya 100% entri yang dikeluarkan..tak ke punah itu...haru biru pulak..



"penulis blog nie mmg bahaya pun, boleh jadi perosak akidah kekadang, penyebar fitnah, perpecahan, rasict dan memacam lagi lah…. twitter, facebook dan social network lain tak kecuali gak…"
-Petikan dari Keunikan Hidup

Memang ada betulnya lagi-lagi kepada pembaca yang jenis baca satu sumber sahaja, bahaya sebagai pembaca blog sukar kita nak ketahui, kadang-kadang kita pun tak perasan yang kita dah kena auta oleh penulis blog ini, lepas dah berbulan baru perasan yang fakta dikeluarkan blog sekian sekian salah, so apa akibatnya???


Bagi aku yang juga merupakan pembaca blog, sebelum pasti kita ambil fakta dari sesebuah blog itu, carilah dahulu sumber yang lain..bandingkan agar kita mendapat fakta yang tepat dan jitu, jangan hanya mengharapkan satu sumber...dan juga sebagai penulis blog aku memohon kalau ada di antara penulisan aku yang terkurang agar memaklumkan kepada aku agar aku dapat memperbaikinya agar tidak mendatangkan bahaya kepada pembaca blog....


Bekenaan kali terakhir ku membeli sepasang jeans Levi's® 
Kongsi pengalaman menulis blog dengan rakan ada tanpa had sekarang
Jadilah penulis blog yang menulis inspirasinya disini

Aku seorang penulis blog

Aku tulis entry ini, aku seorang penulis blog rentetan atau terpengaruh dari entri dari blog Keunikan Hidup ini : Aku Seorang Penulis Blog, dekat entrynya dia ada menulis betapa pemalasnya dia untuk mengeluarkan entry dan memastikan blog dia sentiasa ter update, dalam erti kata lain bajet sibuk dengan kerja lain dan mengabaikan blognya...
Bagi aku selagi korang ada blog dan ada yang berbuah didalam blog itu, bolehlah lagi korang dilabel sebagai penulis blog, bukannya perlu mencapai satu tahap atau standard baru boleh digelar penulis blog macam juga penulis novel...selalunya bukan setiap tahun dia kena keluarkan sebuah novel baru boleh digelar penulis novel tapi as long as ada satu novel yang berjaya dia keluarkan dia sudah boleh digelar penulis novel...

Jadilah penulis blog yang menulis inspirasinya disini

Macam jugak pelakon porno, kalau sekali dah berlakon dalam babak tuh...mungkin selamanya orang akan label kau pelakon porno so dalam bab ini kau seorang penulis blog atau tidak bukan bergantung kepada berapa banyak entry yang kau keluarkan dalam sehari atau seminggu ataupun sebulan, belum ada lagi team yang keluarkan statistik entry untuk menggelarkan kau penulis blog tapi kalau nak gelarkan seseorang itu seorang penulis blog yang berpengalaman atau bertauliah mungkin perlu ada satu standard untuk mencapainya sebelum digelar penulis blog berpengalaman atau bertauliah...

Kongsi pengalaman menulis blog dengan rakan ada tanpa had sekarang

Dan bagi seorang penulis bab terasa hati oleh pembaca itu rasanya sudah biasa, siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya, yeah memang betul sebab tuh ramai yang terasa sebab cili terlalu banyak so macam aku setiap kali menulis memang kalau boleh sebolehnya menjauhkan dari point terus kepada seseorang, dalam melayu kalau nak kutuk pun biarlah kutuk berkias kan...itulah yang aku terapkan dalam blog aku...

Bekenaan kali terakhir ku membeli sepasang jeans Levi's® 

So kalau ada yang terasa dengan penulisan aku, mungkin boleh ambil iktibar ataupun kutuk aku balik, woah...tak mampu aku sebagai penulis blog atau blogger nak keluarkan entry yang berilmiah sebab aku memang bukan dilahirkan menjadi seorang penulis...

Bagi penulis Keunikan Hidup, bukan tunggu nak dapat idea baru menulis, tulis dulu untuk mencari idea..lebih kurang macam itulah...

 
Web Analytics