Home » » Sampai bila mahu bergelumang...

Sampai bila mahu bergelumang...

Tengokkan perjuangan yang diperjuangkan oleh rakan sekelasku di Universiti sana, Wan Nurhidayat buat aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu benda berharga yang beliau perjuangkan...

Apa yang diperjuangkan?

Yeah..kesedaran alam sekitar melalui Green Brigade..


Entahlah, mungkin kurangnya sikap tanggungjawab kita kepada alam sekitar atau perlu diselalu pesan baru kita akan jaga alam sekitar kita ini, mungkin kita lihat apa yang kita selalu lakukan, menggunakan beg plastik nampak macam benda yang simple, apalah sangat dengan plastik ini...

Tetapi tanpa kita sedar, apa yang kita lakukan akan diikuti oleh generasi masa depan lalu diikuti oleh generasi selepasnya dan bilakah mahu berhenti? bilakah baru alam sekitar kita tidak lagi menerima plastik akibat perbuatan simple kita ini...

Bagi aku apa jua tindakan yang kita lakukan walaupun kecil seriously mampu mengubah dunia, mungkin tidak banyak tetapi sedikit sebanyak mampu menyelamatkan alam sekitar kita dari terus di musnahkan...

Biarlah kalau ada yang yang bercakap sinis " bukan boleh ubah dunia" , tapi biarlah kita terus lakukan selagi kita tidak hanya bercakap...
Selain berupaya menyelamatkan alam sekitar kita sebagai orang islam juga percaya kepada balasan yang bakal diterima oleh Allah, kita sedia maklum yang Allah sukakan tempat bersih jadi kalau kita terus memelihara alam ini apakah balasan yang bakal kita terima??

Fikirkan sendiri walauapapun sampai bila kita nak bergelumang dengan sampah kalau bukan kita sendiri yang berusaha menyelamatkan alam sekitar ini..

Benda pertama yang korang boleh lakukan perubahan terhadap alam sekitar ini adalah dengan menyokong sahabat aku ini di dalam projeknya di link ini...

0 Kata:

 
Web Analytics