Home » » Peringatan kepada pelajar SPM 2012

Peringatan kepada pelajar SPM 2012


Memandangkan ketika ini hampir hujung tahun, sekolah pun hampir tamat tapi sebelum itu buat mereka yang masih bersekolah peperiksaan besar mahupun peperiksaan akhir masih menunggu anda..jangan menarik nafas hela yang terlalu panjang andai kata perjuanganmu belum selesai...

Namun entry ini aku dedikasikan kepada mereka yang lahir pada tahun 1995 yang sedang mengasah senjata ketika ini dan bakal menghunus pedang mereka pada hujung tahun ini, peperiksaan yang amat besar, peperiksaan yang menentukan sama ada korang sambung belajar menggunakan PTPTN atau menggunakan biasiswa macam abang..hehe

Ok bukan itu yang aku nak fokuskan tapi kehidupan terakhir sepanjang masih bergelar pelajar sekolah ini, yang merasa tak sabar nak tinggalkan sekolah tetapi takut nak menghadapi SPM, haishhh...janganlah tertipu dengan typical mentality korang yang mengatakan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah amatlah tidak menyeronokkan...

Sebenarnya dalam hidup kita yang singkat ini, kehidupan sebagai pelajar sekolahlah yang paling menyeronokkan, paling akan kita kenang sepanjang nafas masih terhela, memang kalau ikut logik kita kena ikut pelbagai peraturan tapi jangan ingat kalau korang dah tamatkan persekolahan, peraturan tidak akan ada dalam kamus hidup korang, peraturan itu ada dimana jua...

Dan entry ini just aku sebagai abang nak nasihatkan jangan sia-siakan waktu yang berharga ini, sebab masa tidak dapat diundur, jangan percaya dengan mesin masa yang banyak menipu kita, kalau masa persekolahan ini kita tidak hargai, sejarah sebagai pelajar sekolah akan jadi sia-sia, tiada apa yang ingin kita kenang mengenai zaman persekolahan kita...

Namun selain tidak menghancurkan zaman persekolahan korang, bersiap sedialah dengan peperiksaan yang bakal menjelang tiba, jangan keputusan  sudah keluar baru hendak bersedih, ingat mesin masa tidak wujud sama sekali...

Akhir kata, belajar menggunakan PTPTN atau biasiswa semua ditangan anda :)

0 Kata:

 
Web Analytics