Home » » Penangan kuasa mulut seseorang

Penangan kuasa mulut seseorang

Kalau tanya kenapa ramai usahawan yang berjaya, apa punca dia, apa sebab dia? adakah sebab pengurusan kewangan dia betul, produk dia bagus? Kalau tanya aku, aku boleh katakan 50% dari kejayaan dia datang dari mulut dia, you know what kalau dia tak pandai bercakap macam mana dia nak yakinkan orang lain membeli produk dia walaupun produk dia memang terbaik...

Bayangkan...sebab itu bagi aku kuasa mulut ini sungguh kuat, kuasa mulut ini bukan hanya untuk bercakap tapi untuk yakinkan orang dan bagi aku kuasa mulut yang paling berjaya adalah usahawan syarikat gores dan menang yang banyak menipu orang, kalau korang perasan, adakah orang yang jual gores dan menang ini hanya bukak kedai di tepi jalan dan tunggu orang gores jer...

Tak bukan? mereka ini pergi berjumpa personally dengan mangsa mereka dan keluarkan kuasa mulut mereka untuk yakinkan pengguna Malaysia yang memang rendah mengenai pengetahuan dan cepat terpengaruh dengan produk mereka ini...

Kuasa mulut mereka berjaya! Wahhh, pengguna sengsara, memang susah kita nak jangka bila kita ditipu menggunakan kuasa mulut ini, bila dengar rasa yakin gila tapi bila tengok, hampehhh...

Aku huraikan mengenai kuasa mulut untuk yakinkan orang ini sebab pagi tadi ada perjumpaan dengan penyelaras latihan industri aku, dan kami diminta untuk persembahkan projek dan sistem kami kepada dia...

Ironinya disini, aku dengan projek dan sistem software yang biasa berjaya yakinkan dia yang aku praktikal disini memang aku manfaatkan dengan sepenuhnya tapi kawan aku dengan kerja dan projek hacking yang bagi aku memang kena dengan kos kami ini gagal untuk persembahkan, bukan nak kata gagal persembahkan tapi gagal untuk yakinkan bahawa projek yang dia lakukan amat berguna dan tepat dengan apa yang kami pelajari..

Jadi kesimpulan kepada entri aku ini ialah kalau korang rasa rendah diri untuk bercakap, pertingkatkanlah, aku juga bukan jenis yang tak pemalu sangat tapi aku bila diberi peluang bercakap InsyaAllah banyak yang akan aku menipu..woahh..

Ok done perjumpaan pagi ini :)

1 Kata:

tu la. byk benda boleh buat guna kuasa mulut ni, tgh blaja nk nyekainkan org jugak. kehekhe

 
Web Analytics