Home » » Pemberian terbaik kita kepada seseorang

Pemberian terbaik kita kepada seseorang

Pemberian terbaik anda kepada seseorang...

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk dibicarakan. Apatah lagi kepada mereka yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit untuk dibincangkan oleh kakitangan perubatan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi keluarga untuk membuat keputusan mengenai pendermaan organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila orang itu meninggal dunia.

Kongsi cerita dan video yang memberi inspirasi kepada anda di link ini

Bayangkan sekiranya insan yang anda sayangi mengalami kegagalan organ tahap akhir. Mereka terpaksa bergantung kepada pelbagai ubat-ubatan dan bantuan mesin bagi meneruskan hidup. Sekiranya anda berada di tempat mereka, bagaimanakah perasaan anda? 

Ketika ini di Malaysia, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Mereka sedang menanti organ gantian bagi menjalani transplan yang boleh memberikan peluang kedua untuk menjalani kehidupan secara normal.

Percutian ke Itali yang menjadi idaman semua di link ini

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk ahli keluarga membuat keputusan bagi membenarkan pendermaan. Lebih-lebih lagi, di waktu baru kehilangan orang yang tersayang, keluarga mampu membuat keputusan demi untuk menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan. 
Apa yang kita perlu tahu mengenai transaksi di bank di link ini

Bantulah ahli keluarga anda membuat keputusan dengan berikrar sebagai penderma organ hari ini! Pendaftaran boleh dibuat secara online di www.agiftoflife.gov.my . Layarilah laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendermaan organ. Anda mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang.

Ketahui maklumat lanjut tentang pendermaan organ di link ini...

Nyatakan sokongan dan keprihatinan anda dengan berkongsi entry maklumat ini kepada rakan-rakan di Facebook, Twitter dan Blog anda...

0 Kata:

 
Web Analytics