Home » » Majlis penyerahan Kolej Komuniti Pekan, Pahang

Majlis penyerahan Kolej Komuniti Pekan, Pahang

Kolej Komuniti Pekan, Pahang

Sebenarnya majlis ini dah lama berlalu, hampir seminggu tapi disebabkan gambar yang lambat nak transfer buat aku tertangguh nak terbitkan entry ini dan sebabkan Kolej Komuniti Pekan, Pahang ini bukan tempat belajar aku so keterujaan nak terbitkan entry ini juga tiada...


Tapi sebabkan gambar ada so aku gagahkan jua menulis tentang majlis penyerahan Kolej Komuniti Pekan, Pahang ini yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di KPT pada jumaat lepas lepas 12 oktober 2012...
Aku tak berapa pasti siapa yang dikanan itu, yang tengah for sure sebagai pelajar universiti semua mengenalinya. KSU KPT....majlis ini berlangsung di Dewan Za'Ba di Kementerian Pengajian Tinggi..
Selepas penyerahan kunci yang juga simbolik kepada penyerahan Kolej Komuniti itu, YBhg. Datuk KSU KPT mengadakan sidang video atau dipanggil video conferencing bersama Pengarah dan Pelajar Kolej Komuniti Pekan itu...


Kolej ini baru disiapkan dan baru mula beroperasi pada tahun ini , dan kepada sesiapa yang tak dapat melanjutkan pelajaran di Universiti bolehlah memohon untuk belajar disini terutamanya remaja di daerah Pekan, Pahang...






0 Kata:

 
Web Analytics